Bank Rakyat mempunyai sejumlah kemudahan yang bertujuan untuk membantu melancarkan dan juga memudahkan pelbagai transaksi kewangan yang dilakukan oleh pelanggan.
Hal ini tentunya akan menjadi jalan penyelesaian untuk jumlah transaksi kewangan yang tinggi dan juga aktiviti perbankan yang sibuk yang dilakukan oleh pelanggan.
Salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh bank Rakyat untuk pelanggan iaitu Interbank GIRO (IBG).
Apa Itu Interbank Giro
Interbank GIRO (IBG) adalah sistem pemindahan wang secara elektronik daripada bank ke bank tanpa dokumen berbentuk fizikal seperti cek.
Perkhidmatan ini mengurangkan masa transaksi di antara akaun terutama transaksi luar bandar. Di antara transksi yang dapat dilaksanakan dengan Interbank GIRO adalah seperti berikut:
- Pemindahan tunai kepada akaun di mana-mana bank yang menyertai IBG.
- Pembayaran pinjaman dan kad kredit kepada mana-mana bank yang menyertai IBG.
- Pemindahan tunai atau debit akaun simpanan sehingga RM1,000,000.00 setiap transaksi di kaunter.
Perkhidmatan IBG boleh diakses oleh individu atau syarikat melalui iRakyat, ATM dan kaunter bank.
Waktu beroperasi IBG transfer adalah 24 jam untuk perkhidmatan iRakyat dan ATM, sementara kaunter bank berdasarkan waktu operasi bank (hari bekerja).
Walau bagaimanapun terdapat yuran permindahan yang berlaku, bagi kaunter bank RM2, perkhidmatan iRakyat dan ATM iaitu RM0.10
Jika Anda belum mempunyai akaun iRakyat, sila baca cara daftar akaun Bank Rakyat online.
Kenapa IBG Bank Rakyat Lambat
Jika anda pernah mengalami kelewatan dalam proses IBG (Interbank Giro) Transfer dari Bank Rakyat, mungkin anda tertanya-tanya kenapa perkara ini berlaku.
Walaupun kita mungkin rasa frustrasi dengan kelewatan tersebut, terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan IBG Transfer Bank Rakyat lambat.
1. Beberapa Faktor Teknikal
Kelewatan IBG Transfer Bank Rakyat mungkin disebabkan oleh beberapa faktor teknikal di dalam sistem perbankan.
Ini termasuklah masalah teknikal pada perisian atau peralatan yang digunakan oleh bank.
2. Kerjasama Antara Bank
Proses IBG melibatkan kerjasama antara bank pengirim dan bank penerima. Kelewatan boleh berlaku jika terdapat isu dalam komunikasi atau integrasi antara sistem kedua-dua bank tersebut.
3. Masa Pemprosesan
Setiap bank mempunyai jadual pemprosesan yang mungkin berbeza-beza. Jika IBG Transfer anda dilakukan pada waktu yang sibuk atau di luar waktu pejabat, kelewatan mungkin berlaku kerana pemprosesan yang lebih lambat.
4. Masalah Pengguna
Beberapa kelewatan juga boleh disebabkan oleh kesalahan yang dibuat oleh pengguna semasa membuat IBG Transfer. Pastikan maklumat penerima dan jumlah wang yang dimasukkan adalah betul dan lengkap.
5. Proses Pemeriksaan Keselamatan
Bagi memastikan keselamatan transaksi, bank mungkin melaksanakan proses pemeriksaan tambahan yang boleh menyebabkan sedikit kelewatan dalam pemprosesan IBG Transfer.
Jadual IBG Bank Rakyat
Berikut adalah jadual IBG Bank Rakyat:
WAKTU TRANSAKSI | Transfer | DITERIMA OLEH PENERIMA | WAKTU PEMULANGAN SEMULA TRANSAKSI (REFUND TIME) |
---|---|---|---|
Isnin-Jumaat | Sebelum 5.00 pg | Hari yang sama pada 11:00 pg | pada 5:00 ptg |
Isnin-Jumaat | 5:01 pg– 8:00 pg | Hari yang sama pada 2:00 ptg | pada 8:20 ptg |
Isnin-Jumaat | 8:01 pg-11:00 pg | Hari yang sama pada 5:00 pg | pada 11:00 ptg |
Isnin-Jumaat | 11:01 pg – 2:00 ptg | Hari yang sama pada 5:00 pg | pada 11:00 pg, hari bekerja berikutnya |
Isnin-Jumaat | 2:01 ptg – 5:00 ptg | Hari yang sama pada11:00 ptg | pada 11:00 pg, hari bekerja berikutnya |
Isnin-Jumaat | Selepas 5:00 ptg | Hari yang sama pada 11:00 ptg | pada 5:00 ptg, hari bekerja berikutnya |
Hari Minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) | bila-bila masa | Hari bekerja berikutnya pada 11:00 pg | pada 5:00 ptg |
IBG Transfer Bank Rakyat Berapa Hari
Seperti terlihat pada jadual yang dinyatakan diatas, bahawa transaksi IBG berdasarkan jam bekerja.
Contoh: Anda melakukan transaksi hari Isnin pada 2:01 ptg, duit akan diterima oleh penerima pada hari yang sama (Isnin). Sekiranya Anda melakukan transaksi hari minggu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), duit diterima oleh penerima pada hari bekerja berikutnya.
Pindahan Segera IBG Melalui ATM
Bank Rakyat menyediakan kemudahan yang sangat memudahkan proses pindahan wang segera melalui IBG (Interbank Giro) dengan menggunakan mesin ATM, sila ikuti langkah berikut:
- Masukkan kad ATM/Debit Card ke dalam mesin ATM.
- Pilih Bahasa Malaysia/English.
- Masukkan PIN kad ATM Anda.
- Pilih Other Transaction atau Transfer.
- Pilih Interbank GIRO (IBG) Transfer atau Interbank GIRO (IBG).
- Pilih Bank Penerima.
- Masukkan nombor akaun penerima, tekan Confirm.
- Masukkan amaun atau jumlah yang ingin Anda hantar, tekang Confirm.
- Skrin akan paparkan maklumat yang telah Anda masukkan, sila semak pastikan maklumat tu betul. Lepas tu tekan butang Confirm.
- Selesai.
Pindahan Segera IBG Melalui iRakyat
Ok, sekarang mari kita tengok langkah-langkahnya. Ingat, pastikan Anda ada akaun di Bank Rakyat dan sudah mendaftar untuk perkhidmatan iRakyat sebelum mula.
- Buka laman web rasmi Bank Rakyat.
- Klik butang Log Masuk dan masukkan maklumat akaun iRakyat Anda.
- Selepas log masuk, Anda akan dibawa ke paparan utama iRakyat. Pilih menu Pindahan Wang atau Funds Transfer.
- Dalam menu Pindahan Wang, Anda akan diberi pilihan untuk jenis pindahan. Pilih IBG atau Interbank Giro.
- Sekarang, Anda perlu masukkan maklumat penerima. Ini termasuk nombor akaun bank penerima, nama, dan rujukan. Pastikan semua maklumat betul.
- Masukkan jumlah wang yang Anda ingin pindahkan.
- Semak semula maklumat yang Anda masukkan. Pastikan semuanya betul sebelum teruskan.
- Request TAC, Bank Rakyat akan hantar kod TAC (Transaction Authorization Code) ke telefon bimbit Anda yang berdaftar. Masukkan kod ini untuk sahkan transaksi.
- Lepas Anda masukkan kod TAC, transaksi akan disahkan. Anda akan dapat resit sebagai bukti pindahan wang yang berjaya.
- Jangan lupa simpan resit ini sebagai rekod. Kalau ada masalah, resit ni berguna untuk rujukan.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat ditalian 1-300-80-5454.