Cara Buka Akaun Public Bank Secara Online / Walk-in

Posted on

Cara membuka akaun Public Bank secara online dan offline sebetulnya mudah dilakukan, hanya sahaja ramai yang tak faham macam mana langkah-langkahnya.

Membuka akaun Public Bank di kaunter menjadi pilihan terbaik untuk Anda, sebab Anda boleh bertanya banyak hal mengenai kelebihan dan produk Public Bank.

Public Bank menyediakan pelbagai jenis akaun simpanan dan kad ATM mengikut kelebihan masing-masing dan boleh dipilih mengikut kesukaan Anda. Di bawah ini kami kongsikan step cara nak buka akaun simpanan di Public Bank.

Cara Buka Akaun Public Bank
Cara Buka Akaun Public Bank

Syarat Buka Akaun Public Bank

Untuk membuat akaun Public Bank, Anda mesti memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh bank terlebih dahulu. Berikut adalah syarat dan dokumen yang perlu Anda sediakan.

  • Mempunyai kad pengenalan/IC
  • Bil elektrik/Surat majikan
  • Duit untuk buka bank RM250

Cara Buka Akaun Public Bank di Kaunter

Sebelum pergi ke cawangan Public Bank, pastikan Anda membawa syarat diatas. Seterusnya Anda boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Kunjungi cawangan Public Bank yang berdekatan.
  2. Ambil nombor giliran untuk pembukaan akaun Public Bank.
  3. Setelah nombor giliran Anda di panggil, sila beritahu staff bank bahawa Anda nak buka akaun Public Bank.
  4. Staff bank akan minta IC dan surat majikan.
  5. Jangan lupa untuk bawa duit RM250 untuk deposit permulaan akaun simpanan dimana Anda boleh bawa keluar semula selepas selesai proses pembukaan akaun.
  6. Untuk melengkapkan proses pendaftaran, Anda kena tandatangan beberapa helai borang dan isi nama serta nombor kad pengenalan Anda. Kemudian pergi bayar RM250 di kaunter pendaftaran dan selesai.
  7. Sekiranya Anda ingin dapatkan kad ATM, Anda mesti perlu tambah RM9. Jadi Anda perlu bayar di kaunter pendaftaran RM259.

Cara Buka Akaun Public Bank Secara Online

Pada masa ini, Public Bank tidak menyediakan pembukaan akaun melalui online. Untuk membuka akaun, Anda dinasihatkan untuk kunjungi cawangan Public Bank yang berdekatan.

Sila bawa juga syarat dan dokumen yang telah kami kongsikan sebelum ini. Sila kunjungi cawangan pada waktu bekerja.

Waktu Operasi Public Bank

Cawangan dan Pusat Sewa Beli di seluruh Malaysia dibuka pada waktu berikut:

Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu

  • Isnin hingga Jumaat 9.30 pagi hingga 4.00 petang
  • Sabtu dan Ahad Tutup
  • Cuti Umum / Negeri Ditutup

Kelantan dan Terengganu sahaja

  • Ahad hingga Khamis 9.30 pagi. hingga 4.00 petang
  • Jumaat dan Sabtu Tutup
  • Cuti Umum / Negeri Ditutup

Cara Daftar Public Bank Online PBe Pbebank

Setelah Anda mempunyai akaun dan kad ATM Public Bank, kami nasihatkan Anda untuk buat akaun Public Bank online banking. Di bawah ini merupakan langkah cara buat akaun PBe:

Daftar PBe di ATM

Pertama sekali Anda mesti daftar di mesin ATM:

  1. Sila kunjungi mana-mana mesin ATM Public Bank yang berdekatan.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih menu Other Services.
  4. Pilih Register Internet Banking.
  5. Masukkan nombor telefon untuk menerima no PAC untuk pengesahan.
  6. Sila buat Password PBe Anda.
  7. Selesai.

Selepas pendaftaran di mesin ATM, Anda mesti daftar dan aktifkan akaun Public Bank online banking PBe Anda. Tempoh pendaftaran mestilah kurang dari 30 hari, sekiranya Anda belum membuat pendaftaran (First Time Login) dalam tempoh tersebut, Anda mesti buat pendaftaran di mesin ATM lagi.

Cara Daftar PBe First Time Pbe Login

Seterusnya Anda perlu aktifkan akaun internet banking PBe, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka laman website https://www2.pbebank.com/pbemain.html
  2. Klik Register.
  3. Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki sehingga Anda selesai.

Kami nasihatkan Anda untuk baca cara daftar Public Bank online terkini.

Sekiranya Anda mempunyai masalah ketika membuat akaun Public Bank online banking ataupun membuka akaun Public Bank. Anda boleh terus hubungi PBe Customer Support atau customer service di nombor hotline mereka iaitu 03-2179 9999. Anda juga bisa pergi ke mana-mana cawangan Public Bank yang berdekatan untuk dapatkan bantuan.