Cara Batalkan Auto Debit Maybank Secara Online

Posted on

Auto Debit Maybank adalah satu sistem pembayaran bulanan yang membolehkan Anda membuat pembayaran secara automatik kepada pihak penerima yang telah ditentukan.

Walaupun ia memberikan kemudahan kepada pengguna, mungkin pengguna nak batalkan Auto debit Maybank tersebut. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada Anda bagaimana untuk membatalkan Auto Debit Maybank dengan mudah.

Cara Batalkan Auto Debit Maybank
Cara Batalkan Auto Debit Maybank

Maksud Auto Debit Maybank

Auto Debit Maybank adalah sistem pembayaran automatik yang membenarkan pelanggan Maybank untuk membayar bil-bil seperti bil elektrik, bil air, bil telefon, UNHCR, NKF, EGBT, WWF, bil telefon ataupun apa sahaja secara automatik setiap bulan dengan mudah dan pantas.

Tentu sahaja ni adalah cara yang baik untuk mengelakkan terlepas bayaran atau melupakan tarikh bayaran.

Kelebihan Auto Debit

Kelebihan Auto Debit Maybank adalah:

  • Pembayaran bil yang cepat dan mudah, tanpa perlu risau terlepas tarikh bayaran.
  • Anda boleh menetapkan jadual pembayaran yang sesuai dengan keperluan Anda.
  • Anda boleh menukar atau membatalkan pembayaran pada bila-bila masa.
  • Anda akan menerima pengesahan pembayaran melalui e-mel atau SMS.

Keburukan Auto Debit

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa keburukan Auto Debit Maybank:

  • Anda perlu pastikan baki dalam akaun Maybank Anda cukup untuk pembayaran bil yang ditetapkan.
  • Anda perlu pastikan maklumat yang diberikan kepada Maybank adalah betul dan sah.
  • Anda perlu pastikan Anda mempunyai cukup wang di dalam akaun Anda untuk mengelakkan kos/denda.

Cara Batalkan Auto Debit Maybank

Untuk makluman, lazimnya cancel Auto Debit Maybank boleh dilakukan menerusi atas talian dengan perkhidmatan Maybank Phone Banking bagi pemegang akaun Maybank atau melalui Maybank customer service chat.

Kami sarankan Anda untuk mendapatkan perkhidmatan Maybank Phone Banking menerusi ATM Maybank terlebih dahulu. Langkah pengaktifan Maybank Phone Banking adalah seperti berikut:

  1. Masukkan kad ATM dan PIN.
  2. Pilih Maybank Phone Banking.
  3. Pilih Permohonan Maybank Phone Banking.
  4. Buat 6 digit PIN pilihan Anda.

Setelah Anda mendapatkan 6 digit PIN untuk Maybank Phone Banking, Anda boleh terus merujuk kepada Pegawai Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1300886688 atau 60378443696.

Secara alternatif, Anda juga boleh PM (Private Message) nama penuh dan nombor telefon Anda kepada Facebook Maybank (https://www.facebook.com/Maybank) untuk bantuan lanjut.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat untuk Anda.