Sekarang ni, keselamatan akaun perbankan online makin ketat. Benda ni penting sebab kes penipuan makin menjadi-jadi, ramai yang terjebak dengan scam sampai duit lesap begitu saja.
Satu langkah keselamatan yang diperkenalkan oleh AmBank adalah Device Binding AmSecure fungsi ni akan ‘kunci’ akaun AmOnline Anda kepada satu peranti sahaja. Jadi, kalau ada orang lain cuba akses dari peranti lain, sistem akan block secara automatik.
Tapi masalahnya, masih ramai yang tak faham macam mana nak buat device binding ni. Ada yang terlepas pandang, ada juga yang sangkut sebab tak tahu langkah-langkah yang betul.
Kalau tak buat binding ni, Anda berisiko untuk tak dapat buat transaksi dengan selamat atau kena halang daripada guna AmOnline dengan lancar.
Lepas baca panduan ni, Anda boleh setup akaun dengan betul dan elak masalah keselamatan yang boleh menyusahkan nanti.
Device Binding AmSecure AmBank
Device binding adalah satu langkah keselamatan yang akan menghubungkan akaun AmOnline dengan peranti mudah alih Anda. Maksudnya, hanya peranti yang didaftarkan sahaja boleh akses akaun perbankan AmOnline.
Bila Anda dah bind akaun ke peranti, sebarang transaksi yang perlukan pengesahan akan dihantar terus ke peranti tu sahaja. Ini mengurangkan risiko orang lain cuba masuk akaun Anda dari peranti lain tanpa kebenaran.
Cara Buat Device Binding AmSecure AmBank
Nak buat device binding untuk AmOnline? Anda kena pastikan ada perkara berikut:
- Akaun AmOnline yang aktif.
- Kad Debit/Kredit AmBank yang masih sah.
- Telefon bimbit peribadi – jangan guna telefon orang lain!
Ikut langkah ni untuk bind peranti dengan akaun AmOnline:
- Log masuk ke akaun AmOnline dengan ID dan kata laluan.
- Benarkan akses biometric login (cap jari atau pengecaman wajah) jika diminta.
- Aktifkan push notification – disyorkan supaya Anda dapat notifikasi transaksi dan pengesahan AmSecure.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan secara rawak.
- Masukkan TAC (Transaction Authorisation Code) yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.
- Selesai! Akaun AmOnline Anda kini dihubungkan dengan peranti mudah alih yang digunakan.
Penting!
- Hanya boleh bind satu peranti sahaja dalam satu masa.
- Jangan bind akaun ke telefon orang lain, ini untuk keselamatan akaun Anda sendiri.
- Bermula Mac 2025, untuk bind peranti baru atau tukar peranti, Anda kena aktifkan AmSecure dekat mana-mana ATM AmBank.
Kelebihan Device Binding
Bila Anda dah bind akaun ke peranti sendiri, Anda akan dapat:
- Keselamatan Lebih Baik – Hanya peranti yang didaftarkan boleh akses akaun.
- Urus Akaun Dengan Mudah – Boleh cek baki, transaksi, dan buat pembayaran tanpa halangan.
- Buat Transaksi Lebih Pantas – DuitNow QR, pindahan wang, dan transaksi kecil boleh dibuat dengan cepat.
- Pengesahan Lebih Senang – Tak perlu tunggu SMS OTP, semua boleh disahkan terus dalam AmOnline melalui AmSecure.
Cara Device Binding di Telefon Baru
Kalau Anda beli telefon baru dan nak bind AmOnline ke peranti baru, ikut langkah ni:
- Unlink akaun dari telefon lama – Buka AmOnline, pergi ke ‘More’ > ‘Security’ > ‘Unlink This Device’.
- Log masuk di telefon baru dengan ID AmOnline Anda.
- Ikut langkah device binding seperti yang diterangkan sebelum ni.
- Aktifkan AmSecure di ATM AmBank (wajib jika ini kali pertama bind di telefon baru selepas Mac 2025).
Device Binding AmSecure AmBank ni memang penting untuk keselamatan akaun perbankan Anda. Dengan buat binding ni, Anda boleh pastikan hanya telefon sendiri boleh akses akaun AmOnline. Takde orang lain boleh curi masuk tanpa kebenaran.
Jadi, kalau Anda belum bind peranti dengan AmOnline, jangan tunggu lagi!