Kad Bank Islam Hilang

Posted on

Kad bank Islam yang hilang boleh disebabkan oleh jatuh, lupa menyimpan atau juga lupa mengambil semula kad setelah membuat transaksi di mesin ATM.

Sekiranya kad ATM bank Islam hilang di suatu tempat, Anda tidak perlu panik/risau kerana pasti orang yang menemukan kad ATM Anda juga tidak akan dapat menggunakan kad tersebut untuk membuat transaksi seperti pengeluaran wang tunai kerana mereka tidak mengetahui PIN kad ATM tersebut.Kad Bank Islam Hilang

Prosedur Kad Bank Islam Hilang

Langkah pertama sebagai langkah pencegahan awal agar tidak ada yang menyalahgunakan kad bank Islam Anda yang hilang, Anda hanya perlu menyekat kad debit atau kredit Anda dengan menghubungi perkhidmatan pelanggan bank Islam di 03-26900900.

Atau Anda juga boleh terus ke pejabat cawangan bank Islam terdekat untuk menyekat kad bank Islam tersebut.

Anda boleh mengganti atau meminta kad ATM baru dengan mengunjungi pejabat cawangan bank Islam terdekat.

Anda hanya perlu menyediakan dan membawa beberapa dokumen untuk membuat kad ATM baru.

Selain itu, terdapat beberapa kos yang mesti dibayar untuk membuat kad ATM bank Islam baru.

Macam mana cara tukar kad Bank Islam expired, tamat tempoh atau rosak? Senang je, sila baca artikel cara renew kad Bank Islam expired.

Cara Buat Kad Bank Islam Baru

SIla ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk mendapatkan kad bank Islam baru.

  1. Pergi ke pejabat cawangan bank Islam terdekat dengan membawa buku bank Islam dan kad pengenalan dan juga sejumlah wang.
  2. Beritahu pekerja bank bahawa Anda ingin membuat kad ATM baru kerana kad ATM Anda hilang. Pegawai bank akan segera memberikan nombor beratur.
  3. Selepas itu, Anda hanya perlu menunggu sehingga nombor giliran Anda disebut customer service (perkhidmatan pelanggan).
  4. Beritahu perkhidmatan pelanggan bahawa Anda ingin buat kad ATM baru kerana kad ATM lama Anda telah hilang. Kemudian perkhidmatan pelanggan akan menyediakan beberapa borang pengisian data dan akan meminta buku bank dan juga kad pengenalan Anda.
  5. Anda akan diminta sejumlah wang untuk kos membuat kad ATM baru. Caj pembuatan kad baru RM12.00 dan duti setem.
  6. Apabila semuanya selesai Anda akan mendapat kad bank Islam baru.
  7. Untuk membuat kad ATM bank Islam baru, Anda boleh membayarnya secara tunai atau juga secara debit dengan mengeluarkan baki dari simpanan yang ada.

Baca panduan cara tukar no telefon Bank Islam, sekiranya Anda ingin tukar nombor telefon bank Islam lama dengan yang baru.

Itulah prosedur kad bank Islam hilang yang perlu Anda buat, semoga maklumat yang kami kongsi dapat bermanfaat.