Pada masa ini, kad ATM menyediakan pelbagai kemudahan perbankan untuk pelanggan. Salah satu bank terbesar di Malaysia yang pastinya telah menyediakan kemudahan tersebut kepada pelanggannya ialah Bank Simpanan Nasional (BSN).
Kerana kad ATM kerap digunakan, boleh jadi jika kad ATM BSN rosak. Jika rosak sudah tentu pelanggan dikehendaki menukar kad ATM BSN lama dengan yang baru.
Walau bagaimanapun, apabila pelanggan ingin menukar kad ATM mereka, mereka akan dikenakan tarif atau bayaran perkhidmatan mengikut jenis kad dan simpanan mereka.
Biasanya kos pentadbiran telah dijelaskan apabila pelanggan membuka akaun BSN buat kali pertama.
Oleh itu, sebelum menggantikan kad ATM, adalah baik untuk mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah bayaran/kos.
Sebab Tukar Kad ATM BSN
Seperti yang telah dijelaskan di atas, antara sebab pelanggan diwajibkan menukar kad ATM BSN adalah kerana ia rosak sehingga tidak boleh digunakan lagi atau kad BSN expired (tamat tempoh).
Selain itu, terdapat juga beberapa sebab yang memerlukan pelanggan menggantikan kad ATM BSN antaranya seperti berikut.
- Kad ATM hilang kerana kecuaian pelanggan.
- Kad ATM ditelan di mesin ATM.
- Kad ATM telah disekat oleh bank BSN kerana kes.
- Kad ATM telah tamat tempoh atau expired.
Syarat Tukar Kad BSN Expired, Rosak, Hilang atau Tamat Tempoh
Sekiranya pelanggan menukarkan kad ATM mereka kerana retak, pecah atau tamat tempoh, penggantian boleh dilakukan di pejabat cawangan bank BSN yang berhampiran.
Namun, sebelum menggantikannya, terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu Anda sediakan.
- Kad pengenalan pelanggan.
- Buku akaun simpanan bank BSN.
- Kad ATM BSN lama.
- Sejumlah wang untuk membayar kos menukar kad ATM BSN.
Cara Tukar Kad BSN Tamat Tempoh, Rosak, Hilang atau Expired
Selepas semua dokumen yang diperlukan sedia ada, maka Anda juga perlu tahu bagaimana cara menukar kad BSN lama dengan yang baru.
- Kunjungi ke cawangan Bank Islam berhampiran.
- Ambil no giliran.
- Tunggu no giliran Anda dipanggil.
- Maklumkan ke pegawai bank bahawa kad ATM BSN Anda telah tamat tempoh/rosak/expired.
- Pegawai bank akan berikan Anda satu borang untuk Anda isi.
- Setelah itu, pegawai bank berikan kad debit BSN baru untuk Anda.
- Anda diminta membuat PIN (no PIN boleh sama dengan kad lama).
- Selesai.
Cara Tukar Kad BSN Online
Adakah boleh tukar kad BSN secara online tanpa perlu kena pergi ke cawangan BSN? Kami dan confirm melalui no +603 2613 1900 dan 1300 88 1900, pada masa ini Bank Simpanan Nasional tidak menyediakan perkhidmatan tukar kad Bank BSN secara online.
Renew kad bank BSN hanya boleh dilakukan di cawangan BSN sahaja.
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim yang kerap ditanyakan.
1. Saya OKU fizikal, tidak boleh berjalan. Bolehkah jika saya nak baharu kan kad bsn saya secara online atau pihak BSN datang ke rumah saya? Tolong pertimbangkan hasrat saya ini untuk memudahkan urusan bagi warga OKU fizikal yang sukar untuk hadir ke mana-mana cawangan BSN.
Urusan tersebut hanyalah boleh dilakukan di kaunter BSN. Walau bagaimanapun, Anda boleh menghubungi cawangan yang Anda ingin kunjungi tersebut terlebih dahulu bagi mendapatkan budi bicara pihak cawangan berhubung situasi ini.
2. Sekiranya kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas mempunyai akaun BSN, tetapi belum ada kad BSN, bagaimana prosedur untuk membuat kad bank?
Syarat umur minimum bagi memohon kad debit BSN adalah 13 tahun. Pemohon perlu hadir ke cawangan BSN bagi memohon kad debit tersebut. Sila bawa bersama kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.
3. Adakah tukar kad BSN boleh melalui online?
Penukaran hanya boleh dilakukan di bank BSN.
4. Macam mana cara tukar nombor telefon BSN melalui online?
Sila baca panduan cara tukar no telefon BSN untuk dapatkan maklumat terperinci.
5. Kad Pengenalan saya hilang, boleh guna pasport ke untuk tukar kad BSN?
Dokumen pengenalan dan kad debit Anda sekarang diperlukan untuk membuat penukaran kad
6. Apa sahaja yang di bawa untuk menukar kad BSN lama dengan yang baru. Adakah pasport atau bawa kad lama sahaja?
Anda hanya perlu bawa IC dan kad debit yang Anda ada sekarang.
7. Kalau tukar kad baru, no PIN kena tukar juga ke?
No pin dia bagi 123456 pastu kita sendri tukar kat ATM.
8. Perlu bayar ke buat kad baru?
Bayaran akan di tolak melalui akaun Anda.
9. Apa yang perlu saya buat jika Transaksi Pembelian Atas Talian ataupun Luar Negara tidak berjaya selepas tukar kad lama dengan yang baru?
Anda perlu mengaktifkan fungsi Pembelian Atas Talian dan Fungsi Transaksi Luar Negara bagi membolehkan transaksi ataupun penggunaan tersebut dibenarkan.
Pengaktifan boleh dilakukan melalui ATM BSN, Perbankan Internet myBSN, Pusat Hubungan Pelanggan BSN ataupun di mana-mana cawangan BSN.