Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank
Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank

Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank Secara Online

Posted on

Hari ini, teknologi telah memudahkan banyak aspek kehidupan kita, termasuk pengurusan kewangan. Sekarang, semak baki akaun bank tidak lagi memerlukan kunjungan ke cawangan bank atau panggilan telefon yang panjang.

Alliance Bank telah menyediakan platform dalam talian yang memudahkan pengguna untuk semak baki akaun dengan cepat dan mudah. Anda boleh mengakses portal Alliance Online di mana saja dan pada bila-bila masa, tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah anda.

Dengan hanya beberapa klik, anda boleh semak baki akaun Alliance Bank anda secara online. Bagaimana caranya? Mari aku kongsikan langkah-langkahnya di bawah:

Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank
Cara Semak Baki Akaun Alliance Bank

Check Balance Alliance Bank Online

Sebelum Anda membuat semakan secara online melalui internet banking, Anda perlu memiliki akaun yang sudah berdaftar terlebih dahulu.

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar, sila ikuti langkah-langkah cara semak baki akaun Alliance bank di bawah:

  1. Pergi ke laman rasmi Alliance bank iaitu Allianceonline
  2. Masukkan username dan password yang Anda miliki, lalu tekan butang loginCheck Balance Alliance Bank Online
  3. Pada laman utama, sila pilih menu My Deposits > Savings and Current Account
  4. Maklumat baki Anda akan dipaparkan secara detail.

Nota: Pastikan anda mempunyai akses kepada portal Alliance Online. Anda boleh mendaftar untuk akaun ini di cawangan bank atau melalui laman web rasmi Alliance Bank.

Cek Baki Alliance Guna App AllianceOnline

Cek Baki Alliance Bank Mobile BankingUntuk menggunakan perkhidmatan ini, Anda perlu download dan install aplikasi AlliaceOnline di handphone Anda.

  1. Sila download aplikasi AllianceOnline di Google Playstore (Android) dan App Store (iOS).
  2. Install aplikasi AllianceOnline.
  3. Sila buka aplikasi AllianceOnline
  4. Masukkan username dan password
  5. Tap menu My Deposits > Savings and Current Account untuk melihat baki simpanan Anda

Perkara yang mesti Anda ketahui, jangan pernah berikan 6 digit SMS TAC Alliance online kepada sesiapa pun.

Itulah 2 cara mudah cara check balance Alliance melalui online dan app mobile banking.

Dengan kemudahan teknologi hari ini, anda tidak perlu lagi berurusan dengan proses yang rumit atau meluangkan masa yang lama di bank.