Anda pengguna perkhidmatan Hongleongconnect? Pasti senang kan menggunakan perkhidmatan tersebut kerana boleh menjimatkan masa.
Anda tak perlu lagi pergi ke cawangan bank atau ATM Hong Leong Bank untuk membuat transaksi.
Dengan menggunakan perkhidmatan hongleongconnect Anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti, semak baki, transfer, topup kredit phone dan semak penyata bank.
Sila muat turun aplikasi hongleongconnect di handphone Anda. Jika Anda guna handphone Android sila muat turun aplikasi tersebut di Google Playstore dan untuk iPhone sila muat turun di App Store secara percuma.
Apa Itu Hong Leong Connect
Sebagai makluman, ramai orang pun tidak tahu apa itu hongleongconnect dan apa yang boleh dilakukan melalui aplikasi Hong Leong Mobile Banking.
Aplikasi Perbankan mudah alih Connect memudahkan urusan kewangan Anda melalui telefon pintar atau tablet.
Urusan kewangan yang boleh dilakukan melalui Hong Leong Mobile Banking.
- Semak baki akaun pada bila-bila masa dan di mana saja Anda berada.
- Pindahkan dana dengan mudah.
- Fungsi pembayaran yang membolehkan anda membayar pembelian runcit dan F&B anda menggunakan kaedah ‘imbas-dan-bayar’ yang mudah dan terdapat di peniaga-peniaga terpilih Scan & Pay. Amaun bil/pembelian akan ditolak terus daripada akaun Anda.
- Anda masih boleh mengeluarkan wang daripada ATM menggunakan aplikasi Connect pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Untuk melakukannya, Pilih Connect ATM Withdrawal pada halaman log masuk.
- Mohon untuk memindahkan baki kad kredit anda dengan bank lain ke kredit card Hong Leong Bank.
- Aktifkan kad kredit Hong Leong Bank baharu anda melalui Aplikasi Connect.
- Buat pembayaran bil anda pada bila-bila masa melalui Aplikasi Connect.
Langkah-langkah cara daftar akaun Hong Leong Bank online
Cara Tukar No Telefon Hong Leong Bank
Saya sudah mempunyai akaun berdaftar di Hong Leong Connect macam mana nak tukar no telefon untuk keperluan TAC?
Cara tukar no telefon Hong Leong Bank boleh dilakukan dengan cepat melalui 2 langkah iaitu:
1. ATM HLB (Hong Leong Bank)
- Sila pergi ke mesin ATM Hong Leong Bank berdekatan.
- Masukkan kad debit atau kad kredit Hong Leong Bank dan masukkan PIN.
- Pilih PIN/TAC/Limit.
- Masukkan nombor telefon baru Anda.
- Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin. Ambil resit untuk rujukan.
- Selesai.
Atau guna langkah 2 sekiranya cara diatas tidak berjaya.
2. Hong Leong Bank
Sila pergi ke cawangan Hong Leong Bank berdekatan, jangan lupa untuk membawa kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan supaya proses update phone number Hong Leong Bank lancar.
Itulah maklumat terkini bagaimana nak tukar no telefon Hong Leong Bank.