Cara Tukar Kad Debit Agrobank
Cara Tukar Kad Debit Agrobank

Cara Tukar Kad Debit Agrobank

Posted on

Agrobank menasihatkan setiap pelanggan untuk tukar kad debit Agrobank lama dengan yang baru bagi tujuan keselamatan. Sekiranya Anda masih menggunakan kad ATM/Debit Agro Bank lama, sila segera buat penukaran kad segera.

Berikut kami kongsikan langkah cara tukar kad debit Agrobank tamat tempoh, rosak, hilang dan tukar kad lama ke kad yang baru.

Cara Tukar Kad Debit Agrobank
Cara Tukar Kad Debit Agrobank

Kelebihan Kad Agro Visa Debit

Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan kad Agro visa debit-i.

  1. Mudah, capaian terus kepada dana di dalam akaun tanpa perlu mengeluarkan wang tunai
  2. Selamat, tak perlu membawa wang tunai
  3. Jimat masa, pembayaran lebih cepat di outlet peruncit
  4. Terjamin, transaksi memerlukan PIN. Risiko kerugian kewangan yang rendah jika kad hilang atau dicuri
  5. Berbelanja mengikut kemampuan, memupuk disiplin kewangan

Syarat Penggantian Kad Bank Baru

Sebelum pergi ke cawangan, pastikan Anda telah sediakan syarat dan dokumen yang diperlukan.

  • Pemegang akaun Simpanan/GIRO Agrobank akaun.
  • Mengisi borang Permohonan Kad Debit (Borang akan diberikan oleh pegawai bank)
  • Membawa kad pengenalan seperti MyKad (IC) atau Kad ID Polis atau Tentera atau Passport

Cara Tukar Kad Agrobank di Cawangan

Langkah dan prosedur cara tukar kad debit Agrobank baru adalah seperti berikut:

  1. Pergi cawangan Agrobank terdekat dengan Anda.
  2. Bawa dokumen penting seperti kad pengenalan, buku simpanan bank dan duit RM15.
  3. Ambil nombor giliran, apabila nombor giliran Anda dipanggil.
  4. Berikan dokumen yang telah Anda bawa kepada pegawai bank.
  5. Selepas itu pegawai akan tanyakan beberapa soalan bagi tujuan pengesahan untuk memastikan bahwa Anda adalah pemilik akaun sebenar.
  6. Isikan borang permohonan kad baru yang diberikan oleh pegawai bank.
  7. Kad ATM baru akan diberikan kepada Anda dan Anda dikehendaki membuat no PIN baru.
  8. Selesai

Di cawangan juga Anda boleh dapatkan kad gantian baru sekiranya kad bank hilang atau rosak.

Cara Tukar Kad Agrobank Online

Ramai pelanggan yang bertanyakan, macam mana cara menukar kad debit Agrobank expired atau rosak secara online?

Kami telah confirm kepada Agrobank, bahawa bagi urusan penggantian kad Debit Agrobank yang baru, ia boleh dilakukan melalui cawangan Agrobank sahaja buat masa ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang kerap ditanyakan.

1. Kad Agro Bank telah di blocked oleh Agro Bank, apakah tindakan yang perlu saya buat?

Anda perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Agrobank di 1300882476 untuk membuat semakan lanjut.

2. Kalau nak tukar tu kena bayar ke?

Penukaran adalah percuma.

3. Mertua saya umur dh 62 lebih dah tak larat nak jalan, org tua macam ni kad bank kena tukar juga ke? Sebab yang tolgo keluarkan pencen dia pun menantu dan anak nya, macam mana?

Semua pelanggan perlu membuat penukaran kepada kad debit berciri baru. Anda boleh menghubungi cawangan berkenaan dan pegawai Agrobank akan membantu.

4. Adakah kad debit Agro bank kena tukar?

Semua pemegang kad ATM/Debit yang lama perlu menukar kepada kad Debit berciri baru iaitu Kad Agro Visa Debit-i (PayWave)