BSN Online Tak Boleh Buka
BSN Online Tak Boleh Buka

Cara Mengatasi BSN Online Tak Boleh Buka Disekat

Posted on

Anda tak boleh login BSN online dan kenapa BSN online tak boleh buka? Sekiranya masalah tersebut berlaku kepada Anda, Anda jangan risau ye sebab BSN telah menyediakan penyelesaian untuk atasi masalah ini.

Selepas perbankan internet BSN diaktifkan semula, pelanggan boleh mengakses semula semua perkhidmatan, daripada menyemak baki, pemindahan wang kepada orang lain atau akaun lain, check sejarah transaksi, tambah nilai, membuat pembayaran dan banyak lagi.

Di bawah ni kami telah sediakan cara untuk mengatasi masalah myBSN yang disekat ataupun tak boleh buka.

BSN Online Tak Boleh Buka
BSN Online Tak Boleh Buka

Cara Mengatasi BSN Online Tak Boleh Buka myBSN

Tak boleh akses BSN online boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya laman web BSN online tidak boleh dibuka akan menjadi masalah besar bagi pengguna yang ingin membuat transaksi atau melihat baki akaun terkini.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa BSN online tak boleh dibuka:

  1. Internet tidak stabil boleh menyebabkan laman web BSN online tidak dapat dibuka.
  2. Error pada pelayan/server BSN jugak boleh menyebabkan laman website BSN online tidak dapat dibuka. Biasanya disebabkan oleh beban trafik yang tinggi atau isu teknikal lain.
  3. Laman website BSN maintenance atau penyelenggaraan.
  4. Masalah dengan peranti Anda, seperti komputer atau telefon bimbit, boleh menyebabkan laman web BSN online tak boleh dibuka.

Untuk pastikan BSN online boleh dibuka, pastikan rangkaian internet Anda stabil dan pastikan peranti Anda berfungsi dengan baik.

BSN Online Disekat atau Kena Block

Sebelum masuk ke perkongsian untuk cara mengatasi BSN online disekat, sila ketahui dahulu apakah punca masalah ni.

  1. Tersalah masukkan Username/User ID dan kata laluan 3 kali berturut-turut.
  2. Log masuk berkali-kali semasa sistem dalam penyelenggaraan (maintenance).
  3. Akses Username/User ID dan kata laluan melalui komputer atau peranti yang berbeza pada hari yang sama.
  4. Tersalah masukkan nombor TAC/OTP.

Kalau akaun BSN tiada option transfer, sila baca artikel ni ye kenapa BSN online tiada transfer.

Cara Atasi BSN Online Kena Block Melalui Customer Service

Cara mengatasi perbankan internet BSN yang disekat boleh melalui customer service BSN. Kaedah ini sesuai untuk Anda yang tidak mahu bersusah payah beratur di cawangan BSN.

Walau bagaimanapun, untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan BSN, Anda mesti menyediakan baki kredit telefon. Ini kerana perkhidmatan pelanggan akan mengesahkan data peribadi Anda serta mengatasi masalah tersebut. Mungkin tempoh panggilan telefon mengambil masa yang lama.

Anda perlu menyediakan dokumen seperti kad ATM dan kad pengenalan. Berikut ialah cara menangani perbankan internet BSN yang disekat melalui pusat panggilan.

  1. Buat panggilan ke customer service BSN 1-300-88-1900.
  2. Selepas berhubung dengan perkhidmatan pelanggan, sampaikan maksud dan masalah Anda.
  3. Kemudian staff BSN akan meminta Anda untuk memberikan beberapa maklumat untuk pengesahan bahawa Anda adalah pemilik sebenar akaun atau BSN online tersebut. Soalan yang di tanyakan macam, nombor kad pengenalan, nombor yang dicetak pada kad debit, nama ibu, alamat dan nombor telefon yang berdaftar di perbankan internet myBSN.
  4. Lepas tu, staff BSN akan membantu Anda dan memberikan penyelesaian kepada masalah tersebut.
  5. Selesai.

Cara Atasi BSN Online Disekat di Cawangan

Anda jugak boleh mengurus perbankan internet BSN yang disekat dengan datang terus ke pejabat cawangan BSN yang berhampiran. Di sana Anda akan dibantu oleh perkhidmatan pelanggan yang bertugas.

Jangan lupa sediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, kad ATM/Debit BSN.

  1. Kunjungi cawangan BSN yang berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran untuk pergi ke bahagian perkhidmatan pelanggan (customer service).
  3. Jika nombor giliran Anda dah dipanggil, pergi ke meja perkhidmatan pelanggan dan beritahu bahawa Anda ingin unlock akaun perbankan internet BSN atau myBSN Anda.
  4. Perkhidmatan pelanggan akan meminta beberapa maklumat untuk proses pengesahan data peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, no kad pengenalan dan nama ibu.
  5. Lepas tu staff bank akan menyahsekat/unlock BSN online Anda.
  6. Seterusnya Anda akan diminta untuk membuat kata laluan.
  7. Selesai, sila log masuk ke BSN online menggunakan kata laluan baharu.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara atasi BSN online tak boleh buka ataupun BSN online kena block.