Dulu masa aku nak buka akaun bank RHB, rasa macam nak masuk hutan Amazon tanpa peta. Banyak branch, banyak option, tambah pulak bila dengar ada yang boleh bukak online, makin pening kepala. Macam-macam info dalam kepala, tapi yang pasti, cara bukak akaun RHB ni camne eh?
Memang la, zaman sekarang ni kita nak yang cepat, tapi at the same time, nak yang mudah. Jadi, bila fikir pasal buka akaun RHB Bank, terus timbul soalan online ke walk-in?
Nak buka akaun RHB Bank secara online pun sebenarnya senang je. Tak payah keluar rumah, duduk atas sofa pun boleh settle. Tapi, memang ada yang takut-takut jugak, risau kalau-kalau data tak secure ke apa. So, kalau Anda jenis yang suka online, aku akan kongsikan cara buka akaun RHB Bank secara online yang mudah dan selamat.
Tapi kalau Anda lebih suka cara tradisional, walk-in je terus ke cawangan RHB Bank terdekat. Tak kira la Anda nak buka akaun peribadi ke, akaun bisnes ke, diorang kat kaunter tu memang sedia tolong.
Cara Buka Akaun RHB Melalui Online
Langkah pembukaan akaun RHB melalui online.
- Lawati laman web https://www.rhbgroup.com
- Pilih RHB Basic Savings Account, deposit RM20 je lepas tu klik Apply Now
- Lengkapkan maklumat Maklumat peribadi, Butiran kenalan, Butiran Pekerjaan dan Butiran Pengaktifan
- Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.
Cara Buka Akaun RHB Walk-in
Pemohon perlulah hadir ke cawangan RHB bagi memohon membuka akaun. Langkah membuka akaun RHB adalah sebagai berikut:
- Pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan dengan membawa IC dan RM100 dan bil elektrik original untuk dokumen sokongan.
- Ambil nombor giliran
- Selepas nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai bank bahawa Anda ingin buka akaun RHB
- Pegawai bank akan minta IC dan bil elektrik Anda.
- Pegawai bank akan berikan borang/form, sila isi borang untuk buka akaun dan serahkan kepada pegawai bank untuk diproses.
- Pegawai bank akan berikan sehelai kertas yang tertera nombor akaun anda. Anda perlu deposit RM100 ke dalam akaun anda menggunakan cash deposit machine (CDM).
- Anda akan diberikan buku bank/buku simpanan dan kad debit
- Selepas itu Anda perlu buat PIN untuk kad ATM
- Pegawai bank akan minta Anda untuk set handphone number atau no telefon untuk keperluan OTP online banking
- Selesai.
Lepas tu aku nasihatkan Anda untuk baca langah-langkah cara daftar RHB online banking.
Syarat Buka Akaun RHB Untuk Warga Negara Malaysia
Sekiranya Anda merupakan warganegara Malaysia, Anda perlu bawa syarat dan dokumen berikut:
- IC/Kad Pengenalan
- Duit untuk Deposit
- Bil Elektrik
- Bil telefon terkini
- Surat pengesahan majikan
Syarat Buka Akaun RHB Untuk Warga Negara Asing
Untuk Anda bukan warga negara yang ingin buka akaun RHB Bank, Anda perlu bawa syarat dan dokumen di bawah:
- Bekerja di Malaysia.
- Surat pengesahan majikan.
- Alamat tetap.
- Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
- Visa dan Pasport belum tamat tempoh.
Pembukaan Akaun RHB Bank
Dokumen yang perlu Anda sediakan untuk buka akaun bank ialah:
- Surat pengesahan majikan
- IC Original
- Bil telefon terkini atau bukti pembelian pakej SIM kad nombor telefon
Buka akaun RHB untuk salary, Anda perlu deposit:
- RHB Smart Account/-i (available online application): RM1,000
- MaxSave Account (available online application): RM200
- Savings-i Account (available online application): RM100
- Bonus Savers Account: RM500
- Basic Savings Account: RM20
- Basic Saving Account/-i : RM20
Untuk pembukaan akaun RHB Bank Anda perlulah berusia 18 tahun ke atas dan pemohon boleh terus ke cawangan RHB Bank dengan membawa kad pengenalan asal dan surat tawaran IPTA/IPTS atau surat majikan untuk membuka akaun simpanan RHB bank.
Sekiranya pemohon berusia 18 tahun kebawah, penjaga atau ibubapa perlu ke cawangan RHB Bank untuk membuka akaun.
Apabila Anda mempunyai surat dari majikan untuk buka akaun, Anda boleh pilih salah satu jenis akaun yang ingin Anda buka. Anda boleh memilih dari pilihan berikut:
- Basic Saving – RM20
- Passbook/Qard (Ordinary Saving) – RM250
- Statement Saving – RM100
- MaxSave – RM200
- Bonus Saver – RM500
- RHB Smart Account (current account/akaun semasa) – RM1k
Waktu Operasi RHB
Apabila Anda ingin berurusan dengan RHB Bank, berikut adalah masa operasi RHB Bank:
Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
- Isnin – Khamis: 9:15AM – 2:00PM
- Jumaat: 9:15AM – 2:00PM
- Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
- Ahad- Rabu: 9:15AM – 2:00PM
- Khamis: 9:15AM – 2:00PM
- Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
Maklumat Lanjut
RHB Bank akan melakukan yang terbaik untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin Anda hadapi.
- Telefon: 03-9206 8118
- E-mel: customer.service@rhbgroup.com
Untuk komunikasi e-mel, RHB Bank menghargai jika Anda dapat memasukkan butiran berikut dalam e-mel Anda untuk RHB layani Anda dengan lebih cekap:
- Nombor Pengenalan MyKad/Nombor Pasport
- Nombor Akaun RHB
- No Telefon
Sekiranya Anda mahu, Anda boleh buat temujanji RHB terlebih dahulu, sehingga Anda tidak perlu beratur di cawangan. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga membantu.