Cara Tukar Limit Transaksi Ambank
Cara Tukar Limit Transaksi Ambank

Cara Tukar Limit Transaksi Ambank Online Banking ATM

Posted on

Limit transaksi Ambank berbeza-beza bergantung pada jenis akaun yang dimiliki oleh pelanggan. Had pemindahan ialah had maksimum yang dibenarkan oleh bank untuk memindahkan ke akaun di bank yang sama atau berbeza.

Had pemindahan Ambank atau transactions limit bertujuan untuk melindungi pelanggan daripada kecurian atau penyalahgunaan kad ATM yang hilang.

Cara Tukar Limit Transaksi Ambank
Cara Tukar Limit Transaksi Ambank

Cara Tukar Limit Transaksi Ambank Online Banking

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan kepada Anda cara tukar limit transaksi Ambank online banking.

Kepada Anda yang mempunyai masalah untuk menukar limit transaksi bagi Ambank online banking Anda, jangan risau Anda boleh ikuti langkah yang kami kongsikan pada artikel ini.

Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu login Ambank.

  1. Buka pautan https://www.ambank.com.my
  2. Klik Login pada bahagian kanan atas
  3. Seperti biasa Anda masukkan Username, klik Login Now
  4. Sila pastikan Security Image adalah betul, lepas tu barulah klik Yes
  5. Masukkan Password, klik Logi In
  6. Untuk Anda menukar limit transaksi Anda perlu klik pada bahagian Settings
  7. Lepas tu Anda cari Transactions Limit
  8. Senarai limit transaksi yang boleh Anda ubah akan dipaparkan, untuk tukar limit transfer klik Transfer Cara Ubah Limit Transaksi Ambank Online
  9. Sila klik jenis transaksi yang Anda nak ubah, kemudian masukkan limit yang Anda inginkan
  10. Secara automatik akan keluar popup, klik Continue Tukar Limit Transaksi Ambank
  11. Secara automatik sistem akan menghantar nombor TAC ke SMS Anda
  12. Semak SMS Anda, lepas tu masukkan nombor TAC, klik Confirm
  13. Selesai,

Itu sahaja langkah yang perlu Anda lakukan untuk Anda menukar limit transaksi Ambank, Anda boleh ulang langkah yang sama tadi untuk transaksi-transaksi yang lain.

Sekarang Anda boleh transfer ambank ke bank lain dengan limit yang Anda telah Anda set.

Tukar Limit Transaksi Melalui ATM

Sekiranya Anda ingin menukar limit transaksi IBG, Anda boleh ikuti langkah berikut.

  1. Pergi ke ATM Ambank
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda
  3. Pilih Others
  4. Pilih IBG Transaction Limit
  5. Masukkan jumlah limit yang Anda inginkan (Maksimum IBG transfer RM20,000)
  6. Pilih Press If Correct
  7. Masukkan Nombor IC/Passport/Tentera
  8. Pilih Press If Correct
  9. Selesai

Nota: Had transaksi harian maksimum ialah RM 50,000.00, had gabungan dengan IBG dan Pindahan Segera (Instant Transfer). Secara lalai, had ditetapkan pada RM 5,000.00. Walau bagaimanapun, untuk akaun bukan non-resident, had transaksi harian ialah RM10,000.00 untuk DuitNow.