Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Posted on

Macam mana cara aktifkan semula akaun BSN yang sudah lama tidak digunakan dan kad ATM BSN disekat/hilang, apa perlu saya buat untuk mendapatkan semula akaun BSN saya?

Kes diatas boleh berlaku kepada sesiapa saja, jika Anda merupakan salah satu orang yang terkena masalah tersebut, jangan risau! Sebab kami akan kongsi cara dapatkan semula akaun BSN Anda.

Sila baca panduan dibawah untuk dapatkan semula akaun BSN Anda.

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Syarat Reactivate Akaun BSN

Berikut adalah syarat dan dokumen yang diperlukan untuk mengaktifkan semula akaun BSN:

  • IC atau Kad Pengenalan
  • Buku Bank
  • Duit RM20 (kos pentadbiran) jika ada
  • Kad ATM BSN

Cara Aktifkan Semula Akaun BSN

Untuk mengaktifkan semula akaun BSN, Anda mesti pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat dengan membawa syarat yang dinyatakan diatas.

  1. Setelah Anda berada di cawangan Bank BSN, bagi tahu pegawai bank bahawa Anda ingin aktifkan semula akaun bank BSN.
  2. Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti IC dan buku bank. Sekiranya Anda tidak membawa buku bank, proses aktifkan akaun bank masih boleh dilakukan.
  3. Sila tunggu beberapa 5 – 10 minit, pegawai bank akan aktifkan akaun BSN Anda.
  4. Sekarang akaun bank BSN Anda boleh digunakan semula.

Selama di bank, kami syorkan Anda untuk meminta info bagaimana cara daftar akaun bank BSN online.

Sehingga Anda dapat semak baki akaun BSN secara online tanpa perlu pergi ke bank atau ATM BSN.

Kad ATM BSN Disekat

Kad ATM BSN disekat boleh berlaku kerana kesalahan Anda, seperti Anda salah masukkan PIN ATM beberapa kali. Jika perkara ini berlaku kepada Anda, sila ikuti panduan cara unblock kad ATM BSN dibawah:

  1. Sila hubungi call center BSN di nombor 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
  2. Sila membawa kad debit/kredit, kad pengenalan, dan buku bank.
  3. Pegawai bank BSN akan meminta dokumen seperti kad pengenalan dan kad ATM BSN untuk proses pengesahan.
  4. Bagitahu semua maklumat yang ditanyakan oleh pegawai tersebut.
  5. Tunggu beberapa minit, pegawai bank akan unblock kad ATM BSN Anda.
  6. Sekarang Anda boleh gunakan semula kad ATM BSN.

Kad ATM BSN Hilang

Macam mana jika kad ATM BSN saya hilang, apa perlu saya buat? Sekiranya kad debit ATM BSN Anda hilang, sila ikuti panduan cara dapatkan semula kad ATM BSN yang hilang dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan, buku bank dan duit RM20.
  2. Bagitahu pegawai bank BSN bahawa Anda ingin dapatkan kad ATM baru.
  3. Pegawai bank akan meminta Anda menyerahkan dokumen seperti kad pengenalan dan buku bank.
  4. Pegawai bank akan buat baru dan kemaskini kad ATM BSN Anda.
  5. Sila bayar kos pembuatan kad ATM BSN.
  6. Tahniah, sekarang Anda sudah mempunyai kad ATM BSN baru.

Itulah senarai cara aktifkan semula akaun BSN, cara unblock kad ATM BSN disekat dan cara dapatkan kad BSN baru jika kad ATM BSN Anda hilang.