Cara Buka Akaun Bank Rakyat Online BRICK Walk-in

Posted on

Macam mana cara buka akaun Bank Rakyat secara online dan walk-in? Sekiranya Anda ingin membuka akaun Bank Rakyat, Anda dapat membuat permohonan secara online atau melalui cawangan bank terdekat.

Anda mesti menyediakan dokumen yang diperlukan ketika akan membuat akaun Bank Rakyat baru.

Berikut aku kongsikan maklumat cara buka Bank Rakyat dan syarat kelayakan permohonan pembukaan akaun online.

Cara Buka Akaun Bank Rakyat
Cara Buka Akaun Bank Rakyat

Cara Buka Akaun Bank Rakyat Online

Sekarang membuka akaun Bank Rakyat boleh dilakukan secara online, berikut langkah-langkahnya:

  1. Layari laman web https://www.bankrakyat.com.my
  2. Pilih Produk Peribadi > Simpanan
  3. Klik butang Mohon Sekarang.
  4. Masukkan maklumat peribadi Anda pada borang tersebut.
  5. Selepas isi borang tersebut, Anda hanya perlu tunggu pihak Bank Rakyat hubungi Anda.

Namun langkah ini perlukan masa lebih sebab Anda tak boleh dapatkan serta merta kad ATM, perlu tunggu hari bekerja.

Cara Buka Akaun Bank Rakyat Guna BRICK

Anda juga boleh buat acc bank online dengan langkah-langkah berikut:

  1. Buka pelayar internet Anda dan layari https://brick.bankrakyat.com.my
  2. Pilih opsyen Savings-i pada laman web tersebut.
  3. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, slip gaji, atau dokumen lain yang diminta.
  5. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
  6. Selepas permohonan lengkap, perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk tujuan pengesahan identiti.
  7. Proses ini boleh dilakukan di mana-mana daripada 148 cawangan Bank Rakyat yang terdapat di seluruh negara.
  8. Selepas pengesahan identiti selesai, akaun Bank Rakyat Anda akan aktif dan boleh digunakan untuk urusan perbankan secara dalam talian.

Cara Buka Akaun Bank Rakyat di Cawangan

Sebelum pergi ke bank, pastikan Anda telah membawa dokumen dan syarat yang diperlukan.

  1. Kunjungi cawangan bank terdekat dengan membawa syarat dan dokumen.
  2. Ambil nombor giliran
  3. Sekiranya nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai Bank Rakyat bahawa Anda mahu buka akaun Bank Rakyat baru
  4. Anda akan di minta dokumen dan wang deposit untuk pembukaan akaun.
  5. Pegawai bank akan berikan borang, isikan borang tersebut dan serahkan kepada pegawai bank.
  6. Anda akan diberikan kad debit/ATM
  7. Selepas itu Anda perlu buat PIN untuk kad ATM
  8. Selesai

Tidak diperlukan temujanji Bank Rakyat terlebih dahulu untuk pembukaan akaun baru.

Syarat Buka Akaun Bank Rakyat

Berikut adalah senarai syarat yang mesti Anda sediakan.

  • Surat pengesahan majikan (optional)
  • IC Original
  • Bil telefon/bil elektrik

Untuk pembukaan akaun Bank Rakyat minimum deposit ialah RM20 dan RM8 untuk permohonan kad debit-i. Permohonan pembukaan akaun adalah tertakluk kepada semakan dan budi bicara pihak cawangan. Sila hadir ke cawangan terdekat untuk bantuan lanjut.

Anda perlu bawa surat daripada majikan untuk memudahkan proses pembukaan akaun baru. Namun, keperluan dokumen tambahan adalah bergantung kepada pihak cawangan. Mohon merujuk dengan cawangan terlebih dahulu.

Jenis Akaun

Berikut adalah beberapa jenis akaun Bank Rakyat

  • Akaun Simpanan-i
  • Akaun Simpanan-i Tabung Haji
  • Akaun Simpanan-i Untuk Ibadah Umrah
  • Akaun Deposit-i Berjangka
  • Akaun Semasa-i Elektronik (ECA-i)

Syarat Buka Akaun Bank Rakyat Untuk Warga Negara Malaysia

Anda perlu bawa syarat dan dokumen berikut apabila Anda warga Malaysia.

  • IC/Kad Pengenalan
  • Wang
  • Bil telefon terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Bil Elektrik

Syarat Buka Akaun Bank Rakyat Untuk Warga Asing

Sekiranya Anda bukan warga negara Malaysia dan ingin buka akaun Bank Rakyat, sila bawa dokumen berikut:

  • Bil ultiliti (bil air/bil elektrik)
  • Visa dan Pasport belum tamat tempoh.
  • Bekerja di Malaysia.
  • Surat pengesahan majikan.
  • Alamat tetap.

Waktu Operasi Bank Rakyat

Sekiranya Anda mahu berurusan dengan Bank Rakyat, berikut adalah masa operasi Bank Rakyat:

  • Isnin – Khamis: 9:15AM – 2:00PM
  • Jumaat: 9:15AM – 2:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang sering di tanyakan.

1. Saya tidak bekerja, boleh ke saya buka akaun simpanan?

Individu yang tidak bekerja boleh membuka Akaun Simpanan-i. Antara dokumen yang diperlukan bagi pembukaan akaun simpanan adalah:

  • MyKad DAN
  • Penyata Bil Telefon Bimbit ATAU
  • Pengesahan No. Telefon Bimbit DAN
  • Penyata akaun (bank luar) ATAU
  • Pengesahan akaun (bank luar) ATAU
  • Bil Utiliti semasa (Elektrik/Air/Internet/Telefon Talian Tetap)
  • Bil utiliti rumah sewa

2. Saya berkerja Dan ada akaun yg dahulu tetapi tak aktif ,sekarang nak buka buku baru boleh ke dan berapa kena bayar?

Boleh. Minimum deposit iaitu RM20 dan RM8 untuk permohonan kad debit-i.

3. Kad ATM Bank Rakyat boleh guna di mana-mana bank atau di Bank Rakyat sahaja?

Kad debit-i Bank Rakyat boleh digunakan di mana-mana mesin ATM.

4. Sekarang buka acc Bank Rakyat tidak ada buku lagi kan?

Pembukaan akaun adalah tanpa buku.

Maklumat Lanjut

Bank Rakyat menyediakan pelbagai saluran untuk pelanggan menyatakan pandangan, pertanyaan atau aduan masing-masing.

  • No telefon 1-300-80-5454
  • Talian Antarabangsa 03-55269000
  • Email: telerakyat@bankrakyat.com.my
  • enquiries.bankrakyat.com.my
  • www.facebook.com/myBANKRAKYAT
  • www.twitter.com/myBANKRAKYAT

Waktu Operasi khidmat pelanggan

  • 7:30 pagi hingga 9:30 malam Talian dibuka untuk semua pertanyaan
  • 9:30 malam hingga 7:30 pagi Talian dibuka terhad untuk menyemak status permohonan, urusan perbankan internet dan melaporkan kehilangan kad