Menggunakan internet banking myBSN sangat mudah kerana apa yang Anda perlukan adalah telefon pintar/laptop/komputer yang disambungkan ke internet.
Proses transaksi perbankan juga lebih mudah dengan kehadiran ciri-ciri ini kerana ia membolehkan Anda untuk membuat urus niaga bila-bila masa dan di mana sahaja.
Tidak perlu bersusah payah ke mesin ATM terdekat untuk membuat proses pemindahan.
Perbankan internet tersedia 24 jam sehari setiap hari. Jadi jika Anda memerlukan pemindahan secara tiba-tiba ia dapat dilakukan dengan cepat.
Cara Transfer Duit Dari Akaun BSN ke Maybank Online
Pindahan wang boleh dilakukan secara online melalui myBSN, sila ikuti langkah-langkah dibawah.
- Buka laman myBSN, masukkan username, sahkan Online Image dan masukkan kata laluan.
- Pilih menu Fund Transfer > Transfer to Other Banks (Interbank GIRO).
- From Account, pilih nombor akaun Anda pada drop down list.
- Beneficiary Account Number, pilih sama ada Registered IBG Transfer/New IBG Transfer.
- Jika pilih Registered IBG Transfer, pilih no account yang Anda ingin pindahkan wang pada drop down list.
- Jika pilih New IBG Transfer, sila masukkan no account bank penerima.
- Beneficiary Name, masukkan nama penuh penerima.
- Beneficiary New IC / Old IC, masukkan nombor kad pengenalan penerima.
- Beneficiary Resident Status, pilih Malaysian Resident sekiranya penerima adalah warganegara Malaysia, dan Non-Malaysian Resident sekiranya penerima bukan warganegara Malaysia.
- Sender Alert, tick/tandakan checkbox pada bahagian Email (Optional), dan masukkan alamat email Anda untuk mengetahui transaksi berjaya/tidak.
- Beneficiary Alert, tick checkbox Email, dan masukkan alamat email penerima pada kotak disediakan (Optional)
- Tick checkbox SMS, dan masukkan nombor telefon penerima (Optional)
- Receiving Bank, pilih bank penerima.
- Amount (RM), masukkan jumlah duit yang ingin dikirim.
- Recipient Reference, masukkan rujukan transaksi (Optional).
- Other Payment, masukkan maklumat tambahan untuk transaksi ini (Optional).
- Tekan butang Submit. Maklumat transaksi Anda akan dipaparkan, sila semak semula. Sekiranya sudah betul tekan butang Confirm.
- Transaksi Anda telah berjaya. Tekan Print untuk cetak resit transaksi untuk rujukan atau bukti transfer.
Cara Transfer Duit Dari BSN ke Maybank Guna ATM
Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun internet banking BSN, Anda boleh gunakan mesin ATM untuk transaksi transfer duit.
Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit dari BSN ke bank lain.
- Masukkan kad ATM
- Pilih bahasa Malaysia
- Tekan menu Pindahan
- Tekan menu Pindahan IBG > Pindahan Wang IBG, Tekan untuk teruskan
- Masukan jumlah wang yang ingin di pindahkan
- Pilih bank penerima Maybank
- Masukan no akaun penerima
- Masukan rujukan sekiranya diperlukan
- Tekan YA, jika maklumat penerima betul
- Selesai
Proses pindahan duit ini bergantung kepada kedua-dua bank. Sila baca IBG transfer Bank Islam untuk mengetahui berapa lama duit tersebut diterima oleh penerima.
Semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.