Kita semua tahu, ada banyak orang suka simpan duit syiling dalam tabung. Selain nak kumpul koleksi, duit syiling lebih berat dari duit kertas, jadi tabung cepat penuh dan kita kena beli yang baru.
Tapi, kalau kita kumpul duit syiling tu sikit-sikit, lama-lama jadi banyak jugak la. Masalahnya, kalau nak deposit dalam akaun bank, kena pergi kaunter dan bagitau teller berapa banyak syiling tu, pastu teller kena kira satu-satu.
Tapi, jangan risau! Maybank dah sediakan mesin deposit syiling yang boleh atasi masalah ni. Kita boleh deposit syiling dalam mesin tu, dan terus masuk ke akaun bank kita.
Mesin Coin Deposit Machine Maybank ini membolehkan pelanggan untuk memasukkan syiling ke dalam akaun bank secara mudah dan cepat.
Lokasi Coin Deposit Machine Maybank
Maybank Malaysia mempunyai lebih daripada 30 lokasi mesin deposit syiling (Coin Deposit Machine) di seluruh negara.
Anda boleh mencari lokasi mesin deposit syiling Maybank dengan mudah melalui laman web Maybank atau semak lokasi Coin Deposit Machine Maybank di bawah ini.
Negeri | Alamat |
---|---|
Johor | Johor Bahru Main Branch 106-108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru |
Johor | Skudai Branch 18-20, Jalan Perwira 17 Taman Ungku Tun Aminah, Skudai Johor |
Johor | Jalan Zabedah, Batu Pahat Branch 84, Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor |
Kedah | Lagenda Heights Branch Lot 101-103, Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah |
Kedah | Alor Setar Main Branch 1535, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, P.O. Box 82, 05710 Alor Setar |
Kedah | Pulau Langkawi Branch 5-11, Jalan Pandak Mayah 1, Pusat Bandar Kuah, Langkawi, Kedah |
Kelantan | Wakaf Siku Branch 5493D & E, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu |
Kelantan | Kota Bharu Main Branch 3880-E, Jalan Mahmood, Kota Bharu, P.O. Box 108, Kota Bharu |
Kuala Lumpur | KL Main Branch 1st Floor, Menara Maybank, 100, Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur |
Kuala Lumpur | Seksyen 5, Wangsa Maju Branch No. 2 & 2A, Ground & 1st Floor, Jalan Wangsa Delima 11, D\'Wangsa, KLSC Wangsa Maju, Kuala Lumpur |
Melaka | Melaka Main Branch 114 & 114A, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, Melaka |
Melaka | Taman Malim Jaya Branch 138 - 142, Jalan Suria 2, Taman Malim Jaya, Melaka |
Negeri Sembilan | Seremban Main Branch 166 - 169, Jalan Dato' Bandar Tunggal, Seremban, Negeri Sembilan |
Pahang | Taman TAS Branch B-2, B-4 & B-6, Lorong Pandan Damai 2/201, Jalan Kuantan Gambang, Kuantan, Pahang |
Perak | Jelapang Branch 277 - 281, Jalan Silibin, Ipoh, Perak |
Perak | Station 18, Ipoh Branch No. 41 & 43, Susuran Stesen 18, Station 18, Ipoh, Perak |
Pulau Pinang | Jelutong Branch 552 - 556, Jalan Jelutong, Pulau Pinang |
Pulau Pinang | Prai Industrial Estate Branch No. 2741, 2742 & 2743, Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, Prai, Pulau Pinang |
Putrajaya | Putrajaya Branch R13 & R15, Bangunan Annexe, Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Precint 3, Putrajaya |
Sabah | Inanam Branch CL 015300713, Ground Floor, Batu 5.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu |
Sarawak | Wisma Satok Branch Level 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching |
Selangor | Selayang Jaya Branch 2-4-6 Jalan SJ 14, Selayang Jaya, Selayang, Batu Caves Selangor |
Selangor | Bandar Sunway Branch No. 30 & 32, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor |
Selangor | Shah Alam Main Branch 10, Persiaran Perbandaran, Section 14, Shah Alam, Selangor |
Selangor | Rawang Branch 17, Jalan Bandar Rawang 2, Bandar Baru Rawang, Rawang, Selangor |
Selangor | Bandar Baru Selayang Branch 77, Jalan 2/16, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor |
Selangor | AEON Mall Shah Alam Branch G32, 33 & 35, Ground Floor, AEON Mall Shah Alam, Lot 2437, No. 1, Jalan Akuatik 13/64, D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor |
Selangor | Mutiara Damansara Branch Lot G96, Ground Level, The Curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor |
Selangor | USJ Subang Jaya Branch No. 39, Jalan USJ 10/1G, Subang Jaya, Selangor |
Selangor | Equine Park Branch No. 1, Jalan Equine 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor |
Terengganu | Kemaman Branch K11284 & K11285, Jalan Kubang Kurus, Taman Cukai Utama, Cukai, Kemaman, Terengganu |
Terengganu | Kuala Terengganu Branch No 92, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu |
Cara Tukar Syiling
Untuk menggunakan mesin ini, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Bawa syiling ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai mesin ini.
- Masukkan syiling ke dalam mesin.
- Mesin akan mengira jumlah syiling yang dimasukkan dan menunjukkan jumlah tersebut di skrin.
- Pilih akaun yang ingin dimasukkan syiling tersebut.
- Masukkan nombor akaun dan jumlah syiling yang ingin dimasukkan ke dalam akaun tersebut.
- Mesin akan mengeluarkan resit sebagai bukti transaksi.
Maybank tak satu-satunya bank yang ada mesin deposit syiling ni. Bank-bank lain macam CIMB, RHB, Public Bank pun ada jugak.
Kalau nak cari mesin deposit syiling CIMB dekat dengan tempat kita, kita boleh cari melalui artikel ni coin deposit machine CIMB.
So itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat diatas bermanfaat untuk Anda semua.