Cara Buka Akaun CIMB Secara Online dan Kaunter

Posted on

Buka akaun bank CIMB ni memang penting untuk urus kewangan, tapi kadang-kadang proses ni nampak susah dan makan masa. Ramai je yang ada masalah nak cari masa sesuai untuk pergi cawangan bank, lagi-lagi kalau Anda kerja penuh masa atau ada komitmen lain.

Kesibukan harian buat ramai tangguh niat nak buka akaun, walaupun tahu betapa pentingnya benda ni. Tambah lagi, ramai yang tak jelas pasal proses buka akaun secara online, buat mereka risau dan keliru.

Untuk selesaikan masalah ni, CIMB dah perkenalkan cara buka akaun secara online yang senang. Anda boleh buka akaun tanpa perlu pergi cawangan, jimat masa dan boleh urus kewangan dengan lebih efisien.

Bagi yang suka urusan bersemuka, Anda boleh buka akaun kat kaunter jugak. Proses kat kaunter pun dah dipermudahkan dengan bantuan staf yang mesra dan profesional.

Dalam artikel ni, kami akan kongsi panduan langkah demi langkah untuk buka akaun CIMB secara online dan kat kaunter.

Cara Buka Akaun CIMB Online OctoSavers

Tahukah Anda bahawa sekarang ini buka akaun CIMB boleh buat melalui online saja tanpa perlu kena pergi ke cawangan CIMB.

Ada 2 cara buka akaun CIMB online iaitu menggunakan aplikasi CIMB Apply dan melalui laman web https://www.cimb.com.my

Berikut kami kongsikan langkah-langkahnya.

Cara Buka Akaun CIMB Simpanan OctoSavers

Cara buka akaun CIMB OctoSavers untuk pengguna baru CIMB. Sila ikut langkah-langkah ni:

  1. Download je aplikasi CIMB Apply, boleh dapatkan dari Google Play atau App Store. sila cari dan install app tu dalam telefon Anda.
  2. Lepas dah install, bukalah app tu. sila klik je pada Open a New Account dan isi butiran peribadi Anda kat situ.
  3. Bila dah isi butiran peribadi, Anda akan diminta untuk scan MyKad Anda. Pastikan Anda aktifkan fungsi pengecaman wajah tu untuk sahkan identiti Anda.
  4. Sila isi je borang e-form yang ada dalam app tu. Isi dengan betul ya.
  5. Lepas Anda isi borang, Anda kena buat pemindahan minimum RM20 dari akaun peribadi Anda dalam bank lain ke akaun CIMB OctoSavers tu.
  6. Last but not least, Anda kena cipta akaun CIMB Clicks. sila ikut je arahan yang ada dalam app tu untuk buat akaun Clicks.
  7. Dalam masa 7-14 hari kad ATM akan dihantar ke alamat rumah

Tu je langkah-langkah mudah nak buka akaun CIMB OctoSavers. Jangan takut, semua boleh buat dalam telefon pintar Anda je.

Pengaktifkan Kad Debit CIMB

Selepas Anda mendapatkan kad debit ATM, langkah seterusnya adalah aktifkan kad debit CIMB.

  1. Untuk pelanggan baharu CIMB, muat turun dan lancarkan aplikasi CIMB Clicks
  2. Untuk pelanggan CIMB yang sedia ada, log masuk ke laman CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my
  3. Log masuk ke CIMB Clicks dengan Clicks ID/Username yang didaftarkan.
  4. Klik Yes, activate now pada skrin yang tertera atau pergi ke My Account di bawah Current/Savings klik Activate Card
  5. Masukkan nombor 16 digit kad debit Anda
  6. Ciptakan nombor PIN kad Debit 6-digit Anda dan masukkan semula nombor PIN kad Debit 6-digit Anda
  7. Request dan masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS ke nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan

Nota: Bagi pemegang akaun yang memohon melalui CIMB Clicks, kad debit octo mungkin tidak akan dikeluarkan dan kad debit yang sedia ada boleh dipautkan dengan Akaun Simpanan-i Octosavers melalui CIMB Clicks.

Cara Buka Akaun CIMB di Cawangan

Jika Anda membuka akaun di kaunter CIMB, Anda boleh dapatkan kad debit serta merta dan boleh mohon untuk daftarkan CIMB Clicks.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan CIMB terdekat dengan membawa syarat dan dokumen.
  2. Ambil no giliran
  3. Jika no giliran Anda dipanggil, bagitahu pegawai CIMB bahawa Anda mahu buka akaun bank baru
  4. Anda akan diminta dokumen dan wang deposit untuk pembukaan akaun.
  5. Isikan borang yang diberikan oleh pegawai dan serahkan kepada pegawai bank.
  6. Selepas itu Anda perlu buat PIN untuk kad debit
  7. Selesai

Syarat Kelayakan Buka Akaun CIMB

Untuk membuka akaun di CIMB bank, Anda perlu sediakan beberapa syarat. Sila bawa syarat di bawah ini jika Anda ingin membuka akaun di cawangan bank CIMB.

Syarat Buka Akaun CIMB Warganegara Malaysia

Bagi Anda warganegara mesti sediakan kelayakan dan dokumen di bawah ini.

  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sahaja
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
  • Membawa Wang RM250

Syarat Buka Akaun CIMB Warga Asing

Warga asing boleh membuka akaun bank CIMB dengan menyediakan syarat berikut.

  • Mempunyai PR (Permanent Residence)
  • Permit bekerja (majikan juga perlu mempunyai akaun di CIMB Bank)
  • Serta penuntut yang masih belajar di Malaysia boleh membuka akaun di CIMB Bank.
  • Passport
  • Membawa Wang
  • RM250

Jika permit kerja dah mati, sila ke cawangan CIMB yang terdekat pada waktu perbankan CIMB dengan membawa passport serta dokumen rasmi yang lain (seperti visa, permit dan sebagainya) untuk pengesahan dan pembukaan akaun dan kelulusan pembukaan akaun adalah bergantung kepada pihak Bank.

Bagi khidmat nasihat lanjut, sila ke cawangan CIMB Bank berdekatan Anda dan pegawai CIMB akan membantu Anda dengan lebih lanjut.

Sila maklum bahawa kelulusan pembukaan akaun adalah bergantung kepada pihak Bank. Untuk pembukaan akaun, sila ke cawangan CIMB yang terdekat pada waktu perbankan CIMB dengan membawa passport serta dokumen rasmi yang lain (seperti visa, permit dan sebagainya) untuk pengesahan dan pembukaan akaun.

Jenis Akaun CIMB

Berikut adalah senarai produk akaun simpanan CIMB.

  • Akaun Simpanan-i OctoSavers
  • Akaun Simpanan PETRONAS
  • Akaun Simpanan EcoSave-i
  • Akaun AirAsia Savers
  • Akaun Simpanan-i Plus
  • Akaun Junior Savers
  • Akaun Junior Savers-i
  • Akaun YOUth Savers
  • Akaun YOUth Savers-i
  • Akaun Simpanan Senior
  • Akaun Simpanan Senior-i
  • Akaun Simpanan
  • Akaun Simpanan Asas
  • Akaun Simpanan Asas-i
  • Akaun Simpanan Asas Senior
  • Akaun Simpanan Asas Senior-i
  • Akaun Simpanan-i Preferred

Maklumat Lanjut

Anda boleh menghubungi CIMB Bank melalui saluran-saluran berikut:

Hubungi di talian

  • Pusat Panggilan Pengguna Beroperasi 24 jam +60362047788
  • Pusat Panggilan Preferred Beroperasi 24 jam  1300885300 (tempatan) dan +60322956888 (Luar Negara)

Alamat surat-menyurat CIMB

CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad
Unit Resolusi Pelanggan (CRU)
P.O. Box 10338
GPO Kuala Lumpur
50710 Wilayah Persekutuan

Semoga perkongsian diatas mengenai cara buka akaun bank CIMB boleh membantu Anda.