Dalam urusan harian, kadangkala kita perlu buat pemindahan wang dalam jumlah yang lebih besar dari had biasa.
Sebab itulah GXBank memberi Anda fleksibiliti untuk ubah had pemindahan (transfer limit) secara mudah dan cepat melalui aplikasi GXBank.
Bila Anda buka akaun dengan GXBank, had pemindahan harian Anda akan disetkan kepada RM5,000.
Tapi, jangan risau, Anda boleh tukar had ni sehingga maksimum RM50,000 sehari, ikut keperluan Anda.
Kenapa Perlu Tukar Transfer Limit?
Tak semua orang perlukan transfer limit yang sama. Ada yang guna akaun GXBank untuk urusan harian biasa, ada juga yang guna untuk bisnes atau urusan penting lain.
Kalau Anda rasa had RM5,000 tu tak cukup, GXBank bagi Anda peluang untuk tingkatkan transfer limit ni.
Dengan cara ni, Anda boleh buat lebih banyak transaksi, terutamanya kalau ada keperluan mendesak atau nak transfer jumlah besar dalam satu hari.
Sebaliknya, kalau Anda rasa transfer limit yang tinggi tu tak perlu, Anda juga boleh turunkan had tu untuk tingkatkan keselamatan akaun Anda.
Tukar transfer limit ni senang je, semuanya boleh dibuat dalam aplikasi GXBank termasuk cetak penyata akaun GXBank Anda.
Cara Tingkatkan Transfer Limit GXBank
Untuk ubah had pemindahan harian Anda, ikut langkah-langkah mudah ni:
- Pertama sekali, pastikan Anda log masuk ke aplikasi GXBank guna username dan password Anda.
- Dekat bahagian bawah kanan skrin, Anda akan nampak ikon “Me.” Tekan pada ikon tu untuk masuk ke profil akaun Anda.
- Dalam halaman profil, cari pilihan “Change Limits.” Tekan pada pilihan ni untuk mula ubah transfer limit akaun Anda.
- Selain daripada tab “Me,” Anda juga boleh ubah transfer limit dari laman “Send Money.” Dekat laman tu, tekan pada menu tiga titik di sudut atas kanan skrin dan pilih “Change Daily Transfer Limit.”
- Selepas Anda pilih “Change Limits,” masukkan jumlah transfer limit baru yang Anda nak tetapkan. Anda boleh pilih had yang lebih tinggi (sehingga RM50,000) atau lebih rendah, bergantung kepada keperluan Anda.
- Selepas tetapkan had baru, Anda mungkin akan diminta untuk lalui proses pengesahan tambahan.
Kelebihan Tukar Transfer Limit
Ubah had pemindahan bukan sahaja bagi Anda lebih kawalan atas transaksi harian, tapi juga memudahkan urusan kewangan Anda.
Kalau Anda ada urusan bisnes yang perlukan pemindahan wang dalam jumlah besar, Anda tak perlu risau had pemindahan harian yang terhad.
Sebaliknya, kalau Anda lebih risaukan keselamatan akaun, had pemindahan yang lebih rendah boleh bantu kurangkan risiko transaksi tak sah kalau akaun Anda terdedah kepada pihak tak bertanggungjawab.