Cara Dapatkan Kad Debit MAE Maybank
Cara Dapatkan Kad Debit MAE Maybank

Cara Dapatkan Kad MAE Maybank dan Aktifkan

Posted on

Kabar baik, bagi Anda pengguna akaun MAE Maybank sekarang dah boleh dapatkan kad debit Maybank. Anda boleh buat permohonan kad debit melalui online, selepas itu kad debit akan dihantar terus kepada Anda.

Kad debit MAE Maybank boleh Anda gunakan untuk perbelanjaan harian, keluarkan duit di ATM dan banyak lagi. Bagaimana cara mohon kad debit MAE Maybank? berikut kami kongsikan langkah-langkahnya.

Cara Dapatkan Kad Debit MAE Maybank
Cara Dapatkan Kad Debit MAE Maybank

Cara Daftar MAE Maybank

Bagi Anda yang belum mendaftar MAE Maybank boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Download aplikasi MAE Maybank di Google Playstore (pengguna Android) atau App Store (Pengguna iPhone)
  2. Buka aplikasi MAE, klik Next, klik Agree
  3. Pilih Set Up Wallet
  4. Pilih No Account? Apply for a MAE account Now
  5. Bagi yang mempunyai akaun Maybank2u, Anda klik Exiting M2u/MAE user? Login in here
  6. Ambil gambar MyKad Anda depan dan belakang bagi tujuan pengesahan.
  7. Kemudaian cipta username dan password yang Anda inginkan.
  8. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.

Cara daftar MAE Maybank diatas sangat mudah, Anda hanya perlu ikuti langkah-langkahnya sahaja.

Kelebihan Kad Debit MAE

Ramai yang tak tahu bahawa kad debit MAE dilengkapi dengan pelbagai ciri dan faedah yang menarik. Salah satunya iaitu pertukaran wang asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di luar dan dalam negara.

Sekiranya Anda pergi ke luar negara, Anda tak perlu risau sebab duit dalam wallet MAE akan ditukar secara automatik ke matawang negara yang di kunjungi. Dengan ciri ini, Anda boleh mengetahui dengan cepat dan tepat berapa jumlah wang perbelanjaan yang ada.

Cara Mohon Kad Debit MAE

Anda boleh melakukan permohonan kad MAE menerusi langkah berikut:

  1. Login MAE App
  2. Pilih More
  3. Pilih Apply (Swipe kanan) Cara Dapatkan Kad MAE Maybank
  4. Klik di bahagian Cards
  5. Pilih MAE Card Kad Debit MAE Maybank
  6. Sila masukkan semua maklumat Anda seperti nama penuh dan alamat penghantaran
  7. Pastikan Anda mengisi alamat bagi penerimaan kad dengan betul sebab kad akan dihantar dalam tempoh masa 5 hari bekerja

Contoh Kad MAE Maybank

Berikut adalah contoh kad MAE Maybank yang dihantar ke alamat rumah.

Contoh Kad MAE Maybank

Penghantaran kad MAE melalui POS Laju pada pakej penghantaran tersebut tertulis pengirim dan alamat penerima kad.

Dalam pakej tu terdapat:

  • Card Number
  • NRIC No
  • Card Issue Date
  • Activation Code

Kad MAE ini boleh keluarkan duit melalui mesin ATM atau MEPS serta Anda boleh link kad tersebut dengan Maybank2u.

Cara Aktifkan Kad Debit MAE

Bagaimana cara mengaktifkan kad MAE selepas Anda menerima kad tersebut? Cara untuk mengaktifkan kad MAE Anda.

  1. Log Masuk MAE Maybank
  2. Tekan Maybank2u di pautan navigasi di bawah Cara Aktifkan Kad Debit MAE
  3. Pilih Cards dan tekan Activate Now Aktifkan Kad Debit MAE
  4. Dapatkan kod pengaktifan (Activation Code) daripada surat yang disertakan bersama kad MAE Anda
  5. Masukkan kod pengaktifan
  6. Cipta PIN 6 digit untuk kad MAE Anda
  7. Kad MAE Anda telah diaktifkan. Anda boleh menggunakannya untuk pembelian dalam talian atau di kedai dan banyak lagi

Caj yang dikenakan untuk memohon kad debit MAE Maybank iaitu sebanya RM8. Kad akan dihantar dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya Anda perlukan limit transfer MAE yang lebih besar, boleh baca artikel cara tukar transfer limit MAE Maybank melalui online.

Itu sahaja perkongsian mengenai cara dapatkan kad debit MAE, semoga perkongsian diatas bermanfaat.