Buat masa ini, membuat transaksi seperti transfer wang tidak perlu kena pergi ke cawangan bank. Hanya melalui ATM, CDM atau CIMB Clicks, Anda boleh menerima atau menghantar wang dengan cepat.
Tak perlu beratur, tak perlu tunggu lama, boleh layan diri sendiri untuk transfer, keluarkan tunai, atau deposit tunai.
Selepas Anda mengetahui maklumat tentang cara bank in duit CIMB, mengeluarkan wang tunai, dan banyak lagi, Anda tidak perlu lagi berlama-lama di bank.
Apa Itu Bank In Duit?
Bank in atau deposit tunai ialah aktiviti memasukkan wang tunai ke dalam akaun. Mesin CDM (Cash Deposit Machine) CIMB mempunyai fungsi deposit tunai supaya Anda boleh memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Anda dengan cepat tanpa perlu isikan borang slip deposit dan beratur panjang di kaunter cawangan bank.
Terdapat dua pilihan apabila Anda menggunakan fungsi deposit tunai CIMB iaitu deposit ke akaun peribadi atau deposit ke akaun bank lain. Jika Anda memilih akaun sendiri, maka Anda boleh mendepositkan wang tunai untuk menjadi baki dalam akaun Anda sendiri. Sementara itu, jika Anda memilih akaun bank lain, maka Anda mesti mempunyai maklumat nombor akaun penerima.
Fungsi deposit ini sangat praktikal dan pastinya memudahkan pelanggan. Jika Anda mempunyai wang tunai yang ingin Anda masukkan ke dalam akaun simpanan Anda, Anda hanya perlu mendepositkannya melalui CDM CIMB.
Cara Bank In Duit CIMB Melalui CDM
Berikut adalah langkah-langkah cara bank duit CIMB melalui CDM.
- Kunjungi cawangan CIMB ataupun mesin CDM terdekat.
- Sila tekan mana-mana butang untuk aktifkan mesin CDM
- Kemudian, sila pilih bahasa (Bahasa Malaysia / English), untuk memudahkan sila pilih Bahasa Malaysia.
- Lepas tu sila pilih Akaun Bank / Kad Kredit.
- Masukkan nombor akaun tujuan atau penerima, tekan YA jika dah betul.
- Skrin CDM akan memaparkan Nombor Akaun dan Nama Penuh Penerima duit.
- Slot mesin CDM akan dibuka, sila masukkan duit yang ingin Anda deposit.
- Pilih Teruskan, selepas itu duit Anda akan diproses.
- Skrin akan memaparkan jumlah duit, tekan Terima/YA jika betul. Sekiranya salah tekan BATAL.
- Apabila Anda ingin menambah lagi duit deposit, tekan Penambahan Tunai.
- Secara automatik mesin CDM akan cetak resit transaksi berjaya.
Cara Bank In Duit CIMB Melalui Kaunter
Selain mendepositkan wang tunai di CDM, Anda juga boleh mendepositkan wang melalui juruwang/teller. Jika Anda menggunakan kaedah ini, maka Anda perlu pergi ke cawangan bank CIMB yang berhampiran.
Namun, jangan risau kerana pegawai bank akan membantu Anda. Berikut adalah cara untuk deposit wang tunai melalui kaunter.
- Beritahu staff atau pegawai bank bahawa Anda ingin deposit tunai, pegawai bank membantu Anda untuk mengisi borang slip deposit.
- Isikan borang deposit dengan betul.
- Tunggu dan beratur sebentar sehingga pegawai memanggil nombor giliran Anda.
- Serahkan borang slip deposit dan serahkan wang Anda.
- Selesai, Anda akan diberi bukti resit deposit oleh pegawai.
Untuk memudahkan urusan transfer, pembayaran atau check baki CIMB, kami nasihatkan Anda untuk menggunakan perbankan internet CIMB Clicks.
CIMB Clicks adalah perkhidmatan internet banking yang disediakan oleh CIMB bagi memudahkan pelanggan melakukan transaksi secara cepat dan selamat. Sila baca cara daftar CIMB Clicks agar proses pendaftaran Anda berjaya.
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.