Akaun bank boleh dibuka oleh individu atau syarikat untuk menyimpan wang dan melakukan transaksi kewangan. Akaun bank boleh digunakan untuk membuat deposit dan melakukan pemindahan wang ke akaun bank lain.
Transaksi pemindahan wang adalah salah satu jenis transaksi kewangan yang biasa dilakukan melalui akaun bank. Ini membolehkan pelanggan untuk transfer wang dari akaun bank ke akaun bank orang lain atau syarikat. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan pemindahan wang, termasuk menggunakan kad ATM, online banking, atau melalui cek.
Sebagai pengguna bank, kita semua pasti mengalami masalah dengan akaun bank kita. Antara masalah yang berlaku ialah akaun bank kena block. Di bawah ini kami kongsikan step cara buka akaun kena block atau disekat.
Kenapa Akaun Bank Dibekukan
Perlu Anda ketahui bahawa sekarang ini pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas akaun bank yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah atau penyalahgunaan akaun.
Apabila transaksi yang digunakan tersebut menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut.
Langkah tersebut dilakukan untuk memastikan keamanan dan integriti sistem kewangan, serta untuk melindungi hak pelanggan yang lain.
Sekatan ini boleh dikenakan selepas bank mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengesahkan bahawa terdapat penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah yang berlaku.
Tanda Akaun Bank Disekat
Terdapat beberapa tanda yang boleh menunjukkan bahawa akaun bank Anda telah disekat. Antara tanda-tanda tersebut antaranya:
- Anda tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM atau menggunakan kad debit Anda untuk membuat pembelian.
- Anda menerima pemberitahuan dari bank Anda mengenai penyekatan akaun Anda.
- Anda melihat bahawa baki akaun Anda tidak dipaparkan atau tidak dapat dilihat di dalam aplikasi perbankan atau laman internet banking.
Jika Anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda ini, Anda boleh menghubungi pihak bank untuk mendapatkan bantuan.
Cara Aktifkan Kembali Akaun Bank
Jika akaun bank Anda kena block ataupun disekat, Anda perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan bantuan. Pastikan Anda membawa kad pengenalan atau pasport untuk membuktikan identiti Anda. Seterusnya Anda boleh ikuti step berikut:
- Sebelum pergi ke cawangan bank, sebaiknya semak semula dokumen yang perlu Anda bawa, seperti kad pengenalan, buku simpanan dan kad ATM.
- Jika Anda telah tiba di bank, segera ambil nombor giliran, atau sampaikan kepada staff bank jika Anda ingin berjumpa dengan Khidmat Pelanggan.
- Apabila nombor giliran tiba, beritahu Khidmat Pelanggan kalau Anda ingin membuka semula akaun yang disekat.
- Staff bank akan memberikan borang pembukaan semula akaun pelanggan.
- Tandatangani perjanjian untuk membuka semula akaun pelanggan yang disekat.
- Staff bank akan segera memproses aduan Anda, lepast tu akaun Anda boleh digunakan semula.
Pihak bank akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membantu Anda menyelesaikan masalah tersebut.
Sekiranya Anda ingin membuat transaksi perbankan, macam transfer duit tak tapi gagal ataupun duit transfer tidak masuk akaun dan kalau Anda semak status akaun, terpapar tulisan yang mengatakan akaun Anda Dormant.
Maka langkah yang perlu Anda buat adalah Anda hanya perlu ke cawangan bank Anda yang terdekat, bawa kad pengenalan, kad ATM dan buku bank (jika ada) untuk melakukan transaksi pengeluaran di kaunter.
Itu sahaja perkongsikan kali ini mengenai cara aktifkan kembali akaun bank yang disekat.