Penggunaan perkhidmatan internet banking Bank Rakyat (iRakyat) kini telah menjadi cara yang paling sesuai untuk pelanggan mengakses perkhidmatan perbankan. Perkhidmatan ini boleh memudahkan dan mempercepatkan transaksi pelanggan.
Perkhidmatan iRakyat boleh digunakan untuk semua jenis transaksi, bermula daripada pembayaran, pemindahan antara akaun, semak baki dan check penyata bank. Pelanggan boleh melakukan semua aktiviti tersebut hanya dengan menggunakan samrtphone atau laptop.
Pelanggan tidak perlu lagi kena pergi ke cawangan bank atau mesin ATM Bank Rakyat untuk membuat transaksi. Pelanggan juga boleh menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga setiap kali mereka membuat transaksi.
Bersama dengan perkembangan zaman, pengguna perkhidmatan online banking semakin bertambah. Terutama bagi pelanggan yang mempunyai jadual yang agak padat, perkhidmatan internet banking pastinya akan sangat membantu.
Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat
Sebagai pengguna iRakyat, pelanggan pastinya mengalami masalah ketika mengakses perkhidmatan ini. Seperti nombor telefon yang telah didaftarkan hilang, rosak atau disekat.
Sekiranya nombor berdaftar Bank Rakyat rosak, disekat atau hilang, pelanggan hendaklah segera menukar nombor yang didaftarkan. Untuk menggantikan nombor, pelanggan mesti sediakan syarat yang diperlukan.
Syarat Tukar No Telefon Bank Rakyat
Dokumen yang diperlukan untuk menukar nombor HP yang didaftarkan dengan perkhidmatan iRakyat atau Bank Rakyat online banking adalah seperti berikut.
- Kad debit atau ATM Bank Rakyat.
- Kad pengenalan.
- Buku bank.
Itulah beberapa syarat yang perlu Anda sediakan sebelum menukar nombor Anda di Bank Rakyat berhampiran. Macam mana jika kad Bank Rakyat rosak atau hilang, sila baca cara dapatkan semula kad Bank Rakyat hilang.
Cara Menukar Nombor Telefon Bank Rakyat di Bank
Selepas Anda sediakan semua dokumen yang diperlukan, Anda boleh segera mengikuti langkah-langkah di bawah.
- Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat.
- Sila membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan.
- Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no giliran Anda dipanggil.
- Maklum pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
- Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.
Cara Menukar No Telefon Bank Rakyat Melalui Email
Selain cara kemaskini no telefon Bank Rakyat di cawangan, Anda boleh juga menukar no HP melalui emel.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Emailkan penukaran no HP anda ke: telerakyat@bankrakyat.com.my
Contoh:
- Subject: Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking/ iRakyat
- Isi Email: saya ingin menukar nombor telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya: (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, No Telefon Lama dan No Telefon Baru). Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.
Nota: Jika Anda tak ingat/ lupa no telefon lama sebab handphone dah hilang, ruangan No HP Lama jangan di isi atau beri tanda (-).
Selepas Anda hantar email tersebut, pihak Bank Rakyat akan segera telefon Anda untuk proses pertukaran nombor telefon dan pengesahan. Mohon untuk siap sedia menerima panggilan dari Bank Rakyat.
Cara Tukar No HP Bank Rakyat Melalui Tele-Rakyat
Sebelum buat panggilan telefon, pastikan Anda mempunyai baki kredit di telefon bimbit Anda.
- Hubungi Tele Rakyat Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
- Bagitau kepada pegawai bank bahawa Anda mahu kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
- Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
- Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon i-Rakyat berjaya dilakukan.
Nota: Untuk penukaran nombor telefon secara panggilan, tidak lagi boleh dilakukan. Kami sudah cuba, hanya boleh melalui email dan ke cawangan yang berdekatan sahaja.
Kenapa Perlu Kemaskini No Telefon Bank Rakyat
No telefon yang Anda gunakan untuk transaksi perbankan perlu Anda tukar untuk merima kod TAC, TAC di gunakan untuk proses pengesahan transaksi. Fungsi TAC Bank Rakyat iaitu:
- Anda perlu mendaftar nombor telefon Anda sahaja untuk tujuan TAC.
- Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer.
- Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
- TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan.
- TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun Anda.
Sekiranya kad ATM Bank Rakyat rosak atau tamat tempoh, Anda boleh baca artikel cara tukar kad ATM Bank Rakyat tamat tempoh atau expired dan rosak.
Tak Boleh Tukar No Telefon Bank Rakyat
Jika Anda mendapat masalah tak boleh tukar no telefon Bank Rakyat atau selepas kemaskini no telefon Bank Rakyat tiada kod TAC di hantar ke nombor telefon baru Anda, Anda boleh hubungi tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454.