Cara Tukar No Telefon Ambank
Cara Tukar No Telefon Ambank

Cara Tukar No Telefon Ambank Online, Kaunter, ATM

Posted on

Perkhidmatan AmOnline yang dimiliki oleh Ambank benar-benar membantu ramai orang untuk melakukan pelbagai transaksi secara mudah dan cepat.

Dengan adanya perkhidmatan tersebut Anda tidak perlu pergi ke mesin ATM atau ke cawangan bank untuk menghantar wang, cukup gunakan aplikasi AmOnline pada handphone pada bila-bila masa.

Aplikasi AmOnline boleh Anda muat turun di Google Playstore untuk pengguna handphone Android dan App Store untuk pengguna handphone iPhone secara percuma.

Untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, Anda mesti memiliki akaun berdaftar. Sila baca panduan cara daftar Ambank online banking AmOnline.Cara Tukar No Telefon Ambank

Cara Tukar No Telefon Ambank

Ramai orang yang tanya macam mana cara tukar no telefon Ambank sekiranya nombor telefon yang lama hilang atau tamat tempoh? Boleh ke tukar nombor telefon melalui sambungan telefon sahaja?

Jawapannya tidak boleh, kerana jika mahu tukar nombor telefon Ambank Anda mesti guna ATM Ambank.

Contoh masalah yang dihadapi orang yang mahu tukar no telefon iaitu:

  • Nombor telefon Anda disekat atau kena block.
  • Nombor telefon Anda yang hilang bersama-sama dengan telefon bimbit.
  • Nombor telefon Anda tamat tempoh.
  • Anda mahu ganti ke nombor telefon baru.

Perkhidmatan AmOnline memerlukan no handphone untuk dapat memberi kuasa semasa membuat transaksi (request TAC). Apabila no telefon mengalami masalah, sudah tentu aktiviti urusniaga akan terganggu.

Cara Tukar No Telefon AmBank di ATM

Berikut langkah-langkah tukar no telefon Ambank yang disyorkan oleh pihak Ambank:

  1. Sila pergi ke mesin ATM Ambank berdekatan.
  2. Masukkan kad debit atau kad kredit Ambank dan masukkan PIN.
  3. Pilih Register/Change TAC Mobile.
  4. Masukkan nombor telefon baru Anda (Press if Correct).
  5. Maklumat pengesahan akan terlihat pada skrin. Ambil resit untuk rujukan.
  6. Selesai.

Tukar Nombor Telefon di Kaunter

Sekiranya Anda ingin menukar nombor di kaunter, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Sila kunjungi kaunter AmBank yang berdekatan.
  2. Kemudian maklumkan kepada staff bank kalau Anda nak kemaskini ataupun menukar nombor telefon AmOnline.
  3. Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan juga kad ATM Anda.
  4. Selesai.

Kemaskini Nombor Telefon Melalui Call Customer Service

Anda juga boleh kemaskini no telefon melalui customer service AmBank.

  1. Pertama sekali, sila call 03-2178 8888.
  2. Seterusnya Anda perlu pilih menu bahasa dan pilih nombor 1 iaitu AmOnline.
  3. Masukkan nombor IC Anda.
  4. Pegawai bank akan membantu Anda untuk tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  5. Cara ini mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja untuk pihak bank update no telefon Anda.

Macam mana kalau nak tukar no telefon AmBank melalui online? Pada masa ini penukaran/kemaskini no HP hanya boleh dibuat melalui kaunter, ATM dan customer service sahaja.

Sekiranya proses tukar no phone Ambank tidak berjaya atau gagal, jangan panik. Sila hubungi Pusat Panggilan Ambank di talian +603-2178 8888 bagi semakan lanjut.

Atau Anda boleh pergi ke cawangan Ambank berdekatan untuk menyelesaikan masalah yang Anda hadapi.

Itulah maklumat terkini bagaimana nak tukar no telefon Ambank untuk TAC, semoga maklumat yang kami kongsi boleh bermanfaat untuk Anda.