Bayar hutang Singer memang satu perkara yang semua orang tak boleh elak. Kalau terlepas bayar, boleh kena caj lewat yang buatkan jumlah hutang makin bertambah.
Ramai juga yang tak tahu ada banyak cara mudah untuk bayar hutang ni, dan masih bergantung kepada kaedah lama yang memakan masa dan tenaga.
Anda boleh bayar melalui online, ATM, kedai, atau CDM (Cash Deposit Machine). Dengan pilihan yang banyak ni, anda boleh pilih cara yang paling sesuai dengan rutin harian anda.
Tak perlu lagi risau tentang terlambat bayar atau beratur panjang di kaunter. Jom akaunbankonline.com tunjukkan langkah untuk bayar hutang Singer.
1. Internet Banking
Internet Banking memang cara paling mudah dan cepat nak bayar hutang Singer. Berikut beberapa cara yang boleh guna:
a. JOMPAY
JOMPAY ni perkhidmatan bayar bil nasional yang senang. Berikut langkah-langkah bayar guna JOMPAY:
- Log masuk ke akaun internet banking Anda.
- Pilih JOMPAY.
- Masukkan kod Biller 86652 dan Nombor Akaun yang ada kat bil Singer Anda.
- Masukkan jumlah bayaran yang Anda nak buat.
- Sahkan butiran pembayaran dan tekan Make a Payment.
- Simpan resit untuk rujukan.
b. Online Transfer
Selain tu, boleh juga guna pemindahan dalam talian untuk bayar hutang Singer. Kami tunjukan cara bayar bil Singer guna M2U/MAE dan CIMB Clicks.
- Log masuk ke akaun bank dalam talian Anda.
- Pilih Bill Payment atau Pay Bills.
- Pilih biller name Singer (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Masukkan nombor akaun Singer dan jumlah pembayaran.
- Sahkan butiran dan lengkapkan transaksi.
2. Cash Deposit Machine (CDM)
Mesin Deposit Tunai (CDM) ni membolehkan Anda bayar secara tunai tanpa perlu pergi kaunter bank. Ni langkah-langkah bayar bil Singer guna CDM Maybank:
- Kunjungi CDM terdekat.
- Pilih Bayaran Tunai pada skrin utama.
- Pilih Bayaran Pinjaman / Kredit.
- Masukkan kod pembayaran 008.
- Masukkan nombor akaun pinjaman Singer Anda.
- Masukkan nombor telefon, tekan YA.
- Sahkan bayaran, tekan YA.
- Masukkan wang tunai ke dalam mesin.
- Sahkan jumlah yang dipaparkan dan lengkapkan transaksi.
- Ambil resit, selesai.
3. Auto Deduction
Auto deduction ni cara bayaran automatik dari akaun bank Anda pada tarikh yang ditetapkan. So, memastikan bayaran Anda tak terlepas. Untuk aktifkan auto deduction:
- Buka laman e-Mandate Singer.
- Isi borang kebenaran auto deduction dengan butiran akaun bank.
- Hubungi hotline 1300888288 untuk pengesahan atau untuk dapatkan bantuan.
4. Cash / Instalment Payment di Kedai
Anda juga boleh bayar secara tunai atau ansuran di kedai Singer. Ini pilihan bagus bagi yang suka berurusan secara langsung. Langkah-langkahnya termasuk:
- Kunjungi mana-mana cawangan kedai Singer.
- Bawa bil atau penyata hutang Anda.
- Buat pembayaran secara tunai atau pilih pelan ansuran yang sesuai.
- Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran.
5. Mobile Payment Singer App
Pembayaran mudah alih semakin popular sekarang. Dengan app Singer, Anda boleh buat pembayaran di mana sahaja dan bila-bila masa.
- Muat turun Singer App di Playstore atau App Store.
- Log masuk ke akaun Anda.
- Pilih Payments.
- Lengkapkan maklumat pembayaran seperti Account No, Amount, Name, No Telefon dan Emel Anda.
- Sahkan butiran dan lengkapkan pembayaran.
Ada banyak cara untuk bayar hutang Singer, setiap cara ada kelebihan tersendiri, ikut keselesaan dan kemudahan Anda ye.