Forgot Username Password AllianceOnline
Forgot Username Password AllianceOnline

Cara Atasi Forgot Username / Password AllianceOnline

Posted on

Hari ni kami nak kongsikan macam mana nak pulihkan username atau password yang Anda dah lupa untuk akaun online di Allianceonline.

Tapi, tak payah risau ye. Sebab sekarang ni dah ada cara mudah untuk pulihkan semula username atau password Anda.

Kami nak terangkan sikit kenapa kita kadang-kadang boleh terlupa username atau password untuk akaun online di AllianceOnline.

Sebabnya, kadang-kadang kita mempunyai banyak akaun online dengan username dan password yang berbeza. Jadi, boleh kita terlupa mana satu yang kita guna untuk akaun AllianceOnline.

Selain tu, mungkin kita memang tak biasa guna akaun online ni selalu, jadi kita terlupa username atau password AllianceOnline.

Dan ada juga sebab-sebab lain macam kita gunakan password yang mudah diteka atau kita tak tukar password kita secara berkala. So, bila kita dah lupa, kita tak dapat log masuk ke akaun kita.

Forgot Username Password AllianceOnline
Forgot Username Password AllianceOnline

Cara Mengatasi Forgot Username / Password AllianceOnline

Anda boleh gunakan salah satu daripada pilihan-pilihan ni untuk mengatasi terlupa username ataupun password AllianceOnline:

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan laman web Allianceonline. Lepas tu, Anda bolehlah pulihkan semula username atau password Anda.

Reset Password AllianceOnline

1. ID Sementara (Temporary ID)

Kalau Anda tak ada kad ATM, debit atau kredit, jangan risau. Sebab bank akan bagi Anda ID sementara untuk reset username atau password Anda.

Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan Alliance Bank dengan bawa kad pengenalan. Then, kakitangan bank akan berikan ID Sementara. Lepas tu ikuti step berikut:

  1. Klik atau taipkan pautan https://www.allianceonline.com.my
  2. Klik Forgot Username / Password.
  3. Disini Anda kena pilih Temporary ID.
  4. Masukkan nombor Temporary ID yang Anda dapatkan dari cawangan Alliance Bank.
  5. Kemudian masukkan Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
  6. Di paparan seterusnya, Anda isikkan maklumat macam password baru dan lain-lain untuk aktifkan semula Allianceonline Anda.
  7. Selesai.

2. Kad ATM atau Debit (ATM/Debit Card)

Kalau Anda lebih selesa menggunakan kad ATM atau debit, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pertama sekali, pastikan kalau kad yang Anda gunakan masih aktif dan Anda mempunyai PIN.
  2. Seterusnya, Anda boleh buka laman https://www.allianceonline.com.my
  3. Pada bahagian kanan, sila Anda klik Forgot Username / Password.
  4. Kemudian, Anda perlu pilih retrieve your username and reset your password using one of the following options: ATM/Debit Card.
  5. Masukkan no kad ATM/Debit dan PIN Anda. Klik Submit.
  6. Lepas tu ikuti sahaja arahan yang diberikan pada skrin untuk dapatkan semula akses akaun AllianceOnline Anda.

3. Kad Kredit (Credit Card)

Kalau Anda lebih suka menggunakan kad kredit, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Buka https://www.allianceonline.com.my di browser macam Mozilla Firefox, Chromer dan lain-lain.
  2. Di paparan ni Anda klik Forgot Username / Password.
  3. Sila pilih Credit Card.
  4. Masukkan nombor kad kredit, Credit Limit (RM), Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
  5. Then, follow je arahan pada skrin untuk reset username atau password Anda.
  6. Selesai.

So, Anda semua tak perlu risau lagi kalau lupa username atau password Alliance Bank online. Sebab sekarang 3 cara diatas boleh bantu Anda dapatkan hak akses AllianceOnline Anda.

Macam mana kalau acc Allianceonline dah tak pernah login dalam 1 tahun? Kebiasaanya akaun Allianceonline dah tak boleh login (disekat).

Sekiranya masalah ni berlaku kepada Anda, Anda boleh cuba cara aktifkan semula Allianceonline reactivate access.

Ingat, selalu jaga keselamatan akaun Anda dengan pilih username dan password yang kuat dan selamat.

Ok lah, itu sahaja tips dari kami kali ini. Harap bermanfaat untuk Anda semua.