Aku nak cerita pasal pengalaman renew kad RHB Bank yang expired dan hilang. Haish, seronok betul buat kepala ni, kad bank pulak tamat tempoh. Memang tak leh bayar apa-apa la macam ni!
Jadi, cerita bermula bila satu hari aku nak keluar belanja guna kad RHB, tetiba tak leh pulak. Lepas check, rupanya kad aku dah expired. Alamak, terus jadi panic mode la. Dah la weekend, takleh call bank.
Lepas berdebar-debar tunggu Isnin pagi, aku pun terus la call hotline bank tu. Kena cakap macam-macam, pastu kena tunggu lama pulak. Tapi nasib baiklah diorang punya customer service okay la, layan aku dengan sabar. Bagitau diorang, “Kad aku expired la ni, camne ni?”
Lepas tu, diorang tanya aku banyak soalan untuk confirm identiti. Nak bagi diorang yakin yang aku tu betul-betul pemilik akaun. Lepas settle semua, diorang kata suruh aku pergi cawangan atau buat kad baru secara online.
So, aku kongsikan pengalaman aku ni macam mana cara renew kad RHB Bank online dan bila kad Bank RHB hilang bayar berapa.

Renew Kad RHB di Cawangan
Ni langkah-langkah yang Anda kena buat bila perbaharui kad debit RHB di cawangan.
- Anda pergi terus ke cawangan RHB Bank yang paling dekat.
- Sampai je kat kaunter, senyum sikit la, bagi dorang tahu kita friendly. Bagitau staff kat kaunter tu yang kad kita dah expired, mintak diorang bantu renew.
- Diorang akan tanya sedikit info, macam nama penuh, nombor kad, dan mungkin ada beberapa soalan keselamatan.
- Pastu diorang akan block kad lama Anda untuk elakkan sebarang penyalahgunaan. Jadi, takde la risau sangat kalau kad tu hilang.
- Lepas tu, diorang akan beritahu Anda pasal proses nak buat kad baru. Ada form sikit nak isi, dan mungkin kena bawak dokumen sokongan. Cuma ikut je arahan diorang, senang je.
- Diorang akan bagi kad baru. So, boleh la guna kad tu untuk urusan harian.
- Dah settle, Anda boleh la enjoy balik semua kemudahan kad RHB Bank yang baru.
Cara Perbaharui Kad Debit RHB Tanpa Beratur
Aku nak share pengalaman aku dalam pembaharuan kad RHB di cawangan. Kalau dulu, memang leceh la nak pi renew kad, tapi sekarang dengan aplikasi QMS, semua jadi senang!
Jadi, begini langkah-langkah yang aku ikut:
- Pertama, aku download je aplikasi QMS dari Apple Store atau Google Playstore.
- Dalam aplikasi tu, pilih Service Providers.
- Dalam senarai penyedia perkhidmatan, aku pilih RHB Bank.
- Pilih negeri tempat aku nak pi cawangan RHB Bank.
- Lepas tu, pilih cawangan yang dekat dengan aku.
- Dalam menu pilihan perkhidmatan, aku pilih Others sebab nak renew kad debit RHB Bank.
- Aku pilih Queue Ticket nak dapat nombor giliran terus. Kalau nak janji temu, boleh pilih Appointment Ticket.
- Tunggu sekejap, pastu aku dapat la pemberitahuan nombor tiket atau janji temu tu.
- Lepas dapat pemberitahuan, aku pun pergilah ke cawangan RHB Bank yang aku dah pilih tadi.
Dengan cara ni, aku tak payah beratur panjang.
Renew Kad RHB Online
Macam mana jika kad bank hilang atau tamat tempoh, apa perlu buat? Anda boleh membuat permohonan kad ganti secara atas talian, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Klik Debit Card Renewal online.
- Masukkan maklumat kad debit Anda, klik Next.
- Nombor OTP akan dihantar ke nombor yang Anda daftarkan bersama RHB.
- Lepas tu masukkan nombor OTP dan klik Submit.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan alamat penghantaran adalah tepat. Klik Next.
- Semak dan pastikan semua maklumat dah tepat, lepas tu baca dan sahkan Terma & Syarat klik Submit.
- Pilih menu Apply
- Penghantaran kad adalah dalam masa 15 hari bekerja selepas tarikh permohonan.
Kad Bank RHB Hilang Bayar Berapa
Berikut adalah senarai yuran penggantian kad untuk beberapa produk kad yang dikeluarkan oleh RHB Bank:
Produk Kad | Yuran Penggantian Kad (RM) |
---|---|
Cash Connect | 15 |
Tesco-RHB | 15 |
Premier Banking Platinum | 15 |
Kad Debit RHB | 12 |
Harapkan maklumat ini membantu untuk memahami yuran yang dikenakan untuk penggantian kad mengikut jenis produk RHB Bank yang dimiliki.
Tukar PIN ATM RHB Bank
Selepas Anda mendapatkan kad ATM baru, Anda dikehendaki untuk segera membuat PIN baru agar kad debit RHB Anda dapat di aktifkan. Kemaskini PIN ATM baru boleh dibuat melalui:
- Kaunter RHB
- Mesin ATM RHB
Waktu Operasi RHB Bank
Sekiranya Anda ingin mengunjungi cawangan RHB Bank, Anda boleh kunjungi cawangan RHB Bank pada waktu berikut:
Negeri | Waktu Operasi |
---|---|
Klang Valley West | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Klang Valley South | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Klang Valley North | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Northern | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Perak | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Southern | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Kelantan | - Sunday - Thursday (9.15am - 4.15pm) |
Terengganu | - Sunday - Thursday (9.15am - 4.15pm) |
Pahang | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Sarawak | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Sabah | - Monday - Friday (9.15am - 4.15pm) |
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai renew kad ATM RHB Bank.
1. Apakah yang perlu saya lakukan apabila kad debit saya akan tamat tempoh?
Anda dikehendaki pergi ke mana-mana Cawangan RHB terdekat untuk mendapatkan kad debit baharu Anda (tanpa nama pada kad) dalam tempoh 2 bulan selepas tamat tempoh.
2. Apakah yang perlu saya siapkan untuk pembaharuan kad debit?
Anda perlu menyediakan kad debit lama dan MyKad atau Pasport (untuk warga asing) untuk pengesahan.
3. Berapa lama masa yang diambil untuk memperbaharui kad debit saya?
Pembaharuan kad debit di Cawangan RHB adalah serta-merta dan ia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk melakukan pembaharuan.
4. Bolehkah saya menggunakan kad debit saya yang telah tamat tempoh di mana-mana ATM?
Tidak, anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi ATM
5. Bolehkah saya menggunakan kad debit saya yang telah tamat tempoh?
Tidak, Anda tidak boleh menggunakan kad untuk pembelian runcit di peniaga selepas tamat tempoh kad debit. Secara amnya, kad itu boleh digunakan sehingga hari terakhir dalam bulan di mana ia tamat tempoh.
6. Apakah yang berlaku kepada kad debit lama saya setelah saya memperbaharui?
Kad debit lama akan dibatalkan secara automatik setelah Anda memperbaharui kad debit Anda
7. Adakah saya akan mendapat nombor kad yang sama setelah saya memperbaharui kad tersebut?
Tidak, kerana ini adalah kad debit segera. Ia akan menjadi nombor baharu untuk kad debit yang diperbaharui.
8. Adakah mendapat kad debit baharu akan menghentikan pembayaran berulang saya (auto-debit)?
Ya, kerana nombor kad debit baharu tidak akan sama dengan nombor kad yang telah tamat tempoh. Oleh itu, Anda dinasihatkan untuk mengemas kini peniaga mengenai nombor kad debit terkini Anda untuk meneruskan pembayaran berulang Anda.
9. Adakah saya perlu menukar internet banking / perbankan mudah alih RHB saya apabila saya memperbaharui kad debit saya?
Tidak, Anda masih boleh mengakses internet / perbankan mudah alih RHB Anda seperti biasa. Walau bagaimanapun, jika Anda telah menggunakan nombor kad debit sedia ada untuk sebarang pembayaran automatik atau sebagai pilihan pembayaran atau arahan tetap, Anda perlu mengemas kini peniaga masing-masing atau organisasi berkenaan nombor kad debit baharu.
10. Bolehkah saya menggunakan kad debit baharu saya untuk transaksi dalam talian / luar negara?
Anda perlu ikut serta terlebih dahulu untuk ini. Anda boleh berbuat demikian melalui mana-mana ATM RHB atau pergi ke mana-mana Cawangan RHB atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan RHB.
11. Adakah saya akan mendapat nombor PIN baharu apabila saya memperbaharui kad debit saya?
Ya, Anda perlu menetapkan PIN untuk kad debit baharu di kaunter atau melalui mana-mana ATM RHB
12. Kalau kad ATM sudah tamat tempoh adakah transfer online banking masih boleh digunakan lagi?
Ya. Masih boleh di lakukan. Hanya transaksi yang melibatkan kad debit sahaja yang tidak boleh.