Anda tahu tak, sekarang banyak bank yang sediakan mesin Coin Deposit Machine (CoDM) untuk senangkan orang deposit duit syiling terus ke akaun bank. Salah satu bank yang ada mesin ni ialah CIMB Bank.
Jadi kalau Anda suka kumpul duit syiling dan nak tukar ke duit kertas atau nak masukkan dalam akaun bank, boleh guna mesin ni.
Cara gunanya sama macam mesin ATM, di mana mesin CoDM tu akan kira duit syiling Anda secara automatik.
Kat sini Anda boleh tengok senarai lokasi Coin Deposit Machine near me yang mungkin ada dekat dengan Anda dan juga lokasi di setiap negeri di Malaysia.
Apa itu Coin Deposit Machine CIMB?
Coin Deposit Machine (CoDM) atau mesin deposit syiling adalah mesin yang digunakan untuk mendepositkan duit syiling ke dalam akaun bank.
Mesin ini membolehkan pengguna untuk mengira jumlah duit syiling yang mereka ingin depositkan, kemudian memasukkan syiling ke dalam mesin untuk dikira dan dimasukkan ke dalam akaun bank.
Lokasi Coin Deposit Machine CIMB
Di bawah ini adalah senarai lokasi bank CIMB yang mempunyai Coin Deposit Machine.
No. | State | Terminal Name | Address |
---|---|---|---|
1 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Sentul Raya | No. 2, The Boulevard Shop Office, Jalan 11/48A, Sentul Raya, Kuala Lumpur |
2 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Taman Maluri | Ground Floor, No. 279 & 279A, Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Off Jalan Cheras, KL |
3 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Wisma Koponas | 70 - 72, Wisma Koponas, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur |
4 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Desa Jaya | 4, Jalan 54, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur |
5 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Taman Mutiara Cheras | 2468 Jalan Mutiara Timur Satu, Taman Mutiara, Cheras, Kuala Lumpur |
6 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Pandan Indah | No 21G & 23G, Jalan Pandan Indah 4/34, Pandan Indah, Kuala Lumpur |
7 | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Putrajaya | 2M11-A, Kompleks Kementerian Kewangan, No.5, Persiaran Perdana Precint 2, Putrajaya |
8 | Selangor | Section 52, Petaling Jaya | No. 27, 29 & 31, Jalan 52/2, Petaling Jaya |
9 | Selangor | Damansara Utama | 48, Jalan SS21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya |
10 | Selangor | Bukit Tinggi | No. 22A, Wisma Esther Robert, Lorong Batu Nilam 4B, Bandar Bukit Tinggi, Klang |
11 | Selangor | Jalan Kenari, Puchong | No. 12, Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Puchong |
12 | Selangor | Section 18, Shah Alam | No. 49, 51, 53 Jalan Pinang B 18/B, Section 18, Shah Alam |
13 | Selangor | Rawang | No. 1, Jalan Bandar Rawang 2, Pusat Bandar Rawang, Rawang, Selangor |
14 | Selangor | Banting | 135-137, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting, Selangor |
15 | Selangor | Kelana Jaya | No. 60 & 62, Jalan SS 6/14, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor |
16 | Selangor | Taming Jaya, Balakong | No 2-2-G, Wisma Pauson, Jalan Taming Kanan 1, Taman Taming Jaya, Balakong, Selangor |
17 | Negeri Sembilan | Bandar Tunggal, Seremban | No 1A, Wisma Dewan Perniagaan Melayu, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban |
18 | Pahang | Jalan Bank, Kuantan | Bangunan BCB, Lot 32, Jalan Bank,Kuantan |
19 | Perak | Ipoh Garden | Lot 73207, Jalan Canning Estate, Ipoh Garden, Ipoh, Perak |
20 | Penang | Prangin Mall | Lot 33-G-08, Prangin Mall, Jalan Dr. Lim Chwee Leong, 10100 Pulau Pinang |
21 | Kedah | Bangunan UMNO, Alor Setar | 1583, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Star, Kedah |
22 | Kelantan | Jalan Maju, Kota Bharu | Ground Floor, 1 & 5 Bangunan Bank Bumiputra, Jalan Maju |
23 | Terengganu | Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu | Lot 3083, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu |
Cara Tukar Duit Syiling
Untuk menukar duit syiling menggunakan Coin Deposit Machine CIMB, Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:
- Kunjungi cawangan CIMB yang menyediakan Coin Deposit Machine, sila lihat senarai lokasi diatas.
- Lepas tu Anda perlu masukkan no akaun CIMB Bank atau CIMB Islamic Anda, dan lepas tekan pasti tu terus tolak penutup tu dan masukkan duit syiling Anda. Tekan Confirm.
- Masukkan syiling macam 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Untuk duit syiling yang tak diterima, duit syiling tersebut akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin.
- Sila ambil dan cuba masukkan balik duit syiling tersebut.
- Setelah selesai, mesin CoDM akan keluarkan resit. Ambil resit tu untuk rujukan Anda.
- Biasanya, duit akan masuk akaun bank petang nanti, so sila check baki akaun CIMB Anda untuk melihat baki akaun terkini.
Nota: Pastikan Anda memasukkan nombor akaun bank dengan betul dan mengira jumlah duit syiling dengan teliti sebelum membuat deposit.
Jika Anda memerlukan bantuan, sila hubungi kakitangan CIMB atau layari laman web CIMB untuk maklumat lanjut.