Pada masa ini perbankan internet (online banking) telah menjadi keperluan semua orang. Transaksi yang pantas, tanpa had dan mudah digunakan menjadikan perbankan internet lebih menarik dan diminati.
Tidak seperti perbankan mobile banking, yang memerlukan Anda instal aplikasi di telefon bimbit. Dengan menggunakan perbankan internet, Anda hanya perlu menggunakan browser seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari, Opera untuk mengakses BSN online (myBSN) melalui telefon pintar atau komputer.
Dengan menggunakan perbankan internet, transaksi Anda akan menjadi lebih mudah. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke ATM hanya untuk transfer duit atau membuat pembayaran. Kini Anda boleh melakukan semua transaksi tersebut melalui perbankan internet.
BSN juga ingin memberikan perkhidmatan terbaik dengan melancarkan BSN internet banking atau yang dikenali myBSN. Bagi Anda yang tidak tahu kelebihan perbankan internet BSN, cara mendaftar dan ciri-ciri yang boleh Anda gunakan, Anda mesti membaca artikel ini hingga habis.

Apa Itu BSN Online Banking
BSN internet banking (myBSN) merupakan salah satu perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Anda hanya perlu menggunakan pelayar/browser dari telefon bimbit atau komputer untuk berurus niaga menggunakan perbankan internet.
Fungsi perbankan internet BSN juga semakin lengkap, dengan menggunakan perbankan internet BSN, Anda boleh membuat pemindahan wang secara real time. Anda juga boleh membuat semakan sejarah transaksi dan dapatkan penyata bank.
Untuk keselamatan BSN online banking, Anda tidak perlu risau kerana BSN menggunakan ciri OTP/TAC. OTP berfungsi sebagai pengesahan transaksi dalam perbankan internet.
Perkhidmatan Perbankan Internet myBSN
Berikut adalah senarai perkhidmatan perbankan internet myBSN yang boleh Anda gunakan.
- Pertanyaan Baki (Lihat baki akaun dan rekod transaksi (Deposit/Kad Kredit/SSP) anda).
- Pemindahan Dana (Pemindahan dana ke akaun BSN anda dan akaun BSN lain).
- Pembayaran Bil (Bayar bil anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua).
- Pembayaran Kad Kredit (Bayar kad kredit anda atau kad kredit pihak ke-3).
- Permohonan PIN Kad Kredit (Permohonan untuk menukar PIN kad kredit).
- Simpanan e-SSP (Simpan untuk masa depan anda).
- Pembelian PIN (Melanjutkan pengajian anda ke peringkat lebih tinggi? Beli no. ID unik atau no. PIN secara dalam talian. Hanya daripada BSN).
- Tambah Nilai Prabayar (Tiada masalah habis kredit lagi. Tambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana jua).
- Arahan Tetap (Urus bayaran berkala anda ke akaun BSN dan akaun di bank lain secara dalam talian).
- Pembayaran Pembiayaan (Anda boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman BSN (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli)).
- Muat Turun e-Penyata (Mohon e-penyata melalui dalam talian).
- Permohonan Dalam Talian (Permohonan e-Saver dan Permohonan untuk Kad Kredit).
- Peti Masuk Mesej Terjamin (Tulis dan hantar mesej yang terjamin selamat untuk sebarang pertanyaan).
- Kad Debit (Kemas Kini Had Pembelian, Kemas Kini Status Transaksi Luar Negara, Kemas Kini Status Urusan Pembelian Dalam Talian dan Lapor Kad Hilang / Dicuri).
Kelayakan BSN Online Register Bahasa Melayu
Di bawah ini adalah maklumat mengenai kelayakan mendaftar BSN online myBSN.
- Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM / Debit / Kredit BSN.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Cara Register BSN Online Banking Bahasa Melayu
Step BSN online register yang dapat Anda ikuti:
- Klik link https://www.mybsn.com.my
- Klik Register.
- Terma dan Syarat (Terms & Conditions), sila pilih Accept kemudian klik Next.
- Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor PIN (untuk Kad Debit Sahaja), tarikh tamat tempoh Kad dan CVV2.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
- Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih Gambar Keselamatan.
- Selesai.
BSN Online Login First Time
Setelah Anda mendaftar BSN online banking, step seterusnya adalah Anda perlu login myBSN untuk lengkapkan maklumat peribadi Anda dan aktifkan fungsi transfer BSN.
- Cara login BSN online myBSN mudah sangat, Anda hanya perlu layari laman web rasmi myBSN https://www.mybsn.com.my
- Masukkan username, klik Login.
- Pastikan Online Image yang dipaparkan betul milik akaun Anda.
- Masukkan Password.
- Pilih jenis soalah rahsia dan jawapan yang Anda inginkan.
- Selesai.
Sila semak baki akaun BSN secara online untuk melihat baki akaun terkini.
BSN Online Transfer
Jika fungsi transfer dalam akaun myBSN Anda belum lagi aktif atau tiada fungsi fungsi transfer, Anda tak perlu risau. Anda boleh aktifkan fungsi transfer tersebut dengan cara menghubungi BSN customer service atau pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1-300-88- 1900 atau +603-2613 1900 (luar negara). Pusat Khidmat Pelanggan BSN beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Sila request atau mohon kepada staff bank melalui sambungan telefon (phone call) bahawa Anda ingin aktifkan fungsi BSN Online Transfer, lepas beberapa minit, dah boleh guna akaun macam biasa. Pastikan sentiasa periksa nombor hotline BSN sebelum membuat panggilan.