Cara Daftar BSNSecure Download App Aktifkan Pengesahan

Posted on

Ada beberapa perkembangan menarik dalam urusan perbankan online myBSN yang perlu Anda tahu.

Jadi, semua transaksi Perbankan Internet myBSN, termasuklah FPX, kena ada pengesahan melalui sistem baru yang dinamakan BSNSecure. Bye-bye dah SMS OTP/TAC yang Anda selalu guna sebelum ni, sebab lepas ni dia dah tak pakai dah.

Kenapa ni semua berlaku? Ini semua sebab BSN nak pastikan Anda punya duit dan maklumat peribadi selamat. Dengan BSNSecure, risiko penipuan kewangan berkaitan SMS OTP/TAC akan jadi lagi rendah.

Satu lagi benda penting yang Anda kena tahu, lepas Anda berjaya daftar BSNSecure, Anda kena bersabar sikit. Ada tempoh bertenang selama 12 jam sebelum Anda boleh buat transaksi melalui Perbankan Internet myBSN.

Relax je lah, sebab tempoh ni memang untuk melindungi Anda daripada transaksi tak sah.

Cara Daftar BSNSecure
Cara Daftar BSNSecure

Apakah BSNSecure

BSNSecure ni adalah satu sistem keselamatan yang diperkenalkan oleh myBSN. Memang berbaloi Anda daftar sebab dia akan buat transaksi Anda jadi lebih senang dan lancar.

Lepas Anda daftar dan aktifkan aplikasi BSNSecure ni, Anda boleh la guna peranti mudah alih berdaftar Anda untuk mengesahkan transaksi myBSN dengan penuh selamat.

Pendek kata, aplikasi BSNSecure ni akan jadi ciri dalam mengesahkan semua transaksi Perbankan Internet myBSN Anda. Memang super convenient tak payah nak tunggu SMS TAC lagi.

Nak tahu lagi kelebihan dia?

  • Mudah nak guna – Senang je nak mengesahkan transaksi myBSN dengan BSNSecure.
  • Dapat guna peranti berdaftar – Anda cuma perlu daftarkan peranti mudah alih Anda, lepastu boleh la guna dia untuk approve transaksi.
  • Takde risiko kena tipu SMS TAC – Anda tak payah risau dah pasal penipuan SMS TAC. BSNSecure dah take care semua tu.

Cara Dapatkan BSNSecure

App BSNSecure

Berikut adalah cara download aplikasi BSNSecure dari Google Playstore, App Store atau Huawei AppGallery:

  1. Buka Google Playstore (kalau guna Android) atau App Store (kalau guna iPhone) atau Huawei AppGallery.
  2. Pastikan Anda ada sambungan internet yang laju, taknak la tunggu lama sangat nak download app ni kan?
  3. Taip BSNSecure dalam ruangan carian. Tunggu kejap, dia akan keluar page untuk app BSNSecure.
  4. Lepas tu Anda tekan button Install atau Muat Turun.
  5. Tunggu sikit je, dia akan download app tu dalam phone Anda.
  6. Bila dah siap, tekan je Open atau Buka untuk start app BSNSecure tu.

Keperluan peranti (OS):

  • IOS 12 atau lebih baharu.
  • Android 9.0 atau lebih baharu.
  • Huawei 9.0

Cara Daftar dan Aktifkan BSNSecure

Kami akan tunjukkan cara daftar aplikasi BSNSecure ni:

  1. Pertama sekali, pastikan Anda dah muat turun app ni. Lepas tu, buka app tu dan tekan butang Register Now.
  2. Lepas tu, Anda kena masukkan Username dan Password untuk Perbankan Internet myBSN Anda.
  3. Okay, lepas tu, masukkan la Nama Peranti dan Nombor ID. Klik je Submit untuk confirmkan semua maklumat tu.
    • Nama Peranti/ Model Telefon: (Contoh: iPhone 15 Pro/ Galaxy S24 Ultra/ Huawei P70 Pro).
    • Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 9512345678***).
  4. Pastu, Anda kena masukkan SMS OTP.
  5. Lepas tu, teruskan je dengan pengaktifan. Ikut je arahan dia dengan betul.
  6. Bila dah berjaya activate, Anda akan nampak skrin pengakuan kat Aplikasi BSNSecure tu. Yeay, congrats Anda dah jadi pengguna yang berdaftar.

Nota:

  • Pengguna BSN sedia ada, Anda perlu mematuhi tempoh bertenang 12 jam selepas pendaftaran BSNSecure.
  • Pengguna myBSN baharu, Anda perlu mematuhi tempoh bertenang 12 jam selepas pengaktifan myBSN dan pendaftaran BSNSecure.

Jadi, tu je la cara nak lengkapkan pendaftaran Aplikasi BSNSecure. Mudah, kan? Dah siap semua, Anda boleh la guna app ni untuk transaksi yang selamat dan senang.

Cara Membuat Pengesahan BSNSecure

Ada 2 cara untuk mengesahkan transaksi myBSN guna app BSNSecure:

Secure Verification

Jadi, mulai sekarang, Anda akan terima satu pemberitahuan semerta (Push Notification) kat peranti mudah alih Anda yang dah berdaftar. Pemberitahuan tu penting sebab Anda kena tekan Approve atau Reject transaksi tu dalam masa 60 saat je.

Lepas ni Secure Verification (Pemberitahuan Semerta) ni akan jadi kaedah tetap untuk luluskan SEMUA transaksi Perbankan Internet myBSN Anda. So, Anda tak payah pening kepala nak pikir SMS TAC dah.

Langkah-langkah guna Secure Verification

  1. Melakukan transaksi melalui perbankan internet myBSN.
  2. Semak butiran dan klik butang Next untuk menerusi transaksi.
  3. Lepas tu, Anda akan dimaklumkan untuk menyemak aplikasi BSNSecure untuk meluluskan transaksi. Klik Submit.
  4. Anda akan terima Push Notification pada BSNSecure. Cara Membuat Pengesahan BSNSecure
  5. Sila klik pada Push Notification untuk melihat butiran.
  6. Semak butiran transaksi dan klik butang Approve untuk mengesahkan transaksi. Cara Guna Secure Verification BSNSecure
  7. Tahniah, transaksi Anda telah berjaya.

Secure TAC

Tapi, kalau Anda tak dapat Secure Verification (Pemberitahuan Semerta) tu, jangan panik. Tenang je, sebab ada juga Secure TAC sebagai backup plan untuk Anda.

  1. Sekiranya Anda tidak menerima Push Notification selepas 60 saat, halaman myBSN akan memaparkan Request Code.
  2. Sila klik pada Request Code untuk meneruskan transaksi. Secure TAC BSNSecure
  3. Halaman myBSN akan memaparkan Challenge Code. So, buka aplikasi BSN Secure kemudian masukkan Challenge Code yang dijana di halaman myBSN pada aplikasi BSN Secure dan klik Request Secure TAC. Cara Guna Secure TAC
  4. BSNSecure akan menjana Nombor Secure TAC.
  5. Masukkan Kod Secure TAC dalam myBSN untuk mengesahkan transaksi dan klik Confirm. Cara Buat Pengesahan myBSN
  6. Skrin perbankan internet myBSN akan memaparkan status transaksi berjaya.

Jadi, Anda akan dapat nombor Secure TAC 6 digit dari aplikasi BSNSecure. Nombor tu penting sebab Anda boleh guna dia untuk mengesahkan transaksi pilihan Anda kat Perbankan Internet myBSN.

Tapi perlu diingat, nombor tu akan tukar dan dijana semula setiap 60 saat. So, Anda kena la pantas sikit kalau nak guna nombor tu.

Jenis Transaksi Yang Memerlukan BSNSecure

Berikut senarai transaksi Perbankan Internet myBSN yang memerlukan pengesahan menggunakan BSNSecure:

  • Kemas kini Had Pembelian
  • Kemas kini Status Transaksi Luar Negara
  • Kemas kini Status Pembelian Dalam Talian
  • Melaporkan kehilangan kad / Dicuri
  • Tambah New Favourite (Akaun Pihak Ketiga, Pindahan DuitNow, JomPAY)
  • Tetapan NAD (DuitNow)
  • Penyelenggaraan Akaun Lain
  • Pemindahan & Pembayaran kegemaran
  • Open Transfer (DuitNow, Pindahan Akaun pihak ketiga)
  • Open Payment (JomPAY, Pengebil, Tambah Nilai Prabayar, Pembelian U-Pin, Kad Kredit / Pembiayaan pihak ketiga, FPX)
  • Arahan Tetap
  • Kemas kini Profil
  • Kemas kini Soalan & Jawapan Keselamatan
  • Kemas kini Imej Dalam Talian
  • Kemas kini Had Transaksi
  • Tukar kata laluan
  • Future Transfer & Recurring (SI): Akaun Pihak Ketiga, Pindahan DuitNow, JomPAY
  • Safe Switch

Solution Masalah BSNSecure

Sekiranya Anda tidak dapat menggunakan BSNSecure selepas membuat transaksi di Perbankan Internet myBSN selepas Anda mengaktifkannya. Apa patut Anda buat adalah:

  1. Jika Anda dapatkan maklumat Transaction Expired, sila tukar Date and Time ke automatik (set time secara automatic dalam Phone Settings).
  2. Jika PIN Unitialized, pertama sekali sila clear cache, data apps, storage HP dan remove BSN secure lepas tu sila re-install balik lepas tu register balik macam biasa (sila tunggu 12 jam lagi automatik succesfull).
  3. Sila gunakan browers yang updated.
  4. Restart HP.

Sekarang sila buat transaction macam biasa balik.