Kad Maybank Hilang
Kad Maybank Hilang

Kad Maybank Hilang

Posted on

Kad ATM adalah benda yang paling sering dibawa bersama dompet. Bukan tanpa sebab kerana kad debit/credit boleh digunakan untuk mengambil atau mengeluarkan wang tunai pada simpanan Anda pada bila-bila masa dan boleh gunakan di mesin ATM mana pun.

Pada masa ini ramai korang lebih suka membawa kad ATM daripada wang tunai.

Kerana sering dibawa, kemungkinan kehilangan kad ATM juga ada. Seperti jatuh di jalan, ditelan mesin ATM, atau dicuri orang lain.

Membawa kad ATM mempunyai lebih banyak kelebihan daripada membawa wang tunai. Kenapa? Kad ATM mempunyai PIN. Walaupun ia jatuh ke tangan orang lain, selagi orang tersebut tidak tahu PIN, kad ATM tidak dapat digunakan.

Selain itu Anda boleh menggunakan kad ATM untuk bayaran barang yang Anda beli, transfer wang dan topup kredit di mesin ATM.Kad Maybank Hilang

Prosedur Kad Maybank Hilang

Kehilangan kad ATM tentu akan membuat Anda merasa risau, takut wang yang ada dalam akaun hilang, selain itu Anda juga tidak boleh mengeluarkan wang di mesin ATM.

Lalu bagaimana prosedur kad Maybank hilang, dan bagaimana nak dapatkan kad Maybank baru? Berikut langkah-langkah yang perlu Anda lakukan:

  1. Jika kad Maybank hilang, hal pertama yang perlu Anda lakukan iaitu menyekat kad tersebut dengan cara hubungi customer service Maybank di nombor 1300886688, sekiranya Anda berada di luar negara Malaysia sila hubungi +60378443696 (Overseas).
  2. Sila sampaikan, jika kad debit Maybank hilang, pihak bank akan segera menyekat akaun Anda, sehingga baki akaun boleh selamat. Untuk memastikan wang Anda selamat, sila buat semak baki akaun Maybank online.
  3. Sila siapkan dokumen: Kad pengenalan, buku bank dan sejumlah wang untuk kos gantian kad baru. Kos untuk membuat kad gantian baru Maybank iaitu RM15.00 sahaja.
  4. Seterusnya sila pergi ke cawangan Maybank berdekatan, untuk membuat kad debit Maybank baru.
  5. Tidak perlu menunggu masa lama, kad maybank baru boleh langsung digunakan.

Cara Block Kad Maybank Hilang

Apabila kad bank hilang, langkah pertama yang mesti Anda buat adalah menyekat kad bank, cara block kad Maybank hilang boleh Anda ikuti di bawah:

  1. Log masuk ke akaun Maybank anda secara online.
  2. Klik Settings
  3. Pilih Cards dan lalu klik Manage Debit Cards
  4. Selepas itu klik Debit Card dan klik Replace & Block
  5. Pilih Menu Option
  6. Selepas itu klik Block Card
  7. Klik Confirm
  8. Kad Maybank berjaya disekat

Fungsi block Maybank adalah untuk mencegah transaksi yang tidak Anda inginkan atau mencegah pencurian wang.

Cara Buat Kad Bank Maybank Baru Secara Online

Maybank2u menyediakan perkhidmatan penggantian kad Maybank lama dengan yang baru, Anda boleh gunakan perkhidmatan ini untuk dapatkan kad bank baru tanpa perlu kena pergi ke cawangan. Langkah cara buat kad debit Maybank baru:

  1. Buka pautan https://www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk akaun Maybank Anda
  3. Klik menu Settings
  4. Pilih menu Cards Buat Kad Bank Maybank Online
  5. Klik pada Debit Cards (Replace, Active & Block) Cara Buat Kad Bank Maybank
  6. Masukkan alamat rumah Anda, sebab kad akan di pos ke alamat rumah yang didaftarkan
  7. Request TAC untuk tujuan proses pengesahan. Pastikan akaun mempunyai baki RM12 untuk caj gantian kad baru
  8. Anda akan mendapatkan mesej kad baru telah dihantar. Anda akan menerima kad baru dalam masa 9 hari waktu bekerja.
  9. Selepas Anda mendapatkan kad ATM/Debit baru, sila pergi ke mesin ATM terdekat untuk kemaskini PIN baru.

Itulah maklumat cara buat kad Maybank baru kalau kad Maybank lama hilang, pastikan Anda menyimpan kad tersebut dengan selamat.

Semoga maklumat yang kami kongsikan dapat bermanfaat.