Agrobank adalah salah sebuah bank terbesar di Malaysia. Di samping boleh menabung atau menjimatkan, pelanggan juga boleh membuat pinjaman di Bank ini dengan menggunakan jaminan gaji.
Dengan jaminan ini, pelanggan akan berpeluang memperoleh pinjaman wang sehingga RM200,000. Tetapi ada syarat dan dokumen yang harus dipenuhi terlebih dahulu oleh pelanggan.
Sila rujuk maklumat di bawah untuk maklumat lengkap tentang pinjaman Agro bank.

Apakah Pinjaman Peribadi Agrobank
Pinjaman peribadi Agrobank merupakan satu pilihan yang popular bagi mereka yang bekerja dalam sektor pertanian atau asas tani. Agrobank merupakan bank yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan pertanian di negara Malaysia.
Pinjaman peribadi Agrobank boleh Anda dapatkan dengan cepat dan segera. Anda hanya perlu mengisi borang permohonan secara online atau kunjungi cawangan Agrobank terdekat untuk membuat permohonan.
Apa itu AgroCash-i
AgroCash-i adalah pelan pembiayaan peribadi untuk pelanggan bagi tujuan pembiayaan pengguna yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. Ramai korang yang ingat Agrobank hanya memberi perkhidmatan berkaitan sektor pertanian sahaja, tetapi sebenarnya tidak.
Tidak perlu sebarang cagaran penjamin kepada pihak Agro bank sekiranya Anda mahu mohon pinjaman.
Pelaksanaan pinjaman ini berdasarkan urus niaga Tawarruq.
Konsep Tawarruq yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lain.
Jadual Pinjaman Peribadi Agro Bank
Di bawah ialah jadual pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i. Jadual ini hanya sebagai rujukan sahaja.
Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti kadar faedah atau keuntungan, base rate (BR), jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, dan sebagainya.
Caj Pinjaman Peribadi Agrobank
Agrobank mengenakan caj untuk pinjaman peribadi AgroCash-i kepada pelanggan. Di bawah ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak Agrobank yang mesti pelanggan ketahui.
- Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
- Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
- Caj Insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya pelanggan berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank, atau skim Takaful pilihan pelangga.
- Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakkan sekiranya pelangga lewat membuat pembayaran.
- Caj proses sebanyak RM30.00 hingga RM50.00 (bayaran broker) akan ditolak dari jumlah pinjaman.
- Bank akan memaklumkan pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh efektif sekiranya sebarang perubahan dibuat kepada yuran dan caj.
Selepas Anda mengetahui jadual pinjaman peribadi Agrobank tersebut, sila buat pelan kewangan yang Anda mahukan. Jangan lupa untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman.