Memandangkan kemajuan teknologi hari ini, membuat deposit tunai, bank in atau masukkan duit ke akaun BSN menjadi lebih mudah. Anda tidak perlu penat beratur di hadapan teller/juruwang kerana deposit tunai boleh dilakukan melalui mesin ATM yang biasanya dikenali sebagai mesin CDM (Cash Deposit Machine).
Penggunaan mesin CDM ini sama seperti menggunakan mesin ATM secara umumnya iaitu sama seperti menggunakan kad ATM BSN untuk membuat deposit.
Perbezaan antara mesin CDM dan ATM secara umumnya ialah mesin ini bukan direka untuk mengeluarkan wang tetapi untuk memasukkan wang. Berikut adalah langkah-langkah untuk Anda yang ingin memasukkan wang tunai ke dalam akaun simpanan Anda sendiri:
Cara Bank In Duit BSN Melalui CDM
Ikuti cara Bank in Duit BSN melalui mesin CDM:
- Kunjungi CDM BSN yang berhampiran dengan Anda.
- Klik Skrin CDM.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Klik Deposit Tunai.
- Klik Akaun BSN.
- Masukkan Nombor Akaun BSN Anda.
- Klik Ya.
- Pastikan Nama dan Akaun Penerima betul.
- Masukkan Wang Tunai ke slot yang disediakan.
- Klik Teruskan.
- Pastikan Jumlah yang Anda masukkan betul.
- Klik Ya.
- Sila ambil resit transaksi Anda.
- Selesai.
Baca artikel lupa nombor akaun Bank BSN jika Anda tak ingat no akaun BSN Anda.
Cara Bank In Duit BSN Melalui Kaunter
Cara bank in duit kedua iaitu, Anda dapat melakukan penyimpanan wang melalui kaunter BSN:
- Lawati cawangan BSN yang terdekat.
- Maklumkan kepada pegawai bahawa Anda ingin menyimpan wang ke akaun Bank BSN Anda sendiri.
- Kemudian, isikan borang penyimpanan wang yang diberikan oleh BSN.
- Isikan borang tersebut beserta jumlah, nombor akaun yang ingin Anda Bank In Duit.
- Sserahkan borang penyimpanan wang serta wang Anda kepada pegawai bank.
- Dalam tempoh beberapa minit, pegawai akan maklumkan Anda bahawa wang telah dimasukkan ke akaun bank Anda.
- Selesai.
Cara Bank In Duit BSN Melalui Check
Anda juga dapat ikuti langkah-langkah cara Bank In Duit BSN melalui Cek:
- Selepas Anda mendapat cek, semak nama penuh Anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek tersebut adalah betul.
- Pastikan ejaan bayaran pada cek juga betul.
- Pastikan Anda yakin semuanya betul.
- Kemudian, Anda dapat menuliskan nama Anda pada bahagian belakang cek.
- Masukkan Nama Penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan juga.
- Isikan Nombor Akaun Bank Anda dan Nombor Handphone Anda pada bahagian belakang cek.
- Selepas itu, pergi ke cawangan BSN terdekat.
- Sila pergi ke mesin CDM. Ikuti arahan pada skrin CDM.
- Klik Deposit Cek.
- Masukkan Nombor Akaun yang tertera di belakang cek.
- Semak nama yang tertera pada skrin. Sekiranya sama, isikan jumlah cek (RM)
- Masukkan Cek tersebut pada slot yang disediakan.
- Tunggu beberapa saat, ambil resit Anda.
- Bank BSN akan mengambil masa beberapa hari untuk proses deposit Anda.
- Selesai
Masukkan Duit BSN ke Dalam Akaun BSN Secara Online
Own Fund Transfer
Jika Anda telah mempunyai akaun myBSN dan Anda mempunyai dua akaun BSN. Contohnya anda ada akaun BSN A dan akaun BSN B. Anda mahukan pindahkan sejumlah amaun duit dari akaun BSN A ke akaun BSN B. Anda boleh ikuti langkah berikut:
- Buka website https://www.mybsn.com.my.
- Klik butang Login. Pilih myBSN.
- Pada laman seterusnya, masukkan username.
- Sahkan gambar Security Image, sama ada yang terpapar adalah milik anda atau bukan.
- Masukkan password.
- Pada bahagian kiri laman dan klik butang Fund Transfer.
- Pilih Own Fund Transfer. Own Fund Transfer ini adalah pemindahan wang daripada akaun BSN Anda yang pertama kepada akaun BSN anda yang kedua.
- Pada ruang From Account, pilih nombor akaun yang anda ingin lakukan instant transfer anda.
- Pada ruang To Account, pilih akaun BSN kedua anda yang anda ingin terima wang tersebut.
- Pada ruang Amount (RM), masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.
- Pada Remarks, masukkan sebarang nota mengenai transaksi pindahan wang ini.
- Tekan Submit.
- Pada laman seterusnya, tertera kenyataan mengenai transaksi anda. Pada ruang From Account, tertera nombor akaun yang akan dipindahkan wangnya, manakala pada ruang To Account, tertera nombor akaun yang akan menerima wang tersebut.
- Tekan butang Confirm.
- Tekan butang Print Receipt untuk mencetak kenyataan transaksi ini, atau tekan butang Make Another Transfer untuk melakukan transaksi seterusnya.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang masalah/pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1-300-88-1900