Bagi Anda pelanggan Bank Muamalat yang ingin membuat transaksi secara online, Anda boleh buat pendaftaran internet banking Bank Muamalat terlebih dahulu.
Selepas mendaftar internet banking Bank Muamalat, Anda boleh gunakan semua ciri yang disediakan seperti check baki akaun, bayar loan, check baki pinjaman, bayar bil, topup dan banyak lagi.
Izinkan kami kongsikan langkah-langkah cara daftar Bank Muamalat online banking i-Muamalat.
Apa Itu i-Muamalat
i-Muamalat merupakan sebuah platform perbankan online atau atas talian yang diberikan oleh Bank Muamalat untuk memudahkan pelanggan melakukan pelbagai jenis transaksi wang secara online.
Perkhidmatan ini boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Pelanggan boleh akses perkhidmatan ini melalui laptop/komputer dan smartphone.
- Laman web rasmi internet banking Bank Muamalat: https://www.i-muamalat.com.my
- Aplikasi i-Muamalat Mobile (muat turun i-Muamalat Mobile di Google Playstore atau App Store)
Aplikasi i-Muamalat Mobile berfungsi sebagai saluran alternatif untuk pelanggan i-Muamalat mengakses akaun perbankan internet. Disasarkan kepada pelanggan i-Muamalat yang celik teknologi menggunakan telefon pintar dan tablet berasaskan Android.
Syarat Daftar Bank Muamalat Online
Apa sahaja syarat untuk daftar Bank Muamalat online banking? Berikut syarat yang mesti Anda sediakan.
- Kad Pengenalan/IC
- Kad Debit/Kredit
- No handphone aktif yang dah berdaftar di Bank Muamalat
Nota: Anda dinasihatkan untuk kemaskini no telefon Bank Muamalat apabila no telefon Anda tidak berdaftar.
Cara Daftar Internet Banking Bank Muamalat
Sekiranya Anda mahu menggunakan perkhidmatan i-Muamalat, Anda mestilah mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun aktif. Berikut adalah cara daftar Bank Muamalat online.
- Layari laman web Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
- Klik First Time Registration.
- Pilih Accept jika setuju (Terms & Conditions). Klik Next.
- Masukkan 16 digit nombor Debit/Credit Card Anda
- Pilih Identity Type contoh MyKAD lalu masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan Identity Number.
- Pada Mobile Number for TAC, masukkan no telefon Anda yang aktif untuk dihantar nombor TAC. Klik Next.
- Masukkan Username yang Anda inginkan pada ruangan yang tersedia (username mesti Alpanumeric) Username kalau boleh elakkan sama dengan orang lain, tak boleh sama.
- Pada New Password masukkan kata laluan yang Anda inginkan. Untuk password kena ada huruf besar huruf kecil number dan simbul contoh (BCAd123@)
- Masukkan semula Password pada bahagian Confirm New Password.
- Pada ruangan Security Image, pilih gambar yang Anda ingin guna sebagai pengesahan untuk akaun Anda. Klik Next
- Pendaftaran Anda untuk i-Muamalat kini berjaya.
Nota: Sebelum mendaftar, kami nasihatkan Anda untuk layari laman web Bank Muamalat menggunakan Mozilla Firefox, Microsoft Edge atau Google Chrome. Jangan gunakan smartphone, gunakan laptop/komputer dan pastikan internet Anda stabil.
Cara Aktifkan Bank Muamalat Online
Cara daftar Bank Muamalat di i-Muamalat belum lagi habis, sebab Anda perlu aktifkan akaun tersebut.
Cara pengaktifkan internet banking Bank Muamalat adalah dengan menghubungi Customer Service Bank Muamalat di 1300888787 atau 03-2600 5500 (Beroperasi 24 jam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum).
Sekiranya Anda tidak dapat hubungi Customer Service Bank Muamalat, Anda boleh datang terus ke branch/cawangan untuk pengaktifkan akaun i-Muamalat.
Cara Login Bank Muamalat Internet Banking
Selepas selesai buat pendaftaran dan aktifkan iMuamalat, sekarang ikuti langkah-langkah berikut untuk log masuk Bank Muamalat internet banking:
- Lawati laman web https://www.i-muamalat.com.my
- Masukkan Username, klik Login
- Masukkan Password, pastikan gambar Security Image yang terpapar adalah gambar milik akaun Anda
- Anda berjaya log masuk
- Sila kemaskini maklumat peribadi Anda
- Selepas itu Anda dah boleh buat transaksi kewangan di iMuamalat.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan cara daftar Bank Muamalat online, sila rujuk:
- Telefon pusat panggilan: +603 2600 5500
- Kunjungi cawanagn Bank Mualamat terdekat dengan Anda
Soalan Lazim
Senarai soalan lazim yang sering ditanyakan.
1. Selepas buat pandaftaran internet banking Bank Muamalat, kenapa saya tak boleh login?
Hal tersebut berlaku sebab akaun internet banking Anda belum aktif. Segera hubungi customer service Bank Muamalat di 03 2600 5500. Minta untuk diaktifkan.
2. Kalau saya nak buat banking online perlu buat appoinment tak?
Untuk makluman, pendaftaran akaun perbankan internet i-Muamalat perlu dibuat melalui laman sesawang di pautan ini https://www.i-muamalat.com.my
Tidak diperlukan buat temujanji Bank Muamalat untuk pendafatran internet banking/online banking.
3. Dah cuba daftar tapi sistem kata error, apa perlu buat?
Pastikan akaun Anda sentiasa Aktif tidak dormant, hubungi 03-2600 5500 untuk semakan lanjut.