Cara Transfer Bank Islam ke Bank Islam Online

Posted on

Bagi orang yang sering berurus niaga atau membeli dan menjual dalam talian, online banking Bank Islam pastinya bukan perkara baru.

Kemudahan melihat baki akaun, check urus niaga masuk dan keluar duit, dan membuat pembayaran atau pemindahan duit secara dalam talian menjadi lebih mudah.

Bank Islam IB dapat melakukan semua aktiviti yang dilakukan oleh pelanggan di mesin ATM.

Seperti membeli topup kredit, bayar bil, bayar ansuran, membeli tiket dan banyak lagi.

Tetapi beberapa masalah sering berlaku bagi pengguna Bank Islam baru. Salah satunya adalah ketika akan melakukan transfer menggunakan online banking ke akaun bank yang berbeza, atau melakukan transfer dari bank Islam ke bank Islam.

Berikut kami kongsi bagaimana nak transfer duit bank Islam ke bank islam secara online dan melalui ATM.Cara Transfer Bank Islam ke Bank Islam Online

Cara Transfer Duit Bank Islam Melalui ATM

Kaedah transfer duit melalui ATM memerlukan beberapa syarat iaitu Anda mestilah mempunyai kad ATM bank Islam dan PIN. Sekiranya Anda sudah membawa kad ATM dan PIN, sila pergi ke ATM bank Islam terdekat untuk melakukan transaksi transfer duit.

  1. Masukkan kad ATM/Debit Card bank Islam dan PIN ATM.
  2. Pilih Bahasa.
  3. Tekan menu Transfer/Pindahan Wang.
  4. Tekan menu Pindahan ke akaun Bank Islam.
  5. Masukkan nombor akaun bank tujuan dan jumlah duit yang ingin di transfer.
  6. Sila cek maklumat yang dipaparkan di skrin ATM, jika betul tekan YA.
  7. Sila ambil resit yang keluar sebagai rujukan transfer berjaya.

Cara Transfer Bank Islam ke Bank Islam Online

Adakah Anda telah mendaftar perkhidmatan online banking bank Islam? Sekiranya Anda belum mempunyai akaun online banking di Bank Islam IB sila membaca panduan cara daftar bank Islam online.

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun Bank Islam online sila ikuti langkah-langkah cara transfer duit dibawah.

  1. Sila klik pautan/link bankislam.biz
  2. Log masuk dengan User ID dan Password
  3. Pilih menu Fund Transfer >With Bank Islam > Transfer to Third Party
  4. Pilih From Account Saving Account-i
  5. Transfer Type Fund Transfer to Savings/Current
  6. Transfer Amount (masukkan jumlah wang yang ingin Anda transfer)
  7. Effective Date Today
  8. Recipent Type Open Recipent
  9. Recipent Account masukkan no akaun penerima (klik Confirm)
  10. Cek semua maklumat yang dipaparkan di skrin, kalau betul klik Request i-Access Code, sila masukkan kod OTP seterusnya klik Confirm.
  11. Selesai

Cara Transfer Duit Bank Islam Melalui GO by Bank Islam

Transfer Duit Bank Islam ke Bank Islam OnlineAdakah Anda tahu bahawa bank Islam menyediakan perkhidmatan perbankan mobile GO by Bank Islam? Aplikasi perbankan mudah alih GO by Bank Islam membolehkan Anda menikmati perbankan dengan mudah dan cepat.

Ciri GO by Bank Islam

  • View account balance.
  • Fund Transfer
  • Pay Bill
  • Prepaid Reload
  • JomPAY
  • DuitNow
  • Update your profile
  • Change transaction limits
  • Get updated with the latest promotions

Cara Transfer Duit Bank Islam Guna GO by Bank Islam

Aplikasi GO by Bank Islam boleh di download secara percuma di Google Playstore atau App Store.

  1. Muat turun GO by Bank Islam.
  2. Buka GO by Bank Islam lalu masukkan User ID dan Password/kata laluan.
  3. Pilih menu Fund Transfer >With Bank Islam > Transfer to Third Party
  4. Pilih From Account Saving Account-i
  5. Transfer Type Fund Transfer to Savings/Current
  6. Transfer Amount (masukkan jumlah duit yang ingin Anda transfer)
  7. Effective Date Today
  8. Recipent Type Open Recipent
  9. Recipent Account masukkan no akaun penerima (klik Confirm)
  10. Selesai

Selain cara transfer duit bank Islam ke bank Islam, Anda juga dapat melakukan transfer duit dari bank Islam ke bank lain menggunakan DuitNow. Baca panduan cara transfer duit dari bank Islam ke bank lain.

Cara Transfer Bank Islam Online Melalui DuitNow

DuitNow adalah perkhidmatan pemindahan dana dalam talian yang membolehkan pengguna dan pemilik perniagaan memindahkan wang menggunakan ID yang dipanggil DuitNow.

DuitNow ID adalah identiti unik yang akan digunakan untuk orang tertentu dan akan ditandakan pada nombor akaun orang tersebut. Hanya identiti berdaftar yang akan digunakan sebagai ID DuitNow, seperti di bawah:

  • Nombor mudah alih (tempatan/local)
  • Kad Pengenalan/NRIC
  • Nombor Tentera atau Polis
  • Nombor pasport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan (hanya berlaku untuk perniagaan berdaftar SSM)

Bagi Anda yang ingin menggunakan perkhidmatan DuitNow sila lakukan pendaftaran dengan log masuk Bank Islam Internet Banking pilih menu Settings > DuitNow ID klik Add.

Caj perkhidmatan DuitNow sila lihat jadual dibawah.

Transaction AmountCharge Amount per transaction
Dibawah RM5,000RM0.00
Diatas RM5,000.00RM0.50

Maksimum yang dibolehkan transfer per hari iaitu RM50,000 bagi penduduk/resident dan RM10,000 bagi non resident.

Cara Transfer Duit Bank Islam Guna DuitNow

  1. Log masuk Bank Islam Internet Banking.
  2. Klik menu Fund Transfer.
  3. Pilih DuitNow.
  4. Pilih From Account dari dropdown.
  5. Masukkan jumlah amaun.
  6. Effective Date pilih Today.
  7. Pilih Recipient Type jika memilih NRIC Number sila masukkan NRIC Number.
  8. Sekiranya Recipient Type = Favourite Recipient, pilih Favourite Recipient dari dropdown.
  9. Masukkan Recipient Reference atau kod rujukan.
  10. Masukkan Other Payment Details dan Email (Optional).
  11. Baca terma dan syarat klik lalu tandakan Checkbox.
  12. Klik Transfer, Jumlah bayaran akan dipaparkan di skrin.
  13. Klik Request i-Access Code, masukkan kod yang dihantar ke nombor telefon berdaftar milik Anda.
  14. Klik Confirm, selesai.

Sekiranya transaksi berjaya, maka Anda dapat melihat bukti transfer yang telah berjaya diproses.

Jangan lupa untuk screenshoot gambar atau simpan file resit, siapa tahu Anda memerlukan bukti transfer tersebut.