Cara Mohon Pinjaman Peribadi MBSB
Cara Mohon Pinjaman Peribadi MBSB

Cara Mohon Pinjaman Peribadi MBSB Online Cawangan

Posted on

Memohon pinjaman peribadi MBSB Bank boleh jadi satu perkara yang memeningkan bila tak tahu cara yang betul, lebih-lebih lagi bila terpaksa berurusan dengan pelbagai dokumen dan pergi ke bank secara fizikal.

Ramai orang berfikir nak buat pinjaman, tapi terbantut sebab terbayangkan masa yang panjang dan proses yang leceh di kaunter.

Masalah ni sebenarnya dah ada jalan penyelesaiannya. Dengan adanya platform online MBSB Bank seperti M FAST, proses permohonan pinjaman peribadi dah jadi lebih mudah, pantas, dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Kami akan kongsikan cara lengkap untuk mohon pinjaman peribadi MBSB sama ada secara online atau di cawangan.

Kelebihan Mohon Pinjaman Peribadi MBSB Online

MBSB Bank memperkenalkan satu platform yang memudahkan Anda untuk buat permohonan pinjaman peribadi secara online, iaitu M FAST.

Berikut adalah kelebihan yang Anda akan dapat bila guna platform M FAST untuk mohon pembiayaan peribadi:

  • Anda tak perlu beratur kat bank atau buat temujanji.
  • Anda boleh semak kelayakan Anda untuk dapat pinjaman dengan serta-merta.
  • Anda boleh semak status permohonan pinjaman Anda, tak perlu call atau tunggu panggilan dari bank.
  • Borang permohonan senang diisi.

Ciri Pembiayaan Peribadi-i MBSB Bank

Untuk Anda yang belum familiar dengan produk ni, Pembiayaan Peribadi-i MBSB Bank adalah produk patuh Syariah yang menggunakan konsep Tawarruq.

Tawarruq adalah satu konsep yang membolehkan pelanggan membeli aset dengan harga tangguh dan kemudiannya menjual aset tersebut untuk dapatkan tunai.

Berikut adalah ciri-ciri pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh MBSB Bank:

  • Jumlah pembiayaan sehingga RM400,000.00.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Kadar pembiayaan yang kompetitif serendah Kadar Asas Standard (KAS) + 3.05% setahun.
  • Tanpa penjamin – Anda tak perlukan penjamin untuk mohon pinjaman ni, jadi lebih senang.

Kelayakan

Untuk layak mohon pembiayaan peribadi MBSB Bank, Anda kena penuhi syarat-syarat berikut:

  • Pinjaman ni hanya terbuka untuk rakyat Malaysia sahaja.
  • Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 19 tahun dan tidak melebihi 60 tahun selepas tamat tempoh pembiayaan.
  • Pendapatan bulanan Anda mesti sekurang-kurangnya RM3,000.
  • Terbuka untuk kakitangan awam dan sektor swasta.

Jenis Pakej Pembiayaan Peribadi-i MBSB

MBSB Bank menawarkan beberapa pakej pembiayaan peribadi bergantung kepada sektor pekerjaan Anda:

  • Sektor Awam – Ada dua pakej iaitu Mumtaz-i dan Afdhal-i.
  • Sektor Swasta – Pakej yang ditawarkan ialah Sektor Swasta-i.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi MBSB Secara Online

Untuk mohon online, Anda kena gunakan platform M FAST atau layari laman web rasmi MBSB Bank di pautan berikut:
https://mjourney.mbsbbank.com/personal-financing-i

Langkah-langkahnya senang je:

  1. Layari laman web MBSB Bank di atas.
  2. Pilih jenis pinjaman yang Anda nak mohon.
  3. Isi borang permohonan yang disediakan.
  4. Hantar permohonan dan tunggu proses semakan.

Dalam tempoh satu (1) hari bekerja, status permohonan Anda dah boleh disemak. Semua urusan Anda boleh pantau sendiri melalui M FAST.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi MBSB di Cawangan

Kalau Anda lebih selesa berurusan secara fizikal, Anda boleh terus pergi ke cawangan MBSB Bank yang terdekat.

Anda boleh rujuk laman web rasmi MBSB Bank untuk senarai penuh cawangan.

Bila sampai kat cawangan, Anda cuma perlu:

  1. Ambil nombor giliran di kaunter.
  2. Tunggu giliran dan serahkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti slip gaji, IC, dan lain-lain.
  3. Isi borang permohonan pinjaman yang disediakan.
  4. Serahkan borang kepada pegawai bank untuk proses semakan.

Proses di cawangan mungkin ambil masa sikit sebab Anda perlu tunggu giliran dan urusan dokumen manual.

Tapi bagi sesetengah orang, cara ni lebih memudahkan sebab ada pegawai yang boleh bantu kalau ada masalah.

Kalau Anda ada sebarang pertanyaan atau masalah semasa proses permohonan, Anda boleh hubungi Pusat Sokongan MBSB Bank di talian +603 2096 3000.

Atau kalau nak cepat, boleh juga email terus kepada enquiry@mbsbbank.com. Team sokongan MBSB Bank akan sedia membantu Anda.