Etiqa customer service adalah perkhidmatan khidmat pelanggan yang disediakan khas untuk pelanggan Etiqa Takaful dan Insurans.
Mengetahui pusat panggilan Etiqa adalah sangat penting, terutamanya apabila Anda menghadapi masalah atau kesukaran yang berkaitan dengan polisi insurans Anda.
Bukan itu sahaja, Anda juga boleh bertanya soalan atau maklumat mengenai produk perkhidmatan Etiqa melalui Etiqa customer service.
Kelebihan Etiqa
Etiqa mengutamakan pelanggan sehingga banyak rakyat Malaysia yang memilih Etiqa. Etiqa sentiasa bersungguh-sungguh untuk pelanggan dan mementingkan pelanggan berbanding polisi. Etiqa selalu komited terhadap misi membantu lebih ramai mendapat perlindungan aset pelanggan, mengekalkan gaya hidup dan membina masa depan yang lebih baik.
Etiqa mempunyai laman web online 24-jam, 10,000 ejen, 24 cawangan Etiqa, lebih daripada 350 cawangan Maybank, ATM dan bank pihak ketiga yang lain, bermakna pelanggan boleh menghubungi Etiqa dengan mudah di mana sahaja pelanggan berada, bila-bila masa pelanggan perlukan.
Bantuan dan Sokongan
Bagi memudahkan akses atau komunikasi, Etiqa menyediakan perkhidmatan pusat panggilan 24 jam (call center):
- Auto Assist (Bantuan Kerosakan Kereta 24-jam) 1-800-88-6491.
- Healthcare (Permintaan Surat Jaminan Kemasukan Hospital Dalam Negara 24-jam) 1-800-88-9998.
- Talian Bantuan Kecemasan Perjalanan (Bantuan Perjalanan dan Perubatan Luar Negara 24-jam) +603-2785-6565.
Pertanyaan
Aduan dan pertanyaan pelanggan mengenai produk Etiqa boleh dikemukakan melalui:
- Etiqa Oneline 1-300-13-8888
- Waktu Operasi Etiqa: 9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin hingga Jumaat) dan tutup pada hari Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum.
Sekiranya Anda ingin cancel insurans takaful Anda, sila baca cara membatalkan insurans Etiqa Maybank.
E-mel dan Unit Aduan
- info@etiqa.com.my
- complaint_cmu@etiqa.com.my
Pengurusan Polisi/Sijil
Untuk pengurusan polisi atau sijil, Anda dikehendaki untuk log masuk portal ETiQA MyAccount.
Etiqa Virtual Customer Service
Waktu Operasi Etiqa Virtual Customer Service: 9:00 pagi – 4:45 petang (Isnin hingga Khamis) dan 9:00 pagi – 3:15 petang (Jumaat) serta tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Anda mestilah membuat janji temu terslebih dahulu dan janji temu video harus ditetapkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masa dan tarikh janji temu yang dikehendaki.
Cara untuk menetapkan janji temu virtual Etiqa:
- Buka pautan Janji Temu Video.
- Isi maklumat peribadi Anda.
- Pilih perkhidmatan yang dikehendaki.
- Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.
- Tekan butang Next.
- Sila semak emel pengesahan yang akan dihantarkan ke alamat emel Anda.
- Anda akan menerima mesej peringatan menerusi Whatsapp satu jam sebelkum janji temu video Anda. Apabila tiba waktu janji temu Anda, sila klik pada pautan/link Zoom (pastikan Anda telah memuat turun aplikasi Zoom).
- Isi kata laluan yang diberikan.
- Pasukan Etiqa Virtual Customer Service akan sedia membantu Anda menerusi panggilan video.
Media Social
Etiqa mempunyai akaun media sosial rasmi untuk memberikan maklumat terkini kepada pelanggan. Anda boleh hubungi akaun media sosial Etiqa untuk menghantar aduan dengan menghantar mesej melalui PM (direct message). Berikut adalah akaun media sosial Etiqa:
Itu sahaja maklumat yang dapatk kami kongsikan, semoga maklumat tersebut bermanfaat untuk Anda.