Semasa membeli-belah dan menikmati pelbagai perkhidmatan kad ATM, pernahkah Anda bertanya tarikh luput kad ATM Anda?
Tarikh luput kad ATM sangat penting kerana kadangkala Anda perlu memberikan maklumat ini ketika membuat transaksi secara online.
Menulis nombor kad dan tarikh tamat tempoh kad adalah perkara biasa, tetapi berhati-hati apabila Anda diminta menulis nombor CVV 3 digit di belakang kad ATM.
Sangat mudah untuk mengetahui tarikh luput kad ATM kerana maklumat tersebut dipaparkan di bahagian depan kad ATM.
Semak tarikh yang tertera di bahagian THRU, contoh: jika tertera 24/08, maka kad ATM tersebut sah sehingga bulan 8 (Jun) 2024.
Tarikh luput kad ATM juga mudah dihafal/diingat kerana kad ATM biasanya mempunyai tempoh sah laku selama 5 tahun sejak dikeluarkan dari bank.
Jadi, selepas 5 tahun Anda perlu menukar kad ATM Anda tanpa membuka akaun simpanan baharu.
Tidak perlu risau apabila kad bank dah expired kerana ia tidak memberi kesan kepada baki akaun.
Apa Perlu Buat Jika Kad Bank Expired
Sekiranya kad ATM telah tamat tempoh, sila tukar kad baharu supaya Anda boleh membuat transaksi perbankan seperti pengeluaran wang di mesin ATM.
Membuat kad baru atau renew kad ATM tamat tempoh, Anda hanya perlu sediakan kad pengenalan, kad ATM lama, dan wang RM15 (bawa sahaja wang optional).
Proses membuat kad ATM baharu sangat cepat dan kad ATM baharu boleh Anda dapatkan serta-merta.
Langkah-langkah cara perbaharui kad ATM expired
- Pergi ke cawangan bank terdekat
- Bawa kad pengenalan, kad ATM lama dan wang
- Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin renew kad debit expired
- Pegawai bank akan berikan Anda borang penggantian kad ATM
- Berikan kad ATM lama dan kad pengenalan Anda
- Tunggu 7 minit, kad ATM baru akan diberikan oleh pegawai bank
- Selesai
Nota: Jika kad ATM Anda BSN, sila pergi ke cawangan BSN. Jika kad ATM Anda CIMB pergi ke cawangan CIMB, jangan bank lain.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai kad bank expired.
1. Kad ATM expired boleh keluarkan duit ke?
Tidak boleh, salah jika Anda berfikir kad bank expired boleh keluarkan duit. Kad bank expired akan disekat secara automatik oleh sistem bank, sehingga kad tersebut tidak boleh digunakan untuk transaksi.
2. Apakah nombor PIN ATM bertukar selepas dapatkan kad ATM baharu?
Tidak, Anda boleh gunakan nombor PIN ATM lama atau tukar no PIN baru. Kebiasanya pegawai bank akan menasihatkan Anda untuk menukar no PIN lama dengan yang baru untuk keselematan.
3. Berapa caj penggantian kad ATM?
Percuma. Tapi kami nasihatkan Anda untuk membawa wang RM15 apabila diperlukan ketika proses penggantian kad ATM.
4. Siapa yang boleh tukar kad ATM?
Hanya pemegang atau pemilik akaun sahaja. Tak boleh orang lain.
Itu sahaja perkongsian mengenai apa perlu buat jika kad bank expired atau tamat tempoh. Ingat, selalu pastikan tarikh luput kad ATM Anda masih panjang supaya aktiviti transaksi perbankan Anda tidak terganggu. Dan sentiasa merahsiakan nombor kad dan nombor PIN Anda untuk keselamatan akaun bank Anda.