Cara Transfer Duit Dari Bank Islam ke Bank Lain

Posted on

Internet Banking Bank Islam (IB Bank Islam) adalah salah satu perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh pihak bank untuk menyokong aktiviti transaksi.

Beberapa kelebihan perbankan internet Bank Islam adalah bahawa ia memberi peluang yang luas kepada pelanggan yang wilayahnya belum dijangkau oleh Automatic Teller Machine (ATM) untuk melakukan aktiviti transaksi seperti bayar bill, topup kredit telefon dan lain-lain.

Beberapa perkhidmatan yang terdapat dalam internet banking Bank Islam seperti pindahan antara bank, penyata bank, bukti transfer dan banyak lagi.

Bagi Anda pelanggan lama/baru yang menggunakan perbankan internet untuk pertama kalinya. Berikut adalah langkah-langkah cara transfer duit dari bank Islam ke bank lain online.

Cara Transfer Duit Dari Bank Islam ke Bank Lain

Cara Transfer Bank Islam ke Bank Lain Online

Transfer duit dari Bank Islam ke beza bank sebetulnya mudah sahaja, hampir sama dengan cara transfer Bank Islam ke Bank Islam online, perbezaannya iaitu terdapat pada pilihan IBG.

Sila lihat langkah-langkah dibawah.

  1. Buka Bank Islam IB bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password Anda.
  3. Pilih menu Funds Transfer > Interbank
  4. Pilih menu Normal Transfer (IBG)
  5. Pilih menu From Account Saving Account-i
  6. Pilih Transfer Fund Transfer to Savings/Current
  7. Masukkan jumlah duit yang mahu dikirim, maklumat kos (charge amount) akan terpapar di skrin
  8. Effective Date Today
  9. Recipient Type Open Recipient
  10. Recipient Bank pilih pada dropdown list
  11. Recipient Account masukkan no akaun penerima (klik Confirm)
  12. Recipient Name
  13. Recipient Reference masukkan rujukan
  14. Other Payment Details
  15. Recipient E-mail masukkan email penerima (optional)
  16. Sila baca Terms dan Conditions klik tandakan Checkbox
  17. Klik Transfer
  18. Check detail transfer kalau betul klik Request i-Access Code, masukkan kod OTP.
  19. Klik Confirm, sila print resit transaksi sebagai rujukan.

Cara Transfer Bank Islam ke Beza Bank Online

Cara Transfer Bank Islam ke Bank Lain OnlineSelain cara diatas, Anda boleh guna perkhidmatan DuitNow untuk transfer duit secara online.

  1. Log masuk GO by Bank Islam app di handphone Anda.
  2. Klik Transfer.
  3. Klik DuitNow untuk transfer ke akaun bank lain atau beza bank.
  4. Klik New Transfer.
  5. Pilih Account Number.
  6. Pilih nama bank tujuan contoh Maybank.
  7. Masukkan jumlah Amaun, No Account, Transfer Type (Fund Transfer to Savings/Current), Recipient Reference (Savings), Other Payment (Tulis je apa-apa yang Anda nak tulis sebagai reference penerima) dan tandakan Anda bersetuju dengan Term dan Conditions. Klik Continue.
  8. Klik Transfer Now, selesai.

Cara Transfer Duit Bank Islam ke Bank Lain Guna ATM

Pastikan Anda membawa kad ATM dan mengetahui PIN sebelum melakukan transfer duit. Jika telah ada, sila pergi ke mesin ATM Bank Islam terdekat.

  1. Masukkan kad ATM dan PIN.
  2. Tekan menu Giro Interbank Transfer.
  3. Maklumat charge/kos akan terlihat di skrin ATM, pilih Ya.
  4. Sila pilih dari akaun tujuan, tekan butang Akaun Simpanan/Akaun Semasa
  5. Masukkan kod bank penerima 004 (004 iaitu kod bank Public Bank).
  6. Tekan butang Teruskan.
  7. Sila masukkan no akaun penerima. Tekan Jika Betul.
  8. Sila masukkan amaun. Tekan Jika Betul.
  9. Cek semua maklumat yang dipaparkan di skrin ATM, kalau betul pilih Sah.
  10. Ambil resit yang keluar untuk rujukan. Selesai.

Bank Islam Online Transfer

Bank Islam online transfer ni adalah cara untuk Anda transfer duit dari akaun Bank Islam Anda ke akaun orang lain secara atas talian.

Ia adalah salah satu kemudahan perbankan digital yang disediakan oleh Bank Islam untuk memudahkan urusan kewangan Anda.

Kenapa Perlu Gunakan Bank Islam Online Transfer?

Bank Islam online transfer mempunyai banyak kelebihan yang akan memudahkan hidup Anda. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah:

  1. Tak perlu nak keluar rumah atau ke kaunter bank. Dengan akses internet, Anda boleh transfer duit dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
  2. Antaramuka aplikasi Bank Islam yang mesra pengguna (user-friendly) memudahkan Anda mengendalikan urusan perbankan secara atas talian.
  3. Transfer duit online membolehkan penerima menerima wang dengan pantas. Jadi, kalau ada urusan penting atau kecemasan, transfer online adalah pilihan yang tepat.
  4. Perkhidmatan perbankan atas talian ini cajnya lebih rendah berbanding jika Anda pergi ke kaunter bank.
  5. Bank Islam telah memastikan sistem perbankan atas talian mereka selamat dan terjamin. Anda tak perlu risau tentang kebocoran maklumat peribadi Anda.

Anda nak daftar online banking Bank Islam? sila ikuti langkah dalam artikel cara daftar Bank Islam online ye.

Tips Keselamatan Ketika Menggunakan Bank Islam Online Transfer

Anda kena ingat, walaupun Bank Islam online transfer ni senang, tapi Anda kena berhati-hati jugak.

Jangan bagi peluang kat penipu nak ambil kesempatan. Berikut adalah beberapa tips keselamatan:

  • Jangan sesekali kongsi maklumat peribadi seperti nombor PIN atau kata laluan dengan sesiapa, termasuklah pihak bank.
  • Pastikan laman web yang Anda masuk tu betul-betul laman web Bank Islam. Selalu periksa URL laman web tu.
  • Jangan guna komputer awam atau rangkaian WiFi awam untuk urusan perbankan atas talian. Gunakan peranti peribadi Anda.
  • Gunakan aplikasi Bank Islam mobile banking (GO by Bank Islam), pastikan Anda download dari sumber rasmi seperti Google Play, App Store dan App Gallery.
  • Selalu periksa aktiviti akaun perbankan Anda untuk pastikan tak ada transaksi mencurigakan.

Bank Islam online transfer adalah cara yang paling mudah dan pantas untuk Anda transfer duit secara atas talian.

Dengan kemudahan teknologi ini, Anda tak perlu lagi beratur panjang di kaunter bank. Ingatlah untuk sentiasa berhati-hati dan guna tips keselamatan yang dah disebutkan tadi.

Itulah tutorial ringkas mengenai cara transfer bank Islam ke bank lain melalui internet banking bank Islam.