Perbankan internet adalah inovasi praktikal dan banyak digunakan oleh orang ramai.
Pada masa ini, hampir semua aktiviti transaksi perbankan dapat dilakukan dengan menggunakan perbankan internet dan Anda tak payah pergi ke bank.
CIMB Clicks adalah salah satu perbankan internet yang memudahkan Anda melakukan transaksi kewangan bila-bila masa dan di mana sahaja.
CIMB Clicks dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang memberikan akses yang mudah untuk pelanggan.
Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan, tidak hairanlah jika banyak orang menggunakannya.
Kelebihan CIMB Clicks
Setiap produk yang dikeluarkan mesti mempunyai kelebihan terbaik dari segi ciri dan perkhidmatan.
Begitu juga dengan apa yang telah dilakukan oleh CIMB Bank, terdapat pelbagai kelebihan CIMB Clicks yang boleh Anda dapatkan.
CIMB Clicks tersedia dalam aplikasi handphone dan laman website.
Faedah CIMB Clicks
Anda boleh melakukan pelbagai transaksi dibawah ini jika Anda menggunakan CIMB Clicks:
- Transfer Duit Online
- Check Statement CIMB Bank
- Bayar Bil Air, Bil Elektrik, Bil Credit Card
- Loan Kereta
- Check Baki Akaun
- Dan lainnya
Cara Daftar CIMB Bank Online
Bagi Anda yang belum mempunyai akaun CIMB Clicks online banking, sila segera mendaftar dengan membaca panduan cara daftar CIMB Clicks online di bawah.
Syarat Mendaftar CIMB Clicks
Syarat yang diperlukan untuk mendaftar CIMB Clicks mudah sangat, iaitu:
- Mempunyai E-PIN/ATM PIN
- Mempunyai akaun CIMB dan Debit Card (ATM Card)
- Mempunyai no handphone aktif
Cara Dapatkan E-PIN CIMB Clicks
- Pergi ke mana-mana ATM CIMB berhampiran.
- Masukkan kad ATM CIMB
- Masukkan PIN
- Pilih Others/Lain-lain
- Pilih CIMB Clicks
- Pilih TAC Registration
- Tetapkan E-PIN/ATM PIN
Cara Kemaskini No Telefon CIMB Clicks
- Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB berhampiran.
- Masukkan kad ATM CIMB
- Masukkan PIN
- Pilih Others/Lain-lain
- Pilih CIMB Clicks
- Masukkan No Telefon Anda
- Ambil Resit
- Selesai
Cara Daftar CIMB Clicks Online
Setelah Anda mempunyai E-PIN dan no telefon berdaftar, sila ikuti langkah dibawah:
- Lawati www.cimbclicks.com.my
- Klik Register for CIMB Clicks.
- Pilih CIMB ATM Debit & Credit Card.
- Masukkan 16 digit no kad dan 6 digit PIN ATM Anda.
- Masukkan Captcha.
- Tandakan pada kotak, I Agree Terms & Conditions, klik Next.
- Anda akan menerima SMS 6 digit kod TAC yang di hantar ke nombor telefon Anda.
- Masukkan 6 digit kod TAC, klik Continue.
- Masukkan User ID.
- Masukkan Password.
- Masukkan Kata Selamat.
- Tahniah Anda berjaya mendaftar CIMB Clicks.
Cara Login CIMB Bank Online
- Lawati www.cimbclicks.com.my
- Klik Login to Clicks.
- Pada pilihan i want to, pilih View My Dashboard.
- Masukkan User ID.
- Klik Login.
- Tandakan Secure Word.
- Masukkan Password, klik Login.
- Tahniah, Anda berjaya log masuk CIMB Clicks online banking.
Semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi customer service CIMB Bank di nombor +603 6204 7788.