Cara Tukar No Telefon Bank Islam
Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Cara Tukar No Telefon Bank Islam Online Kaunter ATM

Posted on

Memiliki perbankan internet Bank Islam tentu membantu sekali untuk proses transaksi perbankan seperti menghantar, menerima, semak baki dan print penyata bank.

Untuk memiliki perkhidmatan tersebut, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Pelbagai syarat diperlukan pada masa Anda mahu mendaftar, syarat yang mesti Anda bawa iaitu Kad ATM/Debit dan nombor telefon aktif.

Setelah sekian lama menggunakan perkhidmatan internet banking, boleh sahaja kemalangan terjadi seperti handphone hilang, atau nombor telefon tamat tempoh.

Perkara yang berlaku tentu sahaja Anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Bank Islam, kerana setiap transaksi yang Anda buat memerlukan kod OTP/TAC.

Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Macam mana saya nak tukar nombor telefon saya untuk TAC on SMS di Bank Islam? Pastilan pertanyaan itu tersirat dalam fikiran Anda.

Cara tukar nombor telefon Bank Islam ini mudah sahaja, ada beberapa langkah yang mesti Anda buat.

A. Kemaskini Nombor Telefon Bank Islam di ATM

Sila pergi ke ATM terdekat dan membawa kad ATM dan nombor telefon baru Anda.

  1. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  2. Pilih menu Online Banking atau Perbankan Internet.
  3. Masukkan nombor telefon baru Anda.
  4. Ambil resit yang keluar.

Sekiranya tukar no telefon Bank Islam berjaya, pengaktifan nombor baharu adalah secara serta-merta.

Tetapi ada beberapa kes yang menyebabkan nombor telefon gagal di tukar di ATM.

Bila itu berlaku, sila Anda pergi ke cawangan bank terdekat dan mohon bantuan ke pegawai Bank Islam

B. Kemaskini Nombor Telefon Bank Islam Online

  1. Buka laman Bank Islam IB
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Pilih menu Setting.
  4. Pilih menu Mobile Number Maintenance. Kemaskini Nombor Telefon Bank Islam Online
  5. Masukkan no telefon baru Anda. klik Submit.
  6. Pada bahagian Verification sila baca dan semak nombor telefon baru yang dah Anda masukkan. Klik Confirm.
  7. Tahniah, Anda dah berjaya kemaskini nombor telefon Bank Islam.

C. Kemaskini No Telefon Bank Islam di Cawangan

Tukar nombor telefon di cawangan Bank Islam adalah proses yang mudah. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda tak perlu pergi ke cawangan asal akaun Anda. Cawangan mana-mana Bank Islam pun boleh.
  2. Pastikan Anda bawa dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport untuk tujuan pengesahan.
  3. Apabila dah sampai di cawangan, jumpa pegawai di kaunter pelanggan dan beritahu dia yang Anda nak tukar nombor telefon.
  4. Pegawai bank akan berikan Anda borang kemaskini maklumat. Isi borang tu dengan betul dan pastikan Anda tulis nombor telefon yang baru dengan teliti.
  5. Selepas isi borang, serahkan borang tu kepada pegawai bank beserta dokumen pengenalan diri Anda. Pegawai bank akan semak dan sahkan maklumat Anda.
  6. Pegawai bank akan semak maklumat Anda. Biasanya, proses ni tak ambil masa lama. Tunggu sehingga pegawai bank bagi pengesahan yang nombor telefon Anda dah dikemaskini dalam sistem.
  7. Selesai.

Kenapa Tak Terima TAC/IAC/OTP Bank Islam

Kalau Anda dah kemaskini nombor telefon Anda di Bank Islam tapi tak dapat kod TAC untuk transaksi dalam perbankan dalam talian, ada beberapa sebab yang mungkin terjadi. Ini dia sebab-sebabnya:

  • Selepas Anda kemaskini nombor telefon Anda, sistem bank mungkin memerlukan beberapa masa untuk mengemaskini maklumat Anda dalam sistem mereka. Jadi, cuba tunggu seketika dan cuba semula selepas beberapa jam atau pada hari berikutnya.
  • Pastikan nombor telefon yang Anda masukkan semasa kemaskini adalah betul. Kalau nombor telefon salah, Anda tak akan dapat kod TAC sebab bank tak akan dapat hantar kod ke nombor yang salah.
  • Kadang-kadang, terdapat masalah teknikal dalam sistem bank yang boleh menyebabkan masalah penghantaran kod TAC. Cuba semak dengan perkhidmatan pelanggan atau laman web rasmi Bank Islam untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang isu teknikal.
  • Pastikan bahawa Anda masih boleh menerima mesej SMS. Kadang-kadang, masalah dengan penyedia perkhidmatan telco boleh menyebabkan masalah penerimaan mesej SMS.
  • Pastikan akaun bank Anda dalam keadaan aktif.
  • Kalau Anda dah cuba semua langkah di atas tapi masih tak dapat kod TAC, yang terbaik adalah menghubungi perkhidmatan pelanggan Bank Islam. Mereka boleh membantu Anda menyelesaikan masalah.

Dah Tukar Nombor Telefon Tetapi Bank Islam Online Tetap Register Dengan No Lama

Kalau Anda dah tukar nombor telefon di cawangan Bank Islam tetapi online banking Anda masih direkodkan dengan nombor lama, ada beberapa langkah yang boleh Anda ambil:

  • Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam: Sila menghubungi perkhidmatan pelanggan Bank Islam di +603 26 900 900. Mereka boleh memberikan panduan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini.
  • Maklumkan Masalah di Media Sosial: Kalau Anda mahukan respon yang cepat, cuba juga menghantar mesej di Facebook Bank Islam. Biasanya, bank akan merespon pertanyaan melalui platform media sosial mereka dengan pantas.
  • Sediakan Maklumat Akaun: Pastikan Anda sediakan maklumat akaun Anda seperti nombor akaun, nombor kad pengenalan, dan nombor telefon yang baru. Ini akan membantu perkhidmatan pelanggan mengenal pasti akaun Anda dengan lebih cepat.
  • Ikuti Arahan dari Perkhidmatan Pelanggan: Selepas berhubung dengan perkhidmatan pelanggan, ikuti arahan yang diberikan. Mereka mungkin meminta Anda untuk mengemukakan bukti kemaskini nombor telefon.
  • Semak Semula Maklumat Online Banking: Selepas permasalahan Anda diselesaikan, pastikan maklumat online banking Anda telah dikemaskini dengan nombor telefon yang baru. Cuba log masuk semula dan pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Dengan berhubung dengan perkhidmatan pelanggan atau menghantar mesej di media sosial, Anda seharusnya boleh mendapatkan bantuan dan panduan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Ingatlah bahawa keselamatan akaun dalam perbankan dalam talian adalah penting, jadi pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum berbuat sebarang transaksi dalam talian

Baca juga cara dapatkan penyata akaun Bank Islam

Itulah bagaimana nak tukar nombor telefon Bank Islam lama dengan yang baharu, semoga maklumat tersebut boleh bermanfaat untuk Anda.