Ramai yang bertanya macam mana cara batalkan IBG transfer BSN? Pemindahan IBG biasanya boleh dibuat pada waktu kerja bank, iaitu Isnin-Jumaat, hari cuti tak boleh sebab wang akan masuk akaun penerima pada hari bekerja berikutnya.
Waktu operasi mungkin berbeza untuk setiap bank, jadi pastikan Anda menyemak waktu operasi BSN sebelum membuat pemindahan IBG. Jika Anda menggunakan perbankan internet MyBSN, Anda boleh membuat pemindahan IBG pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Walau bagaimanapun, jika Anda membuat pemindahan melalui kaunter di cawangan BSN, Anda mesti mengikut waktu operasi bank.
Tutorial IBG Melalui MyBSN
Berikut adalah langkah-langkah bagi urusan pemindahan wang melalui perbankan internet myBSN kepada bank lain.
- Log masuk ke MyBSN.
- Klik menu Transfer.
- Klik menu bagi urusan IBG Interbank Giro.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Menu Transaction Type : Pastikan Anda memilih Fund Transfer (Sekiranya urusan pemindahan wang ke akaun bank).
- Klik Request TAC.
- Masukkan nombor kod TAC melalui kotak yang disediakan.
- Klik menu Confirm.
- Selesai.
Cara Buat Pemindahan IBG di Kaunter BSN
Selain melalui MyBSN, Anda boleh membuat pemindahan IBG melalui kaunter BSN. Berikut langkah-langkah membuat IBG transfer di kaunter BSN:
- Pergi ke mana-mana kaunter BSN, isi borang IBG dan pastikan yang Anda mengisi nombor akaun penerima yang betul.
- Serahkan borang Anda kepada Juruwang.
- Untuk keselamatan tambahan, kami mengesyorkan agar Anda menghubungi penerima untuk mengesahkan bahawa dana telah dipindahkan.
Selepas Anda membuat pemindahan IBG, pihak BSN akan memaklumkan kepada Anda jika sebarang pemindahan wang ditolak melalui Transaksi Gagal. Anda boleh semak rekod transaksi myBSN Anda selepas tiga (3) hari bekerja, sila lihat jadual IBG transfer BSN.
Bagi pindahan Interbank GIRO yang tidak succesfull pada hari yang sama pada jam 5:00 petang, Anda akan menerima dana pada hari berikutnya pada jam 11:00 pagi, dalam keadaan yang biasa.
Lepas tu pemindahan akaun yang tidak berjaya akan dikreditkan ke akaun penghantar.
Fi Transaksi IBG
Saluran | Caj Perkhidmatan | Had |
ATM | RM0.10 | Sehingga RM50,000 (Had Gabungan) |
Kaunter | RM2.00 | Sehingga RM1 Juta (Had Gabungan dengan IBFT) |
Perbankan Internet | RM0.10 | Sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi |
Cara Batalkan IBG Transfer BSN
Untuk membatalkan IBG transfer BSN, Anda perlu menghubungi BSN serta-merta selepas membuat pemindahan. Jika pemindahan belum diproses oleh bank, BSN boleh membatalkannya untuk Anda.
Walau bagaimanapun, jika pemindahan telah diproses atau succesfull, Anda tidak boleh membatalkan IBG transfer yang telah Anda lakukan. Pemindahan tunai yang tidak berjaya dalam tempoh satu tahun akan dihantar ke Pungutan Wang Tak Dituntut.
Nasihat terbaik ialah sentiasa menyemak dan memastikan Anda memasukkan maklumat nombor akaun yang betul sebelum membuat pemindahan IBG.