Pelanggan yang membuka akaun bank kebiasannya akan diberikan kad ATM. Kad ATM tersebut boleh digunakan untuk melakukan transaksi perbankan seperti pemindahan dana, pembayaran bil dan keluarkan wang di mesin ATM apabila pelanggan memerlukan wang cash.
Namun, pelanggan juga perlu tahu bahawa kad ATM mempunyai tempoh sah bulan dan tahun (valid thru).
Ramai yang bertanyakan, apakah kad bank expired boleh keluarkan duit di mesin ATM? Tempoh tamat kad ATM ialah 5 tahun. Pihak bank menasihatkan pemegang kad ATM untuk menukar kad ATM tersebut dengan kad ATM baru.
Apabila kad ATM digunakan pada mesin EDC atau ATM, pada skrin akan ada notifikasi bahawa kad error. Kad ATM yang telah tamat tempoh tidak boleh digunakan sama ada sebagai kad ATM atau kad debit.
Contoh, pada kad ATM tertulis 04/22 bermakna kad ATM tersebut sah sehingga April 2022. Selepas itu kad tersebut tidak boleh digunakan lagi.
Cara Tukar Kad ATM Tamat Tempoh
Sekiranya kad ATM Anda telah tamat tempoh, tak perlu risau sebab Anda boleh menukar kad bank tersebut di cawangan bank yang Anda gunakan.
- Kunjungi cawangan bank terdekat
- Sila cakap kepada staff bank, bahawa Anda ingin tukar kad ATM expired dengan yang baru.
- Staff bank akan minta kad ATM lama Anda dan kad pengenalan (untuk pengesahan).
- Selepas itu dia akan berikan kad ATM baru.
- Kos atau caj penggantian kad ATM RM10 sehingga RM15.
Penggantian kad ATM baru atas sebab renew, kerosakan atau kehilangan tidak akan menukar nombor akaun simpanan.
Nota:
- Sekiranya kad bank Anda adalah Maybank, sila pergi ke cawangan Maybank
- Sekiranya kad bank Anda adalah BSN, sila pergi ke cawangan BSN
- Sekiranya kad bank Anda adalah CIMB, sila pergi ke cawangan CIMB
- Sekiranya kad bank Anda adalah Bank Islam, sila pergi ke cawangan Bank Islam
- Sekiranya kad bank Anda adalah Bank Rakyat, sila pergi ke cawangan Bank Rakyat
- Begitu seterusnya.
Sekiranya Anda perlukan wang segera, sila baca artikel terdesak perlukan duit segera
PIN Kad ATM
Selepas Anda dapatkan kad ATM baru, Anda boleh tukar nombor PIN lama dengan nombor PIN baru atau tetap menggunakan PIN lama Anda.
Sila menggunakan nombor PIN yang sukar diteka tetapi mudah untuk Anda ingat. Elakkan memilih urutan nombor, contoh 456789 dan pastikan selalu menjaga kerahsiaan nombor PIN dan kad ATM Anda.