Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Posted on

Bagi memudahkan dan membantu peminjam untuk membuat bayaran balik PTPTN, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 15%.

Ada beberapa kategori yang layak mendapatkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN. Untuk maklumat Anda, semua peminjam boleh dapatkan diskaun bayaran balik ini.

Diskaun Bayaran Balik PTPTN
Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Kategori Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Peminjam dapat membuat semakan penyata PTPTN pada setiap akhir bulan berikutnya, sebab insentif diskaun dikemas kini dalam akaun peminjam pada setiap akhir bulan.

Diskaun Bayaran Balik 15%

Diskaun 15% akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran penuh atau penyelesaian penuh pinjaman. Diskaun pinjaman ini tidak terhad, jadi semua peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman layak mendapat insentif ini dan termasuk kepada peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pengiraan diskaun 15% berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman dan pemberian diskaun ini boleh Anda klaim pada setiap hujung bulan. Anda boleh buat semakan penyata pinjaman mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemaskini.

Penyelesaian pinjaman PTPTN boleh di buat melalui gabungan pelbagai saluran seperti perbankan internet, KWSP dan bank. Namun, PTPTN menasihatkan kepada peminjam untuk membuat bayaran balik bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.

Sekiranya Anda mempunyai rekod CCRIS, selepas Anda membuat penyelesaian hutang, rekod CCRIS tersebut akan segera dikemas kini dalam tempoh 7 hari bekerja.

Diskaun Bayaran Balik 12%

Sesiapa sahaja boleh dapatkan diskaun 12%, diskaun 12% ini akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% dari pada keseluruhan baki hutang pinjaman. Contoh, jika baki hutang pinjaman Anda RM1,000 sila buat bayaran balik RM500

Walau bagaimanapun, diskaun ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi akan mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.

Bagi Anda yang belum faham macam mana pengiraan diskaun 12%, berikut kami kongsikan contoh pengiraan secara detail.

PerkaraJumlah (RM)
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2022=1000
Bayaran 55% pada 24 November 2022=-550
Diskaun 12% (12% x RM500) pada 30 November 2022*=-66
Baki hutang keseluruhan pada 1 Disember 2022 (sebelum kemaskini Ujrah)=384

Rekod CCRIS akan dikemas kini dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemas kini dalam penyata PTPTN.

Diskaun Bayaran Balik 10%

Diskaun 10% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam dinasihatkan untuk membuat semakan penyata pinjaman mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemaskini.

Adakah diskaun 10% ini boleh mengurangkan ansuran bulanan? Untuk makluman, diskaun 10% ini tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.

Selain itu, diskaun 10% ini akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) sahaja. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.

Sekiranya Anda ingin menggunakan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus guna dapatkan diskaun 10%, Anda perlulah membuat rundingan terlebih dahulu dengan cara menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Selepas rundingan disetujui, diskaun 10% akan diberikan setelah bayaran balik melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit) diterima oleh PTPTN.

Bayaran balik melalui potongan gaji adalah tertakluk kepada proses potongan yang dilakukan oleh majikan. Manakala debit terus (direct debit) adalah setiap 1hb, 10hb dan 27hb setiap bulan.

Semak Baki Hutang Pinjaman PTPTN

Sebelum membuat penyelesaian pinjaman pendidikan PTPTN, sebaiknya Anda perlu mengetahui dahulu baki keseluruhan hutang pinjaman Anda. Berikut langkah cara check baki hutang pinjaman PTPTN.

  1. Lawati pautan https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman Anda, klik butang Log Masuk
  3. Pilih menu Pengesahan Baki atau Surat Penyelesaian Hutang (SPH)
  4. Isikan maklumat lengkap seperti No. Akaun Bank, No Telefon dan Email Peribadi, klik butang Simpan
  5. Sistem PTPTN akan memaparkan maklumat peminjam, klik butang Cetak Semakan Baki Hutang Pinjaman PTPTN
  6. Paparan cetakan suran penyelesian hutang, sila klik Cetak Surat Penyelesaian Hutang Semak Baki Hutang Pinjaman PTPTN
  7. Selesai

Lupa no pinjaman PTPTN? Tak perlu risau sila baca habis artikel cara dapatkan no pinjaman PTPTN.

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Ramai yang bertanyakan, macam mana cara buat bayaran balik PTPTN untuk dapatkan diskaun 10%, 12% dan 15%.

Langkah yang perlu Anda lakukan.

  1. Semak baki hutang pinjaman PTPTN di portal rasmi PTPTN terlebih dahulu, selepas itu sila cetak Pengesahan Baki atau Surat Penyelesaian Hutang SPS
  2. Kemudian pergi ke kaunter atau ejen PTPTN berhampiran dengan membawa kad pengenalan dan Pengesahan Baki/Surat Penyelesaian Hutang SPS dan wang.
  3. Sila pilih jenis diskaun yang Anda inginkan, diskaun 15/12/10 lalu bayar.
  4. Selepas Anda membuat bayaran pegawai kaunter akan berikan resit bukti pembayaran.
  5. Sekiranya Anda membuat bayaran penuh atau penyelesaian penuh, surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas 14 hari (bekerja) pelarasan diskaun 15% dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai PTPTN, Anda boleh hubungi PTPTN melalui saluran di bawah:

  • Careline PTPTN di 03-21933000 (Beroperasi Isnin – Jumaat, jam 9.00AM – 5.00PM)
  • Live Chat di www.ptptn.gov.my
  • e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my
  • Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
  • Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat yang kami berikan dapat bermanfaat.