Polisi insurans atau cover note insurans kereta memang la dokumen penting yang Anda perlukan untuk tunjukkan perlindungan insurans Anda.
Dokumen ni padat dengan maklumat insurans kereta Anda macam nama pemilik polisi, nombor enjin kereta, harga premium insurans, jumlah NCD kereta, jenis perlindungan insurans (insurans first party ke third party), dan macam-macam lagi.
Pada dasarnya, cover note insurans kereta ni memang penting kalau Anda nak renew insurans kereta Anda atau nak claim insurans kalau terjadi kemalangan macam cermin kereta pecah, kereta tenggelam banjir, kereta terbakar, dan sebagainya.
Tapi, apa jadi kalau cover note insurans kereta hilang? Macam mana nak dapatkan semula salinannya?
Kami ada beberapa cara yang boleh Anda cuba untuk dapatkan semula salinan cover note insurans kereta yang hilang. Anda boleh ikut panduan-panduan yang kami bagi ni.
Call Syarikat Insurans
Langkah pertama yang perlu Anda lakukan ialah menghubungi syarikat insurans yang Anda langgan.
Bagitahu mereka bahawa cover note insurans kereta Anda hilang dan minta bantuan untuk mendapatkannya semula.
Biasanya, syarikat insurans akan meminta beberapa butir maklumat seperti nombor pendaftaran kereta, tarikh luput polisi insurans, dan sebagainya.
Berikan maklumat yang betul dan lengkap supaya proses mendapatkan semula cover note insurans berjalan lancar.
Kalau insurans kereta Anda di renew melalui ejen insurans, Anda boleh hubungi ejen yang sama untuk dapatkan salinan baru.
Biasanya, ejen insurans tu simpan rekod sendiri, jadi takde hal nak dapatkan balik cover note insurans tu.
Mereka akan hantar softcopy cover note tu kat Anda. Anda cuma perlu print muka surat yang ada maklumat yang Anda perlukan je.
Senarai No Telefon Insurans
Berikut ni senarai nombor customer service syarikat insurans di Malaysia.
Syarikat Insurans | No Telefon |
---|---|
Allianz Insurance Malaysia | 1-800-22-5542 |
Takaful Ikhlas | 1-300-88-252-385 |
Zurich Malaysia | 03-2109-6000 |
Tune Protect | 1-800-88-5753 |
RHB Insurance Berhad | 1-300-22-0007 |
AXA Malaysia | 03-2170-8282 |
AmGeneral Insurance Berhad | 03-2268-3333 |
Lonpac Insurance Berhad | 03-2262-8688 |
Etiqa Insurance | 1-800-88-6491 |
Cara Call Syarikat Insurans
Langkah-langkah cara call Syarikat Insurans melalui nombor telefon:
- Carik nombor telefon Syarikat Insurans. Biasanya boleh dapat kat laman web diorang, dalam dokumen insurans Anda, atau guna direktori telefon.
- Pastikan Anda ada nombor telefon yang betul dan aktif.
- Ambik telefon Anda, bukak aplikasi telefon atau tekan butang panggilan.
- Taip nombor telefon Syarikat Insurans yang Anda nak hubungi.
- Tekan butang panggilan atau ikon Call untuk start panggilan.
- Tunggu sekejap sampai panggilan disambungkan dengan wakil Syarikat Insurans.
- Bila dah sambung, sapa dengan sopan dan bagi maklumat peribadi Anda macam nama, nombor polisi insurans, atau apa-apa maklumat yang mereka mintak.
- Bagitau dengan jelas tujuan panggilan Anda. Kalau Anda nak mintak salinan cover note insurans yang hilang, cakap dengan baik-baik kat ejen tu.
- Dengar betul-betul arahan atau maklumat yang diberikan oleh ejen syarikat insurans. Kalau ada dokumen tambahan yang Anda kena hantar, pastikan Anda faham dan ikut prosedur yang mereka bagi.
- Bila dah habis selesai, ucapkan terima kasih dan sampaikan salam penutup yang sopan.
- Tutup panggilan dengan tekan butang End Call.
Cara Dapatkan Cover Note Insurans Secara Online
Untuk memudahkan proses mendapatkan semula cover note insurans kereta yang hilang, Anda bolehlah menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh syarikat insurans.
Banyak syarikat insurans kini menyediakan platform dalam talian yang membolehkan Anda menguruskan urusan insurans secara mudah.
Cari tahu sama ada syarikat insurans yang Anda langgan menyediakan perkhidmatan ini.
Dengan menggunakan perkhidmatan online, Anda boleh mengemukakan permohonan dan menguruskan segala urusan berkaitan cover note insurans dengan lebih mudah dan pantas.
Syarikat insurans akan hantar salinan cover note insurans tu melalui e-mel yang Anda daftar masa renew insurans. Jadi, mungkin la cover note Anda masih ada tersimpan kat situ tu.
Apa Itu I-Search
I-Seach merupakan satu perkhidmatan yang dilaksanakan melalui laman web MyCarInfo.
Melalui MyCarInfo, Anda boleh dapat maklumat tentang kereta yang Anda cari, dan salah satunya ialah i-search.
Laman web ni juga membenarkan Anda semak harga pasaran kereta Anda, info tentang NCD, maklumat insurans kereta, dan macam-macam lagi cuma dengan beberapa klik je.
Service lain yang ditawarkan:
- Vehicle market value (harga pasaran)
- NCD enquiry (diskaun insuran)
- i-search (maklumat insuran)
- Vehicle check (maklumat kereta kecurian/kemalangan)
Cara Check Cover Note Insurans Online
Kami bagitau cara nak semak maklumat insurans kenderaan Anda secara online je. Senang je, tak payah pening nak ke syarikat insurans mana-mana. Ikut langkah ni je:
- Buka laman web MyCarInfo: www.mycarinfo.com.my
- Klik pada menu PERKHIDMATAN di bahagian atas skrin.
- Pilih pilihan I-SEARCH.
- Tekan pada pilihan Plan yang Anda mahukan dan klik butang Go.
- Jika Anda memilih Plan Free, Anda tak perlu daftar masuk. Tetapi, sila isi butiran yang diminta seperti:
- Nombor pendaftaran kenderaan.
- Nama.
- Emel.
- Pengesahan Emel.
- Klik pada kotak Ya, saya telah membaca dan memahami Terma & Syarat serta Notis Privasi.
- Kemudian, tekan butang Enquire.
- Paparan akan menunjukkan maklumat mengenai tarikh insurans kereta Anda sama ada masih aktif atau tidak, syarikat insurans yang ditetapkan, dan jenis insurans yang diambil.
Itulah langkah-langkah mudahnya untuk menggunakan I-SEARCH melalui laman web MyCarInfo. Jadi, Anda boleh dapatkan maklumat penting tentang insurans kereta Anda dengan cepat dan mudah.
Nota: Kalau Anda pilih plan percuma, Anda hanya boleh tengok status insurans tahun ni je. Tapi kalau Anda pilih plan Comprehensive, Anda boleh semak insurans dari 3 tahun lepas punya plan juga.
Pejabat Pos
Anda boleh dapatkan salinan cover note insurans kereta yang hilang di Pejabat Pos. Senang je, Anda boleh dapatkannya di kaunter mana-mana Pejabat Pos.
Cara dia mudah je. Cakap je kat pegawai yang bertugas yang Anda nak dapatkan salinan cover note insurans yang hilang tu. Pegawai tu akan buat pengesahan dan serahkan salinan cover note tu kat Anda.
Lebih baik kalau Anda dapatkan salinan cover note yang hilang kat Pejabat Pos tempat Anda renew insurans sebelum ni. Senang je, proses jadi lebih lancar gitu.
Renew Insurans Kereta Dengan Takaful
Kalau Anda renew insurans kereta dengan ejen takaful, Anda boleh cuba hubungi balik ejen tu untuk dapatkan semula cover note yang Anda perlukan. Biasanya takde hal pun nak dapatkan balik cover note tu sebab ejen takaful dah simpan rekod sendiri.
Kalau betul-betul susah nak dapat respons dari ejen tu dan dorang tak bagi cover note yang Anda perlukan, takyah la nak berurusan dengan diorang lagi.
Lagi baik Anda cari ejen lain yang lebih boleh dipercayai atau lagi senang, Anda buat je sendiri.
Sekarang ni, banyak laman web syarikat insurans yang menawarkan servis untuk Anda buat sendiri pembaharuan insurans kereta atau takaful kereta dan bayar cukai jalan.
Betul lah, memang banyak pilihan. Kami pun dah banyak kali guna servis laman web macam Motor Takaful, Takaful Malaysia, dan lain-lain.
Renew Insurans Kereta Sendiri
Kami lebih suka renew sendiri tanpa melibatkan ejen lain. Kenapa? Sebab lebih fleksibel, boleh ubah sendiri ikut keperluan. Contohnya:
- Harga pasaran kereta, Anda boleh tetapkan had minimum dan maksimum yang sesuai.
- Insurans banjir, kalau kawasan Anda tak terlibat banjir, tak perlu nak tambah.
- Cermin kenderaan, nak tambah ke tak, Anda boleh tentukan berapa banyak.
- Insurans lain yang perlu atau tak perlu, Anda boleh pilih sendiri.
Bila Anda renew sendiri, lepas Anda buat pembayaran, syarikat takaful kenderaan biasanya akan hantar cover note tu ke dalam emel Anda. Anda boleh simpan cover note tu dalam emel atau cari semula bila perlu.
Kalau cover note hilang, Anda boleh cari je dalam emel. InsyaAllah tak susah nak jumpa semula. Biasanya, selalu ada je.
Kami memang galakkan Anda renew sendiri insurans dan takaful kenderaan Anda. Lagi baik guna syarikat takaful kenderaan berbanding insurans konvensional.