Hong Leong Connect Online adalah perbankan dalam talian bagi Hong Leong Connect, jenama yang membawakan Anda pelbagai perkhidmatan perbankan digital yang ditawarkan oleh HLB.
Buat masa ini, Hong Leong Connect menawarkan perbankan dalam talian, Perbankan Mobile melalui empat (4) platform telefon pintar iOS, Android, Windows dan BlackBerry, serta Perbankan Tablet melalui iOS.
Connect Online boleh diakses 24 jam sehari. Walau bagaimanapun, terdapat selang penyelenggaraan selama 15 minit antara pukul 11.55 pm – 12.10 am di mana pengguna hanya boleh melihat baki akaun dan membuat pindahan dana ke akaun sendiri atau akaun Hong Leong yang lain.
Connect Online boleh diakses dari mana-mana sahaja di dunia melalui internet. Anda hanya perlukan terminal laptop, smartphone atau peranti elektronik peribadi dengan sambungan internet dan pelayar internet.
Adakah Anda terkena masalah sehingga tidak boleh log masuk Hong Leong Connect? Terdapat 2 kemungkinan:
- Anda tidak log masuk selama 12 bulan dan menjadi dorman.
- Anda masukkan kata laluan, nama pengguna yang salah, atau kedua-duanya.
Bagi menyelesaikan masalah tidak boleh log masuk, berikut kami kongsi cara set semula kata laluan Hong Leong Connect secara online.
Keperluan Reset Password Hong Leong Connect
Sila siapkan keperluan dibawah ini untuk set semula kata laluan account Hong Leong Connect Anda.
- Nombor Kad Pengenalan atau Pasport Anda sebagai pengenalan diri.
- Kad debit Anda dan nombor PIN 6 digit.
- Untuk menetapkan semula menggunakan akaun Anda, kunjungi cawangan mana pun untuk meminta ID Sementara.
- Anda boleh menggunakan semula nama pengguna semasa Anda atau membuat nama pengguna baru. Walau bagaimanapun, Anda perlu membuat kata laluan baru.
- Panjang nama pengguna hendaklah 8 hingga 16 aksara, dengan gabungan huruf dan angka.
Lupa Kata Laluan Hong Leong Connect
Berikut adalah langkah-langkah yang mesti Anda lakukan untuk dapatkan semula akaun Hong Leong Connect.
- Layari laman https://s.hongleongconnect.my
- Klik Forgot Username/Password
- Pilih pada produk yang Anda miliki untuk set semula butiran akaun Connect Anda. Jika Anda mempunyai lebih daripada satu produk, sila pilih kad debit.
- Pilih Jenis Pengenalan (Nombor KP Baru, Nombor Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau Nombor KP Asing) dan masukkan Nombor Pengenalan, klik Seterusnya.
- Pastikan nombor telefeon Anda betul kerana TAC 6 angka akan dihantarkan ke telefon yang berdaftar.
- Masukkan kod TAC.
- Buat identiti baru.
- Sila pilih soalan keselamatan
- Tahniah, Anda berjaya reset password Hong Leong Connect.
Selepas berjaya log masuk sila buat semakan baki akaun Hong Leong Bank online untuk melihat baki terkini atau melakukan transaksi kewangan.