Semua bank di Malaysia kini mempunyai perbankan internet, salah satunya BSN. Bank Simpanan Nasional (BSN) mempunyai perkhidmatan BSN Online atau dikenali MyBSN yang boleh memudahkan pelanggan melakukan transaksi melalui smartphone atau komputer riba.
MyBSN sangat berguna kerana boleh membantu pelanggan untuk membuat sebarang transaksi yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan selamat.
Untuk boleh menggunakan perkhidmatan BSN online Anda mesti mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan kad ATM BSN dan akaun BSN melalui proses pendaftaran di bank.

Cara Daftar No Telefon BSN Online
Ramai yang bertanyakan macam mana cara daftar no telefon BSN melalui online atau boleh ke daftar nombor HP BSN guna mesin ATM?
Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara register no telefon BSN yang betul.
Keperluan Daftar Nombor Telefon BSN
Jika Anda telah buka akaun BSN untuk pertama kali (first time) biasa nya pegawai bank akan daftarkan nomor telefon Anda sebagai salah satu syarat permohonan buat akaun BSN baru.
Namun, sekiranya nombor telefon Anda belum di daftarkan di Bank Simpanan Nasional, Anda mestilah mengemaskini no telefon BSN Anda.
Syarat yang perlu Anda sediakan untuk kemaskini no telefon BSN:
- Kad ATM Debit/Credit
- Buku Simpanan (jika Anda tidak mempunyai kad ATM)
- No telefon baru.
- Wang bila diperlukan.
Langkah Daftar No Telefon BSN
Untuk makluman, cara tukar no telefon BSN online atau cara kemaskini no telefon BSN untuk sekarang ini belum dapat dilakukan melalui online. Sudah sejak lama mengemas kini nombor telefon bimbit melalui mesin ATM BSN atau melalui MyBSN tidak disediakan.
Apabila Anda ingin menukar nombor telefon lama dengan nombor telefon baru, sila lawati mana-mana cawangan BSN untuk mengemaskini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Contact Centre BSN di 1300 88 1900.
- Kunjungi ke mana-mana cawangan BSN terdekat
- Ambil nombor giliran untuk tujuan customer service
- Selepas nombor giliran Anda di panggil, berikan kad ATM dan nomor telefon baru Anda, minta kepada pegawai bank untuk kemaskini no telefon BSN lama atau minta daftarkan no telefon baru untuk keperluan BSN online (MyBSN)
- Pegawai banak akan berikan Anda borang untuk Anda isi, lengkapkan borang tersebut lalu berikan kepada pegawai bank.
- Tunggu 3 minit, pegawai bank akan daftar no telefon BSN Anda.
- Setelah itu, Anda dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian atau penukaran no HP BSN lama dengan yang baru, Anda dinasihatkan untuk log masuk atau mendaftar MyBSN Anda dalam tempoh 24 jam.
Waktu Operasi BSN
Anda dinasihatkan untuk membuat pengemaskinian no telefon atau mendaftar no telefon BSN pada hari bekerja bank, berikut adalah waktu operasi BSN.
Kelantan dan Terengganu
- Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
- Khamis: 10:00AM – 3:00PM
- Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
- Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
- Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
- Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kenapa Perlu Kemaskini No Telefon BSN
Anda kena kemaskini no telefon BSN kerana ia penting untuk memastikan BSN boleh menghubungi Anda dengan mudah dan memberikan maklumat penting tentang akaun Anda.
Di bawah ni adalah beberapa sebab kenapa Anda perlu kemaskini no telefon Anda:
- BSN mungkin perlu memberi tahu Anda tentang transaksi penting, seperti pengeluaran besar atau urusan berkaitan akaun. Jika no telefon Anda tidak dikemaskini, Anda mungkin terlepas maklumat penting ini.
- Dalam kes-kes penipuan atau aktiviti mencurigakan, BSN mungkin cuba menghubungi Anda untuk mengesahkan transaksi atau mengambil tindakan keselamatan. Dengan no telefon yang terkini, Anda boleh pastikan akaun Anda selamat.
- Dengan no telefon yang terkini, Anda boleh memudahkan urusan seperti mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian (pengesahan TAC/OTP) atau menggunakan perkhidmatan SMS perbankan. Ini menjadikan pengurusan kewangan lebih mudah.
- BSN juga mungkin ingin menghantar notifikasi tentang baki akaun atau perubahan kadar faedah. Dengan no telefon yang terkini, Anda dapat menerima maklumat ini secara tepat dan pantas.
- Selain no telefon, kemaskini butiran peribadi seperti alamat juga penting untuk memastikan BSN mempunyai maklumat terkini Anda dalam sistem mereka.
Jadi, kemaskini no telefon BSN adalah langkah penting untuk memastikan hubungan Anda dengan bank berjalan lancar, selamat, dan mudah.
Pastikan untuk sentiasa menyemak dan kemaskini maklumat Anda jika ada perubahan dalam maklumat peribadi.
Daftar No Telefon BSN Melalui Online
Biasanya untuk daftar atau kemaskini nombor telefon dalam akaun BSN, Anda perlu mengunjungi cawangan BSN secara fizikal. Tak boleh secara online!
Ini adalah langkah keselamatan yang diambil oleh banyak bank untuk memastikan maklumat peribadi pelanggan diuruskan dengan teliti dan dilindungi.
Pihak bank biasanya memerlukan proses pengesahan dan pemastian identiti secara langsung ketika Anda mengunjungi cawangan.
Ini bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun atau pemalsuan maklumat pelanggan. Selain itu, dengan mengunjungi cawangan, Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan bank jika ada sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan akaun Anda.
Walaupun mungkin kurang selesa untuk pergi ke cawangan fizikal, proses ini penting untuk keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan perbankan Anda.
Selalu pastikan untuk membawa dokumen pengenalan diri yang sah dan maklumat akaun yang diperlukan apabila mengunjungi cawangan untuk kemaskini maklumat akaun.
Maklumat Lanjut
Sekiranya Anda mendapat masalah setelah membuat pertukaran no telefon BSN, Anda dapat menghubungi pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara daftar no fon BSN online, semoga perkongsian diatas membantu Anda.