Cara Atasi BSNSecure Code Expired Failed Approve

Posted on

Pengalaman aku ni pernah buat rasa tertekan bila nak buat transaksi guna BSNSecure so aku bagi maklumat ni di akaunbankonline.com, ketika itu aku tetiba dapat mesej Your Transaction Has Expired atau pengesahan transaksi failed masa nak buat pengesahan transaksi kat laman web MyBSN dan BSNSecure. Situasi ni, memang agak mengelirukan dan nak tahu apa langkah yang patut diambil.

Pertama sekali, aku try cari punca kenapa transaksi aku gagal ni. Aku macam blur, tak tahu sama ada BSNSecure yang buat hal ke aku yang terlupa buat apa-apa. Fikir-fikir, “Kenapa transaksi ni, tiba-tiba nak kena error pulak?”

Sebelum buat pengesahan transaksi MyBSN, aku dah baca balik dan fahami fungsi dan ciri dari Secure Verification, Secure TAC, dan SMS TAC.

BSNSecure Your Transaction Has Expired
BSNSecure Your Transaction Has Expired

Beza Secure Verification, Secure TAC, dan SMS TAC

Secure Verification, Secure TAC, dan SMS TAC adalah kaedah pengesahan keselamatan yang digunakan dalam perbankan internet myBSN.

Secure Verification

Apabila anda melakukan transaksi perbankan internet myBSN, notifikasi akan dihantar ke peranti mudah alih yang berdaftar anda.

Anda perlu menyentuh notifikasi tersebut untuk meluluskan atau menolak transaksi dalam tempoh 60 saat.

Ini adalah kaedah lalai untuk meluluskan transaksi perbankan internet myBSN.

Secure TAC

Jika tidak menerima notifikasi Secure Verification (mungkin disebabkan masalah sambungan), Secure TAC digunakan sebagai cara untuk meluluskan transaksi.

Sebuah nombor 6 digit Secure TAC akan dihasilkan di aplikasi BSNSecure. Nombor ini digunakan untuk meluluskan transaksi tertentu di perbankan internet myBSN.

Perlu diingat bahawa nombor ini akan muncul dan disegarkan setiap 60 saat.

SMS TAC

Sebuah kaedah pengesahan yang menghantar nombor pengesahan ke nombor mudah alih anda melalui SMS.

Dengan pelancaran aplikasi BSNSecure yang membawa Secure Verification (notifikasi sentuh) dan Secure TAC, pengesahan melalui SMS TAC akan dihentikan untuk beberapa perkhidmatan perbankan internet myBSN tertentu.

Jadi, secara ringkasnya, ini adalah cara-cara untuk memastikan bahawa transaksi perbankan internet anda selamat dan sah. Tempoh yang diberikan untuk pengesahan transaksi adalah 60 saat.

So, mungkin ni yang sebabkan mesej BSNSecure Your Transaction Has Expired tu keluar, lepas tu aku cuba buat transaksi balik dan buat pengesahan challenge code approve MyBSN dibawah 10 saat hasilnya berjaya.

Selain tu pastikan internet connections Anda stabil ye, sebab proses pengesahan kat MyBSN dan BSNSecure tu perlukan internet.

Tak Boleh Approve Pengesahan MyBSN

Bulan lepas aku berjaya selesaikan masalah transaksi pengesahan di BSNSecure dah approve tapi dekat website MyBSN transaksi tidak berjaya disebabkan masalah The system has encountered an error and was unable to process your request.

Kecewa betul bila aku sedar, sebab masalah ni berpunca dari aku punya akaun online banking yang dah lama sangat tak aktif. Aku mengaku, memang jarang bukak akaun online banking, mungkin ada beberapa update yang aku terlepas.

Masalah macam ni boleh terjadi disebabkan oleh online banking Anda dah lama tak aktif, tidak dikemas kini atau lain-lain masalah.

So, kalau Anda ada masalah seperti ini caranya Anda perlu call customer service BSN 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara) sediakan:

  • Nama Penuh
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Tempat Tinggal
  • Username Online Banking

Lepas tu pegawai berkenaan akan bagi tempoh 5 hingga 10 minit untuk pengemaskinian maklumat Anda. Selepas tempoh tu, Anda boleh cuba buat transaksi seperti biasa.

Langkah Pencegahan Untuk Masa Depan

Agar mengelakkan masalah serupa, anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Pastikan untuk log masuk ke akaun online banking anda secara berkala untuk memastikan ia sentiasa aktif.
  • Jangan lupa untuk sentiasa mengemaskini maklumat peribadi anda di dalam sistem online banking.
  • Simpan nombor customer service BSN di telefon anda. Ini boleh membantu anda dengan cepat apabila menghadapi sebarang masalah.

Pengalaman ni memang buat aku sedar yang dalam zaman digital ni, kena la jaga betul-betul pasal akaun online banking.

Aku harap pengalaman aku ni boleh jadi panduan Anda yang mungkin kena deal dengan masalah yang sama. Jangan segan nak call customer service kalau Anda ada masalah.

Diorang memang ada untuk bantu. Semoga cerita aku ni boleh bagi Anda satu idea nak elakkan masalah macam ni dalam urusan kewangan online Anda.