Ramai yang minta aku kongsi cara nak bukak akaun Agrobank. Pembukaan akaun Agrobank ni penting tau, especially kalau Anda ni petani atau usahawan dalam bidang pertanian. Agrobank ni memang best sebab dia fokus betul-betul dalam urusan agrikultur.
Tapi, tahu tak, kadang-kadang bila nak bukak akaun Agrobank, rasa macam ala-ala kelam-kabut sikit. Paperwork banyak, prosedur pulak nampak cam serabut. Jadi, aku nak bantu Anda guide cara buat akaun Agrobank tanpa pening kepala.
Pertama sekali, Anda kena prepare semua dokumen-dokumen penting macam IC dan wang deposit. Lepas tu, bolehlah datang ke cawangan Agrobank yang berdekatan. Jangan malu-malu, staff diorang memang mesra pelanggan. Atau Anda juga boleh membuka akaun Agrobank secara online.
Cara Buka Akaun Agrobank Online
Berikut merupakan langkah-langkah cara pembukaan akaun Agrobank online.
- Pertama sekali, sila buka laman website https://www.agrobank.com.my
- Klik Online Account Opening.
- Sila baca kelayakan untuk pembukaan akaun Ambank. Jika dah baca, klik Apply Now.
- Sila masukkan data asas atau maklumat peribadi Anda, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul. Klik Submit.
- Bila Anda dah tekan butang submit, pada paparan seterusnya Anda akan ada 4 step yang mesti Anda selesaikan.
- Type of Customer: Pilih New Agrobank.
- I Choose Nearest Agrobank Branches: Sila pilih dekat mana cawangan Agrobank mana yang Anda nak hadir apabila Anda dah buat step nih.
- Type of Account: Pilih Individual
- Purpose of Account Opening: Pilih Saving
- Savings Account: Pilih AgroPerdana-i (APi)
- Klik Next.
- Step yang seterusnya adalah Personal Information, sila isikan data peribadi Anda dengan betul. Klik Next.
- Do you like to apply Agro Visa Debit Card-i? Sila pilih Yes untuk dapatkan kad debit.
- Pada bahagian FATCA, sila pilih No.
- Sila baca Self Declaration, kemudian pada bahagian AQAD Statement sila tick atau tandakan √
- Pada bahagian Our Terms and Conditions, sila tick atau tandakan √, kemudian klik Next.
- Pada step terakhir, sila bayar initial deposit kepada Agrobank melalui online banking.
- Bank Information, sila isikan dengan lengkap dan betul. Tujuan dari maklumat ini adalah untuk pulang balik intial deposit.
- Klik Pay.
- Nanti buku dan kad debit datang ambil di cawangan yang Anda pilih.
- Anda akan menerima SMS notifikasi untuk hadir ke cawangan Agrobank yang dipilih dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Sila bawa MyKad, resit bayaran dan bil utiliti (sekiranya alamat tempat tinggal tidak sama seperti Mykad) untuk tujuan pengesahan dan pengaktifan akaun.
Syarat-syarat
Sebelum start, pastikan Anda layak ikut syarat ni:
- Anda kena jadi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Pastikan ada nombor telefon bimbit dan email yang aktif. Alamat rumah tetap kena kat Malaysia.
- Memang sorry la, kalau Anda bukan warganegara Malaysia, tak boleh apply online. Ini khas untuk kita orang Malaysia je.
Jenis Akaun
Agrobank ada pelbagai akaun:
- Akaun Simpanan/Giro
- i) AgroTani-i PLUS: Hanya RM50.00 untuk mula!
- ii) Agro Perdana-i (Qard): Akaun Penyata, kena letak RM100.00.
- Deposit Berjangka
- Agro PrimaS: Akaun Penyata, deposit minimum RM500.00.
- Keahlian Sahabat Agro
- Buka dua jenis akaun di atas.
- Kena bayar deposit permulaan time apply online.
Kalau Anda ada soalan lagi, call la Pusat Panggilan Agrobank kat 1 300 88 2476 (AGRO). Dorang memang sporting nak jawab.
So, Anda jangan risau sangat. Follow je langkah ni, pasti boleh buka akaun Agrobank tanpa pening kepala.
Pembukaan Akaun Agrobank di Cawangan
Sekiranya rumah Anda berdekatan dengan cawangan Agrobank, Anda boleh membuka akaun di cawangan Agrobank tersebut. Sila ikuti langkah di bawah ini.
- Pergi ke cawangan Agrobank terdekat, sila untuk membawa kad pengenalan dan duit untuk deposit.
- Beritahu pegawai/guard bank bahawa Anda ingin buka akaun Agrobank.
- Ambil nombor giliran.
- Apabila nombor giliran Anda dipanggil, pegawai bank akan minta kad pengenalan dan syarat yang diperlukan.
- Selepas itu, Anda perlu isikan borang yang diberikan oleh pegawai bank, bagi balik borang tersebut setelah Anda lengkapkan kepada pegawai bank.
- Pegawai bank akan minta untuk bank in atau deposit untuk pembukaan akaun.
- Buku dan kad debit akan diberikan selepas Anda selesaikan bank in atau deposit.
- Selesai.
Lepas Anda berjaya bukak akaun Agrobank, jangan lupa daftar AGROnet, tau. AGROnet ni macam portal perbankan yang buat hidup Anda senang. Boleh buat urusan bank online, tak payah nak beratur panjang-panjang kat kaunter.
Anda boleh check baki akaun, buat bayaran bil, transfer duit, semua benda boleh settle online je. Takde la penat nak ke bank tiap kali nak buat benda kecik. Aku sendiri dah try, memang smooth je. Best lagi, Anda boleh buat semua ni dari mana-mana je, asalkan ada internet. Jadi, kalau Anda jenis yang busy atau malas nak gerak keluar, AGROnet ni memang jimat masa habis!
Caranya senang je. follow je langkah-langkah dalam artikel cara daftar Agrobank online. Kalau ada masalah, jangan segan-segan la call customer service diorang. Dorang memang friendly, tolong sampai settle.