Macam mana cara menukar kad Maybank lama dengan yang baru dan apa yang perlu dilakukan? Tidak perlu risau, kami akan kongsikan cara menukar kad ATM Maybank lama dengan yang baru, artikel ini boleh Anda jadikan rujukan.
Cara tukar kad ATM Maybank ramai dicari. Kerana, ramai pelanggan Maybank yang mengalami masalah seperti kad hilang Maybank, kad Maybank tamat tempoh dan kad Maybank rosak.
Bagi Anda yang ingin buat kad Maybank baru dan ingin mengetahui harga buat kad debit baru Maybank, Anda boleh ikuti step dalam artikel ini.
Cara Buat Kad Maybank Online
Sekiranya Anda ingin buat kad Maybank baru, Anda boleh ikuti langkah berikut:
- Login Maybank2u Anda.
- Pilih Settings
- Klik Cards
- Di bawah Manage Debit Cards, pergi ke bahagian Debit Card – Replace, Activate & Block dan pilih Replace Card.
- Klik titik tiga, kemudian pilih Replace Card.
- Sila isi alamat rumah Anda untuk penghantaran kad. Pastikan alamat rumah Anda betul, setelah itu klik tick Terms & Conditions. Klik butang Replace Card.
- Seterusnya Anda perlu request TAC, masukkan kod TAC yang Anda terima pada ruangan yang disediakan.
- Tahniah, Anda berjaya buat kad Maybank baru. Anda akan dapatkan kad baru dalam tempoh 9 hari berkerja dari tarikh permohonan.
Cara Aktifkan Kad Maybank Baru Online
Setelah Anda dapatkan kad Maybank baru, Anda perlu aktifkan kad tersebut melalui Maybank2u. Ingat, Anda kena aktifkan kad tersebut dalam tempoh 90 hari.
Step cara aktifkan kad debit Maybank secara online:
- Login Maybank2u Anda.
- Klik Settings
- Klik Cards
- Klik Debit Card – Replace, Activate & Block
- Klik Activate.
- Selesai.
Cara Tukar Kad Maybank di Kiosk
Sekiranya Anda tak ingin beratur panjang di cawangan Maybank, penukaran kad Maybank boleh di buat melalui mesin Kiosk.
Sila bawa kad pengenalan Anda, lalu ikuti langkah di bawah ini:
- Kunjungi mesin Kiosk Maybank yang berhampiran Anda.
- Setelah itu pada mesin Kiosk, sila pilih bahasa yang Anda inginkan.
- Pilih jenis kad bank baru yang Anda ingin inginkan.
- Masukkan kad pengenalan Anda ke ruang yang disediakan.
- Imbas cap jari Anda pada pengimbas Kiosk.
- Tunggu kad baru keluar dari mesin Kiosk.
- Sila aktifkan kad baru tersebut dengan cara diatas.
Cara tukar kad Maybank di Kiosk ini lebih mudah dan praktikal.
Cara Tukar Kad ATM Maybank di Cawangan
Cara konvensional yang boleh digunakan untuk membuat kad Maybank adalah dengan mengunjungi cawangan Maybank yang berhampiran.
Cara ini masih menjadi alternatif kepada pelanggan yang ingin menggantikan atau buat kad ATM peribadi mereka.
- Kunjungi cawangan Maybank terdekat dan bawa dokumen yang diperlukan serta bayaran penggantian kad.
- Ambil nombor giliran dan tunggu giliran Anda.
- Beritahu customer service tentang keperluan Anda untuk buat kad ATM Maybank baru. Staff akan membantu Anda proses permohonan pertukaran/buat kad baru.
- Sila aktifkan kad tersebut agar Anda boleh membuat urus niaga
- Selesai.
Harga Buat Kad Maybank Baru
Pada masa ini, harga penggantian kad baru adalah RM12 untuk buat kad online ataupun di cawangan.
Jika Anda mempunyai soalan yang lebih spesifik, Anda boleh terus bertanya kepada khidmat pelanggan Maybank.
Kami juga akan cuba mengemaskini artikel ini, setiap kali ada kemas kini dari Maybank.