Cara Keluarkan Duit Etiqa Takaful Tuntutan Online

Posted on

Cara keluarkan duit Etiqa takaful boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara online dan offline. Dengan ciri tuntutan secara online, akan memudahkan pelanggan dalam proses pengeluaran duit insurans. Selain itu, cara membuat pengeluaran insurans Etiqa secara offline juga tersedia dalam beberapa pilihan.

Walau bagaimanapun, hal yang perlu Anda perhatikan di sini ialah mengemukakan tuntutan insurans, mesti disertakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan untuk mengelakkan penolakan tuntutan.

Di bawah ini adalah maklumat cara pengeluaran duit Etiqa takaful dan sebab tuntutan insurans ditolak yang perlu Anda ketahui.

Cara Keluarkan Duit Etiqa Takaful
Cara Keluarkan Duit Etiqa Takaful

Cara Keluarkan Duit Etiqa Takaful

Berikut ini langkah cara keluarkan duit Etiqa Takaful.

Call Customer Service

Sama seperti pelanggan atau pengguna perkhidmatan kewangan yang lain, apabila pelanggan menghadapi masalah atau mempunyai soalan berkaitan produk yang digunakan, cara paling mudah ialah menghubungi Khidmat Pelanggan.

Pelanggan yang ingin mengeluarkan duit insurans boleh menghubungi 1-800-88-6491. Seterusnya pelanggan akan dibantu dan diarahkan kepada proses mengumpul fail/syarat untuk keluarkan duit insurans.

Biasanya pelanggan mesti memberikan nombor dan nama pemegang polisi kepada ejen atau staff Etiqa untuk proses pengesahan.

Selain menghubungi Etiqa melalui telefon, pelanggan juga boleh menghubungi melalui e-mel di info@etiqa.com.my

Sila hantar e-mel, dan tuliskan niat dan tujuan menghantar e-mel, bersama-sama dengan lampiran fail yang diperlukan. Setelah itu sila tunggu balasan email dari pihak Etiqa.

Hubungi Ejen Insurans

Apabila Anda mengalami masalah atau ingin mengeluarkan duit yang ada dalam insurans, Anda boleh call ejen yang mendaftarkan Anda ke Etiqa Takaful.

Biasanya ejen Etiqa akan minta Anda untuk sediakan syarat/dokumen dan membuat pemprosesan di pejabat.

Tetapi sentiasa pastikan ejen insurans yang bekerjasama dengan Anda adalah orang yang jujur.

Kebanyakan orang tidak percaya dengan insurans bukan kerana produk yang ditawarkan tidak berguna tetapi lebih kepada ejen yang tidak boleh dipercayai.

Kunjungi Pejabat Etiqa

Sekiranya Anda nak datang ke pejabat Etiqa, Anda perlu membawa dokumen dan syarat yang diperlukan.

  • Kad Pengenalan
  • Nombor Polis
  • Isi Borang Pembatalan Polisi
  • Kembalikan buku polisi
  • Jika semua data telah diisi dengan betul dan lengkap, sila berikan kepada staff Etiqa.

Setelah semua proses telah diluluskan, pengeluaran wang akan bermula serta-merta. Kami nasihatkan Anda untuk baca cara membatalkan insurans Etiqa Maybank.

Semakan Tuntutan Etiqa

Anda harus memaklumkan kepada Etiqa secepat mungkin apabila berlakunya kemalangan atau kejadian yang tidak dingini.

Ini dapat membantu pihak Etiqa menyelesaikan tuntutan Anda dengan lebih pantas dan staff Etiqa akan memberi nasihat untuk langkah seterusnya.

Sila pastikan butiran dan maklumat Anda lengkap sebelum membuat tuntutan melalui borang tuntutan Etiqa takaful online:

  • Maklumat Polisi Anda.
  • Maklumat tentang kemalangan: tarikh, kerosakan yang berlaku, lokasi, dan sebagainya.
  • Butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang ingin Anda tuntut.
  • Maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat.

Proses Tuntutan Etiqa

  1. Setelah tuntutan Anda diterima, ia akan ditugaskan kepada pakar tuntutan Etiqa. Bergantung kepada kerumitan tuntutan Anda, Anda mungkin akan berurusan dengan pakar tuntutan yang berpengalaman dalam mengendalikan aspek tertentu tuntutan Anda.
  2. Pakar tuntutan Etiqa akan menghubungi Anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerugian Anda, bercakap tentang perlindungan Anda, menerangkan bagaimana tuntutan Anda akan dikendalikan, mengenalpasti cara-cara untuk melindungi harta benda Anda daripada kerosakan lanjut dan menjadualkan temujanji dengan Anda jika diperlukan.
  3. Pakar tuntutan Etiqa akan menentukan sama ada kerugian akan dilindungi, mengumpul fakta, menyiasat dan mendokumenkan kerosakan, menemubual saksi atau individu lain yang terlibat, jika perlu gambar dan sampel akan diambil, dan menilai tuntutan Anda.
  4. Pihak Etiqa akan bekerjasama dengan Anda untuk menentukan sama ada tuntutan Anda dapat dijelaskan oleh Etiqa atau tidak. Penjelasan akan diberikan jika tiada bayaran dibuat atas tuntutan Anda. Etiqa akan menutup tuntutan Anda setelah segala tuntutan Anda diselesaikan dibawah terma polisi Anda. Anda juga boleh menghubungi Etiqa jika terdapat perbelanjaan, yang diragui dan Etiqa akan membuka semula tuntutan Anda untuk siasatan lebih lanjut.

Cara mengeluarkan wang Etiqa tentu sahaja sangat mudah, Anda mesti menyediakan semua dokumen dan mengikut perjanjian pada polisi.